weLcOmE

Strawberry Choclatier... my Life my Story

bY : Syazwani Mohidin

LifE is fUll wIth sWeEt & sOur mOmeNt oR eVen aN idiOtiC mOmeNtO. wElL, wE nEeD cOlOurfUl oF eXpERiEncEs iN oUr LifE. dOn’T LeT yOur LifE dUlL.


Thursday, June 30, 2011

PISANG....

Macam haram ar lu der.....  !@#$@%@ Lu....
Cik sHaz marah ker???
Aper punya soalan la kau ni... takkan aku ngah happy lak???
Where is your sensitivity????  Ape kau tak nampak aku ngah PISANG ni?
PISANG punya tempat.


PISANG eh???

Sejak sHaz gunakan perkataan ni tuk update status laman so-si-al FACEBOOK, ramai yang berteka-teki, ape menda lah PISANG ni. Siapa yang faham, mereka tahulah maksud yang tersirat. Siapa yang tak faham, macam-macam intrepretasi yang keluar.
Ade yang tak sepatutnya sebut pun ada gak. Ade juga yang betul terjemahkan fungsi asal pisang tersebut.

Kawan-kawan........

PISANG yang dimaksudkan di sini tidak sama sekali dengan apa yang kamu semua intrepretasikan. PISANG di sini  kegunaannya lebih kepada menggantikan sesuatu yang berunsur negatif kepada sesuatu yang  lebih sopan tapi masih lagi mengekalkan unsur negatif tersebut.

Alahai.... contoh nyer macam ni.

Apabila kita marah, kecenderungan untuk kita mengeluarkan apa-apa jenis perkataan yang buruk bunyinya adalah tinggi. *bodoh, bangang, sial, celaka, shit, fuck, dan seumpana dengannya. Kesemua perkataan tadi cuba digantikan dengan PISANG. Bukan kah sedikit sopan??? [marah cikgu BM aku pas ni]

Tapi, penggunaan PISANG bukan setakat itu saja. Ia juga boleh digunakan mengikut kesesuaian keadaan. Contoh macam ayat kat atas tadi;

“Where is your sensitivity????  Ape kau tak nampak aku ngah PISANG ni?

Daripada ayat ni, kita dapat tahu mungkin si pelaku ni tengah bengang, tak puas hati tentang sesuatu....
Dalam erti kata lain, PISANG ni juga sebenarnya berfungsi sebagai pelapik bahasa.

Tapi jangan gunakan dalam penulisan Bahasa Malaysia untuk UPSR, PMR, SPM mahupun STPM. 
Walaubagaimanapun, PISANG ni ade Hak Cipta Terpelihara tau. Jangan suka-suka cetak.

Ok lah, sampai sini jer lah dulu....

PISANG weyh layan citer ni......


p/s: * dont speak these at anywhere or anyone, it’s no good!!

Tuesday, June 21, 2011

What the hell???!!!

Datang kerja.

Di pagi hari tiada selera untuk bersarapan. Ku teguk segelas Bliss. Cukuplah tuk wat alas perut.

Hurm… kenapa yer?

Ku mulakan langkah. Sampai di pejabat. Seakan ada yang mengganggu emosi ku. Aku terlalu penat dan mood aku tak berapa baik. Aku cuba bina mood seronok. Tapi malang, tiada ku jumpa mood seronok itu. Seronok atau tidak kerja-kerja di depan mata harus diteruskan. Selagi aku diupah sebagai pekerja di sini, aku teruskan. IKHLAS ke?

Jangan dipersoal hal ikhlas ni. Kalau semua kata datang kerja ni memang betul-betul ikhlas, PENIPU BESAR lah kamu. Konsep ikhlas : membuat sesuatu pekerjaan tanpa meminta atau mengharapkan ganjaran sebagai balasan. Kita bekerja untuk dapat gaji, nama baik dan penghargaan. Mana konsep ikhlas itu?

Arh….. aku dah mula merepek. Kenapa di pagi hari aku rasa seperti ada yang mengganggu? Mata aku dah mula mengantuk. Tak kan nak cari tempat landing dalam ofis kot? Giler ape?

“Maafkan aku kiranya tak termampu untuk….”

Tengok… dah terlayan lagu lak. HAZAMA la pulak skang…. Xperlah aku nak teruskan kerja aku. Sebelum aku bercuti panjang.

Nak bercuti panjang kena serabutkan kepala dulu…. WHAT THE HELL???!!!

Monday, June 20, 2011

AKU SUKA KAU....

