weLcOmE

Strawberry Choclatier... my Life my Story

bY : Syazwani Mohidin

LifE is fUll wIth sWeEt & sOur mOmeNt oR eVen aN idiOtiC mOmeNtO. wElL, wE nEeD cOlOurfUl oF eXpERiEncEs iN oUr LifE. dOn’T LeT yOur LifE dUlL.


Monday, August 29, 2011

Jah...oooo....Jah... esok raye Jah oi!!!!

comfirm esok raye... huhuhuh....
Ketupat Lemang Rendang Kuah Kacang... aper lagi????
Takbir dah bergema, mercun bunga api dah mula menari-nari dilangit....
Malam raye malam yang meriah. Membuat persiapan yang terakhir tuk keesokkan pagi....

Cik Shaz nyer aktiviti di malam raya???? - M&M
Mengadun & Membakar.
Buat pertama kali dalam sejarah hidup Cik Shaz memanfaatkan malam raya dengan aktiviti M&M ni... Memang tak pernah sebelum ni. Sebab dapur bukanlah kawan baik Cik Shaz.... [hahaha]
Tapi lain pula cerita tahun ini, Cik Shaz sangat beria-ria nak buat cup cake.. [gara2 layan show DC cupcakes].
Dengan bantuan kakak tersayang... ALHAMDULILLAH misi dan hajat terlaksana.
Percubaan pertama Cik Shaz buat cup cake... hahahahaha... [belum citer dah gelak]

Pasti ada yang hangus, kembang terlebih, ade yang tak masak. Tapi, sekali lagi thank u to my sister... semuanya berjaya diatasi. Rasa???

Diorang bagi B-... sebab ade rase hangus sikit... hahahaha... yang pasti abang dan adik Cik Shaz suka makan cup cake Cik Shaz buat.... hehehehe...
Ayahanda kata "Kena selalu buat, baru dapat tune sedap nyer...."
Yer ayahanda.... Practice make perfect!!!!!

well... Selamat Berhari Raya kengkawan!!!!!

ni lah rupe cup cake Cik Shaz yang dah siap :)

hahaha.... safety is priority!!!!

p/s: Baby love Honey... :)

Sunday, August 28, 2011

Bahang AidiliFitri sudah terasa......

Suasana Hari Raya - Anuar Zain & Elliana


Berlalulah sudah ramadhan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana jua
Memberikan ketenangan dan menteteramkan jiwa

Kuih dan muih beraneka macam
Makanlah jangan hanya dipandang
Ketupat rendang sila nikmati
Penat memasak malam ke pagi

Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak diberi.....


Minal Aidin Wal Faidzin daripada Strawberry Choclatier @ SyazwaniMohidin dan keluarga.
Maaf Zahir & Batin


Friday, August 26, 2011

malam IFTAR 2011 bersama anak-anak riang....

Selepas setahun... kini kami kembali bersua sempena bulan Ramadhan mulia ni. Memang inilah waktunya yang akan mengumpulkan kami semua. Walaupun tak ramai yang dapat join tuk event kali ni... tapi keadaan tetap meriah.... Masing-masing ada cerita kehidupan sendiri. Tapi bila dah duduk makan minum semeja, terasa macam zaman sekolah... dalam kelas Upper Six Melati, SMK Seri Ampangan, N.Sembilan...

Berlokasikan di restoren Azhar Maju, Dataran Senawang untuk agenda berbuka puasa bersama, kemudian diteruskan sehingga di Benteng Ampangan. Makan-makan, cakap-cakap, jalan-jalan, beli-beli dan belah.... hehehe....













SELAMAT HARI RAYA!!!!

Geng.... pas ni event Serbu Rumah Kengkawan Raye lak!!!! 
Dont miss it....


Wednesday, August 24, 2011

kEciK hAti kAmi... tApi kAmu Lagi mEmaLukAn....

Hurm..... entri kali ini diambil daripada laman sesawang akhbar secara talian - UTUSAN MALAYSIA. Nama dah BESAR tapi masih KECIL dalam hal membuat 'kerja rumah' yang baik.....

Arkib: 24/08/2011

Fatanah mohon bantuan ke Universiti Sains Sarawak
FATANAH Azmi menunjukkan surat tawaran Unimas di rumahnya di Kampung Kandis Bachok, baru-baru ini.

BACHOK 23 Ogos - Hasrat seorang lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan Badak di sini, untuk menyambung pelajaran ke menara gading September depan mungkin tidak kesampaian kerana keluarganya tidak mampu menyediakan tiket penerbangan dan yuran pengajian.

Fatanah Azmi, 20, dari kampung Kandis di sini berkata, berdasarkan keputusan STPM tahun lalu, dia layak menyambung pelajaran ke Universiti Sains Sarawak (Unimas) dan pendaftaran adalah pada 6 September ini.
Bagaimanapun katanya, disebabkan lokasi pengajian di Sarawak yang memerlukan dia menyediakan tiket kapal terbang dan yuran pengajian RM1,414, keluarganya tidak mampu menyediakan perbelanjaan tersebut.
"Selepas mendapat tawaran tersebut pada pertengahan bulan lalu, saya cukup gembira kerana cita-cita meneruskan pengajian ke menara gading akan menjadi kenyataan, tetapi memandangkan lokasinya jauh dan perbelanjaan yang tinggi, saya berasa kecewa.

