weLcOmE

Strawberry Choclatier... my Life my Story

bY : Syazwani Mohidin

LifE is fUll wIth sWeEt & sOur mOmeNt oR eVen aN idiOtiC mOmeNtO. wElL, wE nEeD cOlOurfUl oF eXpERiEncEs iN oUr LifE. dOn’T LeT yOur LifE dUlL.


Thursday, December 26, 2013

Baca buku pun salah ke?










Sekali Lejen Press dah bersuara. Aku sokong 100%. Sebab aku pun pernah ambil kursus Bahasa Melayu semasa di Universiti. Maklumlah, kebanyakkan uni di Malaysia - English Medium. Even tadika pun English Medium tau! Sejujurnya, bila anda membidangi kursus Bahasa Melayu anda merasakan, "apesal melayu cakap macam ni?" Tapi pensyarah aku bagitau, dalam penulisan ilmiah benda ini penting. Ok aku terima. Sekarang ni aku nak cerita sal novel. Kenapa kita baca novel? Kita nak chill + relaxkan minda. Betul x? (Angguk kan saja.. hahaha!!).

Kalau bahasa macam skema jer, mungkin tak kena dalam tema dan tajuk cerita yang Penulis cuba sampaikan. Penulis mengambil inisiatif (dari mana dtg perkataan ni) untuk melihatkan penulisan mereka santai. Ya, mugkin ramai kurang gemar atau tidak bersetuju dengan gaya penulisan sebegitu. Aku bukan setakat baca hasil karya yang di keluarkan Lejen Press sahaja. Aku pun baca PTS, Alaf 21 dll. Ya aku mengaku, Lejen Press ada gaya tersendiri berbanding yang lain-lain tu. Macam aku kata tadi, Penulis menulis berdasarkan latar belakang penulisan mereka dan genre yang cuba diketengahkan (genre tu mari mana?)

Sebelum ni aku jarang nak beli novel berbahasa melayu. Sebab semuanya sama. Asik-asik plot nya sama. Lelaki kaya mahukan perempuan miskin tetapi terhalang dek pangkat dan darjat. Atau sebaliknya. Oleh itu, aku beralih ke novel-novel berbahasa inggeris. Bukan nak kata kau handal membaca & memahami novel-novel inggeris. Ini semua plot dan gaya cerita yang menarik. Kalau nak kata lambakan buku-buku seangkatan Lejen Press agak keterlaluan ketebukaannya. Novel-novel berbahasa inggeris yang masuk di negara ini tak kurang hebatnya. Ada saja motif Sex & the city. Kenapa lepas jer??? Jawab lah. Opps, tak perlu jawab. Anak MALAYSIA tak layan baca novel English kecuali text book sekolah. (pigi dah!!!!).

Macam mana aku boleh terjebak dengan novel-novel keterbukaan yang keterlaluan yang berbahasa melayu ni? AWEK CHUCK TAYLOR (ACT) karya Nami Cob Nobbler. Novel ini memang bertanggungjawab ke atas aku untuk menjadi kipas-susah-mati Lejen Press. HAHA. Aku beli sebab cover dia ada logo chuck taylor. Sebab aku kipas-susah-mati converse/chuck taylor. Tapi betul lah orang kata "dont judge a book by its cover". Bila baca, minda aku terbuka. Kadang-kadang rasa macam baca buku case study science social zaman uni. Sebab aku belajar Science Social - jadi familiar dengan psychology & all terminology  yang wujud di muka bumi ini. Tapi baca-baca.... terus layan & jatuh cinta buat kali pertama dengan novel anak melayu.

Sejak peristiwa ACT, aku terus mencari bahan-bahan yang lain. Dan bermulalah segala koleksi yang sedia ada ni. Ada antara koleksi bakal dipindahkan ke rumah baru rak baru. Yang sedia ada dah tak muat. (macam banyak jer bunyi).

Bagi aku lambakan novel-novel keterbukaan yang keterlaluan yang berbahasa melayu betul mempengaruhi hidup aku. Iaitu kembali menjadi ulat buku. Juga menjadikan aku melihat sekeliling dari perspektif yang berbeza. Itu yang pensyarah-pensyarah aku di UNIMAS cuba ajar dulu. Baru sekarang faham gamaknya! Tapi apa-apa pun, tahniah kepada Lejen Press Fixi Fixi Novo Terfaktab Media Dubook Prees SelutBooks Buku Indie Sang Freud dan yang seangkatan dengannya berjaya menjayakan hasrat negara dengan membudayakan budaya membaca dalam kalangan remaja khususnya.

