weLcOmE

Strawberry Choclatier... my Life my Story

bY : Syazwani Mohidin

LifE is fUll wIth sWeEt & sOur mOmeNt