"Keluarga saya hanya bergantung hidup pada pendapatan bapa sebagai nelayan yang tidak menentu. Emak pula tidak bekerja dan hanya menjadi suri rumah," katanya ketika ditemui di rumahnya, kelmarin.
Fatanah merupakan anak keempat daripada 10 beradik bagaimana pun tidak berputus asa dan memohon mana-mana pihak agar dapat membantunya meneruskan pengajian.
"Saya telah menghantar borang rayuan kepada Unit Pusat Universiti (UPU) supaya memberi peluang saya menyambung pelajaran di Semenanjung walaupun saya mempunyai keinginan untuk merantau dan meraih pengalaman di Sarawak.
"Begitu juga dengan permohonan bantuan kepada beberapa pihak di sini yang pernah berjanji akan memberi keutamaan kepada pelajar yang mendapat tawaran ke universiti tetapi masih belum mendapat apa-apa maklum balas," katanya.

Pihak Unimas katanya, menawarkan peluang melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan kepujian (Teknologi Seni Reka) di Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif selama tiga tahun .
"Di dalam surat tawaran tersebut saya juga dikehendaki membayar RM2,492 yuran pengajian setahun manakala selebihnya ditanggung kerajaan RM6,779," ujarnya.


p/s: patut pun bantuan tak release.... mana ado uni tu kat sarawak nih....
       UNIMAS = Universiti MALAYSIA Sarawak.... not Universiti SAINS Sarawak....




Sunday, August 14, 2011

by Syazwani Mohidin on Thursday, March 25, 2010 at 4:42pm

This is a piece that i wrote before i create this blog. I used to wrote on Facebook Notes. Here some i like to share with my friends here.

[more will appear after this]


i'm not good enough for him...

i'm not good enough for him...

that is what i thought of us...
so idiotic and melancholic....

sometimes what he said is hurting me.
 

sometimes what he said is the truth.
and that sometimes make me hate him
 more and more.
but in the same time love still in the air.

why love still there???
why we always end up with the wrong
 path???
why we never realize it earlier?
 

why...why...why...?

too much why...

everything that happened have the
 reason.
 he told me that, he taught me that...
but sometimes, we could not figure
 
out what exactly the reason why.

life is not a fairytale, life is
 never perfect.

i am not a perfect person.
you, yourself not a perfect person.

but why we always demand perfections
 
in every person, in every aspect?

perfection is what we labeled by our
 own self. 
there is no specific guideline to it.

our own eyes see it perfect, our own heart feel it perfect and our own mind impulse it perfect.

but still i'm not good enough for him.







Saturday, August 13, 2011

Rasa itu datang lagi... [buat si jejaka bersut serba hitam]


Ternyata setelah sekian lama, aku menyangka aku akan mampu. Mampu untuk biarkan saja. Tapi malangnya, ia datang kembali. Membuat aku kelemasan dalam persekitaran aku. Selepas sekian lama aku tinggalkan.


Semuanya selepas aku menyaksikan lakon-layar-tidak-bergerak kamu di dalam ruangan paparan ajaib. Bagaikan dicacah dengan renjatan elektrik ditubuh ku ini. Dan ketika itulah, rasa itu datang lagi.

Rasa yang terlalu sukar untuk aku biarkan ia berlalu. Kamu membuat aku terasa rindu. Kamulah jejaka bersut serba hitam ku.


Shhh... ini rahsia hati ku. Kamu tak kan tahu. 

Friday, August 12, 2011

Anak kecil siapa ini???

Aku sedar dari  lena tidur petang ku. Hari ni aku MC.
Kepala aku sakit, doktor sah kan aku demam. Demam di bulan puasa. Aduh, memang sangat tak best.
Satu hari terpaksa tinggalkan puasa.
Dan aku sedar dah lama aku tak tidur selena ini. Oh ya, sebab aku dah telan 2 biji dadah yang doktor berikan. Sleep like a baby....

Sedang aku menikmati kelenaan aku tiba-tiba terganggu. Ada suara asing berbunyi. Mulanya aku buat tak kisah. Tapi makin kuat pulak. Aku selak selimut, aku pandang ke arah kanan ku. Kenapa ada rak pula dalam bilik aku ni? Itulah yang aku fikirkan pada mulanya. Ini gara-gara penglihatan aku masih mamai dek kelenaan.

Perasaan tak puas hati aku memberi kekuatan untuk aku bangun dari katil dan pergi ke arah bunyi tadi, arah rak pelik tu. Bila aku dekat, bunyi itu semakin kuat. Dan entah kenapa tangan kiri aku cepat mencapai botol air yang pelik. Tapi bukan untuk aku minum. Walau sedar diri ini tidak puasa atas sebab yang dibolehkan. Aku dekati rak pelik itu.

" Ala....ala... sayang anak ibu. Jangan lah nangis sayang. Ibu demam ni... " pelik pula percakapan aku.

Eh, nape pulak???
Bunyi yang pelik itu adalah bunyi anak kecil menangis.
Rak yang pelik itu adalah katil anak kecil ( baby cribs )
Botol air yang pelik itu adalah botol susu anak kecil
Percakapan yang pelik itu adalah aku sebagai seorang ibu

Aku pandang sekeliling. Biar betul??? Bila pula aku bersalin??? Camne leh ade budak kecil ni dalam bilil aku?

"Wani.... wani bangun lah". Nama aku dipanggil, dan aku menyahut, " Aku tak sihat lah weyh..."

Aku bermimpi rupanya.

p/s: Jangan tidor saje dibulan puasa.... hehehe

Monday, August 1, 2011

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan 1432H....


Dengan ini saya sekeluarga ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa sepanjang bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ini. Semoga kita semua diberkati selalu...

"Bonda, buka ni nak masak apa?"
"Orang suh dia bangun sahur dia sibuk tanya buka pulak..."