Buku dulu, berontak kemudian! (SelutBooks.com)

Monday, December 23, 2013

KEEP CALM den ANAK NISMILAN

Ughang luar salah tafsir koba gadih kito bahayo
Lopeh coghai semuo ghoto jadi milik dio
Jangan salah anggap,napo lobihkan pompuan
Sobab laki boleh hidup kalau campak dlm hutan
Zaman dah boghubah, adat di tolan zaman
Dah takdo mewaghisi coghito bertauladan
Apotah laie, mengaku ughang nogori
Bilo tanyo suku mano nak jawab pun tak ghoti

haaaaa... sapo tau lagu nie copek angkek tangan!!!!

ni la dia sikit lirik lagu Gadis Jolobu - W.A.R.I.S ft Dato Hattan. Untung ompuan Jolobu ado lagu dah. 
Tapi kalau diamati betul-betul bait-bait lirik nyer, bukan tuk ompuan jolobu jo. Tapi buat semua perempuan Negeri Sembilan. Macam cik sHaz - born & raise at Seremban, Negeri Sembilan.

Jujur, memang ramai yang salah tafsir bila bersama gadis N9. Lebih-lebih lagi bila di kaitkan dengan Adat Pepatih. Antara yang popular mengenai adat pepatih ni, pewarisan harta lebih kepada golongan wanita. (apesal rasa macam tulis tesis jer ni). 

Pengalaman cik sHaz menetap di negeri orang bertahun-tahun lamanya (4 tahaun jer pun kat Sarawak) bila dah bercampur ade la mamat mane ntah kata "abis la kalau ko kawen ngan awek nogori." Ape masalah dia ni? "Mak aku pesan kalau nak bawa calon jangan orang nogori, nanti habis keluarga kena tinggal" Lagilah telinga cik sHaz berbulu. Dan bermulalah ini.

Aku : Teruk sangat ke awek Nogori ni?

Mamat : Teruk lah. Nanti harta semua dapat kat dia jer. 

Aku : Mana kau tahu?

Mamat : Mak aku cakap.

Aku : Mak kau pernah kena ke?

Mamat : Ala, time belajar Sejarah pun ade kan. Adat Perpatih lebihkan perempuan. Harta semua jatuh ke perempuan.

Aku : Kau belajar sejarah tak habis ni...

Mamat : Cuba kau ajar aku kalau kau tahu sangat.

Aku : Memang adat perpatih lebihkan perempuan. Tapi bukan semua budak Nogori tu jatuh dalam Adat Perpatih. 

Mamat : Kau salah ni. Negeri Sembilan memang practice Adat Perpatih lah...

Aku : Kan aku da cakap kau belajar tak habis sejarah ni. Adat Perpatih tu sbg asas rakyat Negeri Sembilan memilih pemerintah macam Yamtuan Besar (Yang Di pertuan Besar). Rakyat yang mengamalkan Adat Perpatih adalah bagi mereka yang mempunyai suku dalam keluarga atau masyarakat. Tak semua keluarga di N9 mempunyai suku. Sebab ada antaranya warisan suku mati di sebelah bapa. Sebab konsep suku ni nenek-mak-anak perempuan dan seterusnya. Faham?

Mamat : ok tapi still harta kat orang perempuan kan?

Aku : Pewarisan harta dlm Adat Perpatih memang pada perempuan. Tapi itu harta ADAT. Macam tanah pusaka, kau memang tak de kena mengena pun dengan harta tu. Kau dianggap orang luar. Faham?

Mamat : ok, let say aku kawin ngan awek nogori. Pastu aku mati dulu. Keluarga aku macam mana?

Aku : Kau anak lelaki. Kau tetap bertanggungjawab kepada ibu bapa kau walaupun dah beranak isteri, Sebab itu dah ada dalam akhlak Islam. Pergi buka buku Pendidikan Islam. So takde sebab MAK kau nak cakap perempuan N9 ni akan buat kau tinggalkan mak ayah kau. Kau nak risau ape sal harta? Banyak ke harta kau? 

Mamat : Kau ni macam back-up betul awek nogori ni.

Aku : Sebab den Anak Nismilan.


Perkara ni memang selalu di salah tafsirkan. Pernah kena pada diri sendiri. Alasan keluarga tidak setuju sebab cik sHaz orang Negeri Sembilan. Tak per la. Duduk la dalam kampung kau tu yer.





*Hantar anak sampai ke Jepun, England tapi pemikiran kolot betul mak cik oi!

Sunday, December 22, 2013

Red , Wedding & VIOS.

Assalamualaikum wbt.

Buat kesekian kalinya, cik sHaz open entry hal wedding lagi. Haha... da macam hobi lak!
Siapa yang tak suka wedding yer tak? KAlau ade yang tak suka pasti dia bermasalah atau fobia dengan wedding. Apekah?

