weLcOmE

Strawberry Choclatier... my Life my Story

bY : Syazwani Mohidin

LifE is fUll wIth sWeEt & sOur mOmeNt oR eVen aN idiOtiC mOmeNtO. wElL, wE nEeD cOlOurfUl oF eXpERiEncEs iN oUr LifE. dOn’T LeT yOur LifE dUlL.


Saturday, November 27, 2010

"MEMORIES ARE PRECIOUS BUT FOR SOME REASON, AND GOOD REASON I WANT IT DELETED"

"aku benci dia sangat-sangat. hanya tuhan yang tahu betapa geramnya aku kalau aku terserempak dengan dia... kalau ikut kata setan ni dah lama aku g tusuk jantung dia dengan parang ker, pisau ker.... lagi kejam aku tak nak dia mati terus... aku nak dia terseksa sehingga dia mati!!!! andailah ada JIGOKU SHOUJU in real life... this thing going to be easy"

[itulah kata hati MINAH apabila dia terserempak orang yang dia pernah percaya, pernah dia sayang dan pernah dia cintakan suatu ketika dahulu bermesra dengan what we so-called as 'ONE BIG HAPPY FAMILY'.]

MINAH terlalu bencikan dia sehingga dia tak sedar bahawa dia cemburukan lelaki tu. Mungkin pada hakikatnya MINAH seem to be already move on. Tapi hati perempuan, sungguh fragile. Perempuan ni, sekali dia sayangkan seseorang dan bila dia betul sayangkan seseorang... dia akan cukup sedih bila seseorang itu tinggalkan dia, tipu dia dan ape sahaja yang boleh dikategorikan sebagai 'PATAHKAN HATI DIA'. Ternyata ramai perempuan macam ni sekarang. Tapi MINAH.... hanya tuhan yang tahu apa yang dia mahu dan rasa sebenarnya.

Walau bagaimanapun, semua ini tidak menghalang MINAH untuk menerima cinta seterusnya. Dan dia masih mencari jejaka pujaan malaya nya... [mau nyanyi sikit]. Namun, perasaan benci MINAH terhadap sang lelaki itu, "jangan kau sebut nama dia, berdarah telinga aku ni, dan tolong jangan kaitkan aku dengan dia lagi...faham?". Kalau boleh jenis kereta, warna kegemaran, jenama perfume ke ape, MINAH banned dalam hidup dia. Ini termasuklah KFC.... [apa kena mengena KFC ni MINAH?]

MINAH jawab, "Dulu mase aku dating ngan makhluk tu, kitaorg slalu kuar makan kat KFC... tak kira lah g MidValley ke, JJ ke... even Giant sekalipun.. asal ade KFC situ jerlah tempat makhluk tu belanja aku makan."

MINAH masih percaya bahawa suatu hari sang lelaki itu akan rasa kecewa seperti mana dia pernah dilakukan oleh sang lelaki itu. Kira macam hukum karma lah. Baik dibalas baik, jahat dibalas jahat. MINAH sambung citer lagi.

"dulu mase dalam tempoh clash tuh, aku pernah sumpah dia. Aku sumpah dia.... biar dia takkan pernah rasa kasih sayang yang ada di dunia ini dan dia tak layak untuk memberi atau menerima sebarang kasih sayang dan rasa cinta selain diri dia sendiri. Sebab dia selalu merasakan diri dia lebih hebat berbanding orang lain"

Ternyata MINAH sendiri tak sanggup untuk meniatkan sumpah itu kepada sang lelaki kerana dia berpegang pada satu kata-kata hikmah ni " TAKUT NANTI DIMAKAN SUMPAH" [superstition jugak MINAH ni rupanya]. Sebaliknya MINAH membuat temu janji dengan penciptanya iaitu ALLAH S.W.T, dan bersujud kepada-NYA supaya ditabahkan hatinya dan menjadikan dia manusia yang berguna. MINAH juga berazam pada dirinya bahawa suatu hari dunia akan lihat kejayaannya. Dan pada ketika itu dia akan berkata pada sang lelaki "Lihatlah apa yang kau telah rugi".

