weLcOmE

Strawberry Choclatier... my Life my Story

bY : Syazwani Mohidin

LifE is fUll wIth sWeEt & sOur mOmeNt oR eVen aN idiOtiC mOmeNtO. wElL, wE nEeD cOlOurfUl oF eXpERiEncEs iN oUr LifE. dOn’T LeT yOur LifE dUlL.


Thursday, November 22, 2012

We were young...

Tatkala orang bahagia, di hadapan ku, aku yang bersedih di dalam hati ini.
Sebab aksi kebahagian yang dipamerkan di hadapan ku seolah layar- imbas- kembali di mata ku.
Mungkinkah semua ini saat mengupas kembali kenangan lalu yang terpendam.?

Bila orang bertanya, lidah ini laju menyatakan "Segalanya sudah dilupakan."
Tapi entah mengapa, bagai impulse ke otak dari hati meluahkan, "Tak mungkin melupakan"
Kadang-kadang terasa bagai aku berlawan dengan diri sendiri. Separuh hati ni mahu kembali dan separuh lagi bagai mahu membuang segala-galanya.

Aku akui hati mana yang tak terasa. Hati mana yang tak rindu. Bila orang yang mengakui menjaga hati ini setelah sekian lama dengan sebaiknya dan orang itu jugalah yang menghancurkan. Walau ditemui pelekat ajaib yang boleh mencantumkan semula kepingan hati yang hancur ini tak mungkin keadaan kembali seperti sebelumnya. Orang kata " Berkasih memang ada risiko. Kalau tak berani menanggung risiko, jangan mimpi mahu berkasih". Mungkin aku antara golongannya.

Tapi ada yang cuba bersudut positif. 
"Kita masih muda. Maka masih banyak yang perlu dihadap. Jadikan ini sebahagian daripada pengalaman. Hidup satu proses pembelajaran. Bila dah belajar, nilailah mana yang baik dan buruk. Kemudian amalkan. Akhir sekali sentiasa berusaha, jangan berputus asa. Insya ALLAH segalanya akan dipermudahkan dan mendapat ganjaran yang tak terjangka."

Ya. WE WERE YOUNG.