"AKU SUKA KAU...."

hurm.... itu jer lah yang mampu aku luahkan kat kau. Dari saat aku berkenalan dengan kau, hari demi hari aku rase aku mula terpikat dengan kau. Terpikat dengan gerak-geri kau, gaya kau dan kadang-kadang layanan kau. Kau pandai berdebat dengan aku, membuat aku suka lawan apa yang kau cakap. Dan bila kau mula mengalah, aku ketawakan kau, kau balas ketawa aku semula. Dan segalanya bermula seperti sedia kala.

Kau berikan aku persekitaran yang menyeronokkan dalam hari-hari aku. Baik hari aku senang mahupun hari aku susah. Kau boleh menjadi seorang yang sangat prihatin dan kadang-kadang lansung tak ambil kisah pada aku. Tapi aku faham niat kau tak nak aku tension-tension, kau cuba bagi aku ruang dan akhirnya kau dan aku boleh gelak ketawa bersama-sama. Aku akui, setiap masa aku cuba selitkan untuk bersama kau, itulah masa indah dalam hari aku. Dan aku juga memasang angan-angan untuk menjadi kekasih kau.

Tapi, apakan daya. Kau bukan kepunyaan aku. Agak mustahil untuk aku jadi kekasih kau. Aku seorang yang penakut bila perkara melibatkan perasaan. Tambah-tambah lagi kau sudah ada yang punya. Dan aku bukan siapa-siapa bagi diri kau. Jadi aku memutuskan untuk mengambil jarak sehabis boleh dari kau. Agar aku tiada lagi perasaan itu kepada kau.

Aku tahu kau seorang yang baik. Aku tahu kau memilih dia. Aku tak pernah salahkan kau. Kau janganlah rasa bersalah. Aku tak nak kau rasa bersalah sebab tak dapat membalas perasaan aku terhadap kau seperti yang aku harapkan. Aku tidak ada hak untuk memaksa kau membalas perasaan ini. Tapi aku rasa gembira dapat mengenali kau dan berada dalam hari-hari aku walau hanya seketika.

Terima kasih dari aku untuk kau......



p/s: mendapat inspirasi apabila mendengar lagu 'Hate That I Love You'


Monday, June 13, 2011

photoSHOOT suatu ketika dahulu...

Saje browse LAPPY yang sudah terlalu banyak isi kandungannya....
maka berjumpa kembali dengan photSHOOT tuan hamba suatu ketika dahulu. Arakian, terlalu banyak gambar 'syok sendiri'. Belajar edit-mengedit kecil-kecilan. Jom share...

BENDA YANG MESTI ADA ATAS MEJA DEPAN CERMIN

KARYA KETIKA HATI LARA

KARYA BILA LECTURER MENGAJAR STUDENT DENGAR MP3

NIAT NAK MASUK MAGAZINE.... TAPI...


HALL OF FAME!!!




Monday, June 6, 2011

Tanda tanya dalam hati....

Lirik pilihan sHaz kali ini: Ku menunggu [ROSSA]


Ku menunggu kau putus dengan kekasihmu
Tak akan ku ganggu kau dengan kekasihmu
Ku kan selalu di sini untuk menunggumu

Cinta itu
Ku berharap kau kelak kan cintai aku
Saat kau telah tak bersama kekasihmu
Ku lakukan semua agar kau cintaiku

[*]
Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
Ada cemburu juga rindu
Ku tetap menunggu

[**]
Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
Dan kau sudah ada yang punya
Ku tetap menunggu

Datang padaku
Ku tahu kelak kau kan datang kepadaku
Saat kau sadar betapa ku cintaimu
Ku ‘kan selalu setia ‘tuk menunggumu

Ulang [*][**] 2x
Ku tetap menunggu
Ku tetap menunggu
Ku tetap menunggu
Ku tetap menunggu

Entah kenapa lirik ni memang terkesan dengan perasaan aku sekarang... Rindu ade, cemburu ade.. kejap nak kejap tak nak... 
Tapi kadang-kadang rasa diri dalam lirik ni jahatnye pulak. Tunggu balak tu break ngan awek dia.. pastu dia nak balak tu jadi balak dia... SETIA MENUNGGU??? Mungkin itulah alasannya nanti.... Aku ??? dari tunggu cari lain kot... huhuhuhu... tapi we never know, mungkin memang itulah jodoh yang telah ditentukan... 
Apa hal citer sal jodoh ni???? 
KU MENUNGGU....