Dan bagi MINAH juga, dia turut membisikka sesuatu ditelingaku..."MEMORIES ARE PRECIOUS BUT FOR SOME REASON, AND GOOD REASON I WANT IT DELETED"

Melihat kelibat MINAH berlalu dari anak mata ini, dapat dirasakan bahawa itu adalah kata-kata yang membuatnya dirinya tabah selama ini.

p/s: MINAH bukanlah nama sebenar, tetapi dialog yang diluahkan adalah based on the true story.

Thursday, November 25, 2010

aLL tHe meMoriEs cAptUrEd!!!! [some of it ]


UNIMAS GEMILANG

Fakulti kebanggaan!!!
Field trip at Kg.Tebelu

Ferry Samarahan

My cLassmAte


Industrial Relations team at Santubong beach

kEmbaLi mEmbLogGer.... [hahahaha]


Terlalu lama sHaz tinggalkan dunia blog.. dan kini sHaz kembali. Kembali daripada kesibukkan dengan assignments dan final exam... Dan secara rasminya 25 NOVEMBER 2010 sHaz telah pun menamatkan tanggungjawab sebagai seorang pelajar di UNIMAS GEMiLANG nih.... huhuhu... ramai kawan-kawan yang sudah pulang ke tanah air masing-masing. Terasa rindu pulak... Tapi sHaz masih belum pulang ke tanah air lagi!!!! [lewat sikit berbanding dengan kawan-kawan].

Setelah 4 tahun berbakti dan menjalankan tanggungjawab dengan jayanya di tempat ini akhirnya sudah sampai ke penghujung. sHaz mendaftar di UNIMAS pada tahun 2007, mase tu memang sHaz tak kenal sesiapa pun. Pandai-pandai lah bawa diri masa tuh... Tapi alhamdulillah sHAz sempat berkenalan dengan Jana & Min pada malam pertama minggu orentasi. Macam-macam ragam ada semasa minggu oreintasi. Sesuatu perkara baru dalan hidup sHaz. Tak pernah tinggal kat asrama, tak pernah berjauhan dengan keluarga.. dan saat itu rindu teramat sangat dengan ayahanda dan bonda tercinta. Asal ayahanda telefon jer... air mata mengalir dah macam paip pecah... dan agak sukar untuk bercakap dengan bonda waktu itu.. speechless terus bonda dan sHaz waktu tu...

Kehidupan di semester 1 memang memberi pengalaman baru. Waktu tuh baru sHaz sedar, tiada apa yang mudah di universiti ni pun. Dulu kita biasa dengar cikgu-cikgu kat sekolah cakap “nanti kalau awak masuk U semuanya senang”. Hakikatnya, cikgu-cikgu semua adalah PENIPU!!! [hahahaha]. Giler wooo.... assignment asyik kene reject, kene re-do lak tuh.... kelas dari pagi sampai ke petang... kadang malam pun ader kelas.. sampaikan sHaz pun selalu tidor dalam kelas... lau baik sikit sHaz tidor kat surau...[hahahaha]. Tapi itulah dia sHaz semasa di semester pertama....

Banyak perkara yang sHaz belajar sepanjang berada di UNIMAS – bumi kenyalang...

1.       Mendapat seorang best friend yang memang best!!! (Din)
2.       Dapat GIRLFRIEND yang baik dan sweet on me!!! (Mai)
3.       Belajar apa itu kecewa dan kasih sayang.... (panjang ceritanya)
4.       Menyedari keluarga adalah yang utama selepas ALLAH & Rasulnya...

Erm... itu antaranyalah...

Yang paling best sepanjang sHaz berada disini, sHaz dapat menjadi diri sHaz yang sebelum ni duduk terkurung dalan skeleton nih... sHaz dapat express apa yang sHaz minat, apa yang sHaz x minat dan dengan bantuan para pensyarah, sedikit sebanyak dapat membuka pemikiran kita macam omputih ade cakap tu...”think out of box”... benda ni tak kira either in SOCIAL, POLITIC or ECONOMY. 

sHaz akan pulang ke tanah air pada Isnin depan [lambat sikit]. Dan bermulah chapter baru dalam kehidupan sHaz selepas ini.