weLcOmE

Strawberry Choclatier... my Life my Story

bY : Syazwani Mohidin

LifE is fUll wIth sWeEt & sOur mOmeNt oR eVen aN idiOtiC mOmeNtO. wElL, wE nEeD cOlOurfUl oF eXpERiEncEs iN oUr LifE. dOn’T LeT yOur LifE dUlL.


Sunday, April 29, 2012

April 2012

Entry kali ni... tajuk nyer agak simple. Macam tiada apa-apa maksud. Tapi apa yang cik Shaz nak kongsikan, bulan April tahun 2012 ni telah memberi suka-duka dalam diari cik Shaz.

Bermula di pembukaan April 2012. GEMBIRA. Itulah ungkapan yang sesuai dikatakan pada pembukaan. Sang kekasih hati berkunjung di sini. Setelah sekian lama tidak bersua muka. Seronok memang tak ingat... hahahah!!!!
Namun dalam gembira ada sedih. Bila sang kekasih terpaksa terbang kembali ke Bumi Kenyalang untuk berkhidmat kepada negara [cewah!].

April 2012 juga, cik Shaz bersama kakak dan bonda tercinta mula berjinak-jinak dalan satu aktiviti ni. HOME MADE CHOCOLATE.  Hurm... walaupun bunyinya agak out-dated, tapi kami bertiga betul-betul enjoy. Tetibe rasa nak lebarkan sayap sekejap. (*_*) wink! Sesiapa yang nak menempah boleh jugak. Juga menyediakan chocolate box yang menarik [surprise...].


Seperti yang dikatakan sebelum ni, April 2012 tenyata memberi suka-duka dalam diari cik Shaz. Yang SUKA nya, yang tadi tu. Ini yang DUKA nya.

17 April 2012, cik Shaz mendapat panggilan telefon daripada ayahanda di pejabat mengatakan Mak Ndak (kakak ayahanda) telah pun meninggal dunia pada 9.45 pagi. Agak tersentap di situ. Sebab selang beberapa hari sebelum tu, cik Shaz bersama keluarga & sang kekasih pergi melawat Mak Ndak [arwah] di hospital. Saat tu cik Shaz terus tinggalkan pejabat.

Selang beberapa hari selepas tu, tak sampai pun seminggu selepas kenduri tahlil arwah Mak Ndak. 21 April 2012, deringan telefon di rumah cik Shaz memecah hening pagi sebelum subuh. Memberi berita Mak Long Faridah (sepupu bonda) telah pun meninggal dunia. Lagi tersentap. Mata yang terlena tadi dikejutkan dengan berita sedih.

Dan baru semalam, 28 April 2012 cik Shaz sekeluarga dikhabarkan lagi berita sedih. Angah Hamzah (sepupu sebelah ayahanda) telah pun meninggal dunia pada 4.30 petang.

Ina Lillahi Wa Ina Raajioon
(To Allah we belong and unto Him is our return)

Sunday, April 1, 2012

SEORANG

seorang diri memang membosankan...
duduk seorang diri sentiasa buat aku berfikir...
berfikir- fikiran yang mungkin atau yang di tengah atau pun yang sudah berlaku...
bila seorang diri, terasa diri ingin mencari kawan atau pun teman...
teman di kala berseorangan...
tapi, selalunya akan berakhir dengan keseorangan...

seorang diri sangat menyenangkan...
duduk seorang diri membolehkan aku melaksanakan tugas tanpa gangguan...
tidak perlu berfikir tentang apa yang difikirkan mereka...
hanya fikir tentang tugasan yang perlu dilaksanakan...
teman -untuk bertanyakan apa yang dipersoalkan...
selesai tugasan... buat hal sendiri... seorang diri...

tapi kini, seorang diri agak menyeksakan.
seorang diri membuat aku rindu.
rindukan dia.
apa yang perlu aku buat?

walau apapun... pengakhiran setiap aku akan keSEORANGan juga.

[p/s: karya duk sorang2 waktu rehat kat ofis... ]