weLcOmE

Strawberry Choclatier... my Life my Story

bY : Syazwani Mohidin

LifE is fUll wIth sWeEt & sOur mOmeNt oR eVen aN idiOtiC mOmeNtO. wElL, wE nEeD cOlOurfUl oF eXpERiEncEs iN oUr LifE. dOn’T LeT yOur LifE dUlL.


Tuesday, March 20, 2012

Looking for Mr.ELMO

ELMO

Sape yang biasa tengok Sesame Street mesti kenal... Ala yang warna merah comel-comel tu. Dialah ELMO. cute...


Cik Shaz merupakan salah seorang peminat ELMO. Entah macam mana leh jadi minat ngan elmo ni pun tak tahu. Seingat Cik Shaz, dulu masa tengok Sesame Street [zaman anak kecil] antara ramai-ramai puppet tu Cik Shaz cuma kenal Big Bird. Burung besar warna kuning tu. Pastu dah besar sikit [masih layan Sesame Street], dah kenal Cookie Monster dengan Count Von Count [drakula tu...].








ELMO ni Cik Shaz rasa baru jer terpikat. Sejak beberapa tahun yang lalu. Mungkin sebab warna dia MERAH. Ada cerita disebalik ELMO...



Masa tu disebuah tapak hiburan yang cukup dikenali sebagai FUN FAIR. Di sana memang banyak permainan. Permainan yang hadiah dia boleh dapat teddy bear =). Kebanyakkan kat sana memang hadiahnya teddy bear. Jadi Cik Shaz - bertiga bersama bermain. Ada yang baling dart, ada yang tembak tin... macam-macam lah. Sampailah 1 gerai permainan ni. Perkara yang menarik minat Cik Shaz masa tu - ELMO. Saiz aderlah dalam 20 inch kot. Permaian dia mudah jer. Golekkan bola sampai masuk ke dalam panel. Setiap panel ade markah. untuk dapatkan ELMO tu - 60 markah. Tak lebih tak kurang. Malangnya selepas 3 cubaan lansung tak dapat. HUHUHU....

Nak merawat hati yang kecewa - AbHaM yang ada sekali ketika itu, mengajak kami bermain satu lagi permainan....di gerai lain. Main pecah belon dengan dart. Hadiahnya... HONDA bear. :)

Malam tu kami berjaya membawa seekor Hello Kitty, HONDA bear dan beberapa biji bantal burger. Itulah 1st time pergi fun fair selepas kali terakhir pergi semasa anak kecil. Giler r, fun fair macam tempat gambling lah pulak. 

p/s: rasa-rasa nak tengok Honda Bear tu camne, carilah post HONDA bear =)

Monday, March 5, 2012

i miss u babe...

Lihat pada tajuk entri kali ni, jiwangnyer...
Baru balik dari kerja. Mengantuk pun ada... Balik-balik on laptop, laptop 'sangkut' lak. Menguji kesabaran. 

Tiba-tiba takder idea nak dicurahkan dalam entri kali ni. [nak post gak].



 p/s: (-_-)

Thursday, March 1, 2012

Tugas baru, Tempat... dah biasa datang :)

Cik Shaz sudahpun memulakan tugas baru. Tempat dah biasa datang? Hurm... tempat ni Cik Shaz rasa dah macam 2nd home lak. Pusing sana-sini, patah balik tempat ni. RUMAH GELAS. Cik Shaz kini kembali bertugas di Rumah Gelas. Masuk ni, kali ke-3 Cik Shaz berada dan bertugas di sini. Memang rezeki melekat kat sini kot. Agaknyer lah....

Dan yer. Cik Shaz telah pun meninggalkan dunia Early Childhood untuk kembali ke Corporate World ni. Rindu tu sudah tentu pada anak-anak kecil Taska. Tapi tak mengapa, Cik Shaz tinggal bukan jauh pun. Kawan-kawan pun ramai kat sana. Miss u all!!!!

Tugasan baru. Tidak lagi duduk di HR, tetapi ke MARKETING. Bila dengar budak study HR kerja kat Marketing Dept ada saja yang berkerut dahi. Relax lah.... Belum cuba belum tahu. Ternyata ini yang terbaru bagi Cik Shaz. Dan bukan senang, dan tidaklah sukar. Everyday is learning process for me here. wah... talking English already.  [speaking, not 'talking'].

Memang banyak yang Cik Shaz perlu tahu dan perlu belajar. Zaman sekolah bukan minat pun math ker, economy ke... berniaga kat Hari Kantin pun bukan kegemaran Cik Shaz... Tapi sekarang... duduk kat Marketing Dept. Don't play-play kata Phua Chu Kang... :)
So... moga-maga pas ni sales naik and dapat lah bagi bonus... kot..?

To be continued....