Haha.. tapi bagi cik sHaz. Wedding atau bahasa halusnya Walimatul Urus adalah satu hari kejadian di mana waktu itulah cik sHaz sedaya upaya untuk nampak lebih indah daripada biasa. eh? Bukan sebagai pengantin okey... tetapi sebagai antara jemputan yang hadir.

Kali ini edisi bersama geng TVT (Toyota Vios Tuners) iaitu bukan club cik sHaz tapi club encik Bee. Hehehe....

Kami berkonvoi semuanya. Majlis berlansung di kawasan Kajang. Dalam erti kata lain kami ni sebenarnya orang menghantar. Automatik terus jadi rombongan pihak pengantin lelaki. Sampai di lokasi penuh juga parking lot dengan kereta Vios dan orang-orang yang berpakaian merah. (Harap maaf, cik sHAz x sempat kira ada berapa biji semuanya Vios yang berkumpul). Ada antara ahli yang datang dari Crew Bangi, Shah Alam, PJ dan ade juga dari selatan -> JB.

Sudahlah aku menaip, Enjoy the picture.





Wednesday, December 18, 2013

Lagi cerita tentang BUKU

EXPO BUKU 1 MALAYSIA @ PWTC

Ahad lepas (15/12/2013) cik Shaz & encik Bee pergi meninjau kawasan PWTC sempena Expo Buku 1 Malaysia yang berlansung selama 5 hari bermula 11 Dec - 15 Dec. Memang ohsem wa cakap lu!!!

well, ni sebenarnya pertama kali, sebelum ni tak pernah menjejakkan kaki di PWTC apetah melibatkan diri di mana book fair begini. Sebab sebelum ni memang tak sempat nak join. Maklumlah, dulu nak ke KL tu macam susah sangat. Tambah-tambah lagi faktor kewangan. Dan sebelum ni pula cik Shaz menetap di Bumi Kenyalang, memang x sempat nak join mane-mane book fair sebegini.

Tapi kini. Kuasa di tangan cik Shaz. Anyway thank to my encik Bee sebab sudi menjadi peneman setia. TETAPI... tujuan utama cik Shaz beria sangat nak pergi ke sana  sampai drag dalam status (boleh tengok kat IG / FB sepanjang minggu tu) sebab nak serbu booth #JelajahLejenFixi - Terfaktab Media - Dubook - dan BUKU INDIE serta yang seangkatan dengannya... dan satu lagi, leh jumpa penulis-penulis buku-buku fav cik Shaz minta otograf.... :)

Hurm.. asik membebel jer mcm tak best kan... so korang tonton gambar jer lah kan...

ha... ni salah seorang penulis fav cik Shaz.
encik AISA LINLUNG penulis Sperma Cinta, Sengih Kerang, Jusoh Turbo dan yang terbaru kolaborasi bersama Nami Nobb Cobbler - Dendam Anak Jagoan. Aisa Linlung juga adalah owner Lejen Press.

Actually, masa cik Shaz berada di booth #JelajahLejenFixi dia yang cik Shaz jumpa, sebab lepas cik Shaz balik bru nampak Nami datang post dlm IG. Alahai... tak sempat jumpa si penulis Awek Chuck Taylor, Lelaki Eksistensial, Rokok Nan Sebatang, Bayang, Diorama Eksisten.. Tapi cik Shaz sempat rembat novel terbaru Nami - Pengejar Bintang. Adakah cik Shaz hard core karya NAMI???


Antara keistimewaan sepanjang book fair di booth #JelajahLejenFixi Lejen Press memperkenalkan membership card kepada kipas-susah-mati mereka semua tanda terima kasih. Dengar cerita sekarang da boleh apply online di http://shop.lejenpress.com 
kepada sesiapa yang berminat. RM20.00 setahun boleh dapat sehingga 15% diskaun katanya. sebarang info lanjut sila ke website mereka http://lejenpress.com

Selesai di PWTC encik Bee ajak jalan-jalan sampai ke Time Square... Kebetulan cik Shaz check in dlm FB, kawan lama cik Shaz di UNIMAS mmg best friend forever la kalau orang tengok.. skali dia whats app ajak lepak sama. Huhu.. last kita orang jumpa masa konvo 2011. Almost 3 years lah kot. Ini lah dia Aizuddin Siron my driver my companion di UNIMAS. Kawan sama-sama tunggu bus nak gi kelas, lepak sampai malam kat library nak buat assignment, jumpa supervisor, jadi driver bila jalan-jalan di Kuching... hahaha... he is one best male friend of mine... hahaha...




Semua ini terima kasih kepada encik Bee cik Shaz yang sudi menjadi peneman setia dan menjadikan segala gomelan cik Shaz sepanjang minggu tu kepada kenyataan... Tanpa dia mungkin semua ini tidak berlaku dan hanya dalam mimpi saja. Thank you sayang.... you are the best!!!

Inilah sebuah kenangan terindah.