weLcOmE

Strawberry Choclatier... my Life my Story

bY : Syazwani Mohidin

LifE is fUll wIth sWeEt & sOur mOmeNt oR eVen aN idiOtiC mOmeNtO. wElL, wE nEeD cOlOurfUl oF eXpERiEncEs iN oUr LifE. dOn’T LeT yOur LifE dUlL.


Tuesday, July 19, 2011

Serabut sokmo.....

Kepala saya serabut!!!!!


Serabut macam sabut kelapa, kalau nak diibaratkan. Rasa menyampah yang teramat sangat.
Hidup ni memang kena selalu beralah. Kalau semua nak berkeras memang huru-hara jadinya. Tapi letih juga kalau setiap kali kita jer yang kena beralah. Tapi bila sesekali aku berkeras, kata aku menyombong pulak. 


hurm.... itu yang berlaku bila aku berebut channel TV kat umah ni.
TV ader 3 bijik tapi berebut gak????
Aku pun tak faham lah. Dah lah tadi beralah dengan waktu berita. Ok aku leh terima. Tepat jam 9malam aku capai remote TV cepat-cepat tukar channel 711. Nasib baik series tu back-to-back. Tapi dalam aku tengah syok layan, tetibe ade suara. "Dah Wani tukar, orang nak tengok citer ni".
Tapi aku berkeras. Aku ingat dah settle, tapi tak. Dia pun nak berkeras, aku tarik muka, "Ambik remote ni tukar sendiri". Terus menuju ke dapur makan semua keropok lekor yang aku beli kat pasar malam tadi. Hati tengah panas semua yang ada kat tangan aku, aku nak hempas.


Jam dah pukul 10 malam. Aku keluar ke ruang tamu, ni memang takde harapan nak tengok channel 104. Kena download jer lah pas ni. Aku beralah lagi. Tapi hati tetap bengang.


Aku cuba tenangkan hati, on laptop. Mula melayari laman so-si-al kebanggaan ramai - FACEBOOK. Hurm... tiada apa yang menarik. Browse sana, browse sini. Nothing interest me. 


Layan lagu Jar of Hearts - Christina Perri (photo by flickr.com)
Dan aku teringat aku belum book ticket flight lagi tuk konvo. So aku ke airasia.com [terbang air asia jer lah] cari ticket. CUN!!! Tiket promo tengah murah ni. Rugi nak lepaskan. So aku book macam biasa. Tapi angin 1 badan aku datang balik. Time nak wat payment lah dia sangkut. Ntah nape kad aku leh decline. Dua kali aku buat, decline jugak jawapannya. Try cara Debit pulak, TAC not registered lah pulak. Angin aku macam ni. Nak kena Rimau ni. Ni semua nak suruh aku gi singgah kandang RIMAU a.k.a Maybank. Jap lagi aku contact kandang Rimau tuh. Sementara ni bawa bersabar.... 


Tapi serabut aku tak habis kat situ jer. Masalah dengan seseorang. Yang ni aku malas nak elaborated. Lagi buat serabut kepala. Tapi aku ada soalan, kalau betul cinta, perlu ke nak bersumpah. Bukan bersumpah saja, tapi bersumpah atas nama ALLAH swt dan atas nama mak ayah???? Kalau tak lafaz maka kau tak jujur. Boleh ker macam tuh???? [Lu pikir lah sendiri!!!!]


Rabu (20/07/11). Hari penting bagi aku. Bakal menghadap 3 orang juri yang juga bertindak sebagai hakim. Perkara yang bakal mengubah nasib aku selepas ini. WISH ME LUCK!!!


Cukuplah aku merepek. Sangat memerlukan rehat. Semoga hari esok memberi sinar baru pada aku dan, yeah.. semoga hari esok lebih baik dari semalam. AMIN. 

No comments:

Post a Comment