weLcOmE

Strawberry Choclatier... my Life my Story

bY : Syazwani Mohidin

LifE is fUll wIth sWeEt & sOur mOmeNt oR eVen aN idiOtiC mOmeNtO. wElL, wE nEeD cOlOurfUl oF eXpERiEncEs iN oUr LifE. dOn’T LeT yOur LifE dUlL.


Friday, October 25, 2013

Gedebak gedebuk habuk pon tara!!!

Ape motip entri aku kali ni?
Owh yeah, pasal jemputan nikah kahwin & pertunangan. Aku scroll down satu satu picture kenalan FB aku & IG aku. " da nk nikah da dia ni. Tahniah!" Itu dlm hati aku... sekali pandang, macam senang jer kan diorang ni semua buat majlis kenduri. Dengan hantaran yg indah mata memandang, decoratioan yg sweet, pakaian yg anggun. Owh.... its so ohsem!!!

Yes, aku terfikir. Mampukah aku? Buka akaun, cek balance..... sedikit keciwa. Tengok payslip tiap tiap bulan. Chantek jer.... kalau kumpul nilainye dlm berpuluh ribu leh dapat setahun. Tapi itu kalau kira nilai kasar nya. Bila dihitung nilai halus.... ini la aku kata " gedebak gedebuk habuk pon tara ". Tapi ada orang kata, kalau kita dah niat nk bernikah... akan ada rezekinya. Insya allah.

Hakikat yang dapat aku belajar, lebih besar nilai payslip kamu tiap tiap bulan, maka lebih besar juga nilai perbelanjaan kamu tiap tiap bulan. Ya, bijak dalam berbelanja. Aku ni da habis bijak berbelanja... tapi masih jauh lagi mencapai target. Letih tau... tapi, " no pain no gain la kawan". Biarla bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian. Janganlah menjadi 'gedebak gedebuk habuk pon tara'. Haha....

In the name of ALLAH most gracious most merciful.... i am next. In sha Allah! ♥

Wednesday, October 2, 2013

Buku Lejen Buku Fixi . part 2

Setakat yang terkumpul :
Bogel Menuju Tuhan
Sumbat
Kougar + Tabu
Kelabu
Cerpen
Awek Chuck Taylor
KasaRnova
Sperma Cinta
Sengih Kerang
Seyogia
BABI
Lelaki Eksistensial
Kontrol Histeria
Rokok Nan Sebatang
Wanita Kimono Merah

Akan bertambah lagi kemudian hari

Buku Lejen Buku Fixi

Sudah lama cik sHaz tidak meluahkan perasaan pada Si Blogger ni... Maaf yer Blogger bukan sengaja cik sHaz tinggalkan kamu. Tapi kesibukkan di pejabat tambahan pula keterhadan masa untuk bersama kamu antara puncanya. Sejak cik sHaz sudah tidak memiliki laptop -sbb laptop cik sHaz abang ku yang guna skg - agak sukar untuk cik sHaz kemas kini pada kamu. Cik sHaz tahu kamu cemburu cik sHaz kini lebih rapat bersama Facebook & Instagram. Bukan apa... sejak di pejabat menyekat pelayaran ke Blogger, agak sukar untuk kemas kini. Tapi untuk Facebook & Instagram mereka ada dalam aplikasi telefon pintar. Masa itu cik sHaz belum jumpa lagi Blogger dalam Play Store. Di pendekkan cerita kini cik sHaz sudah boleh kemas kini Blogger dengan telefon pintar. Hebat bukan?! -hehe-

Buku Lejen Buku Fixi
Bukanlah tajuk filem ke ape. Ini adalah book publisher yang semakin terkenal di dalam hati cik sHaz. Macam mana boleh jatuh hati? Bermula dengan niat suka-suka nak beli novel sementara menunggu seseorang di pasar raya - Awek Chuck Taylor. Ya itulah 1st novel yang memperkenallan cik sHaz kepada Lejen Press & FIXI. Sejak hari itu, cik sHaz mula berjinak membaca novel Bahasa Melayu. Sebab sebelum ni betul betul novel BM yang cik sHaz beli & baca adalah novel grafik drpd Gempak Starz. Haha. Dan selepas mengetahui siapa Lejen Press & FIXI maka sejak itu jugalah bilik cik sHaz mula dipenuhi dgn hasil-hasil karya penulisan 'indie' berbahasa melayu ini. Maka, satu lagi pelaburan duit gaji cik sHaz. Hebat bukan?

Ok lah. Sampai sini dulu.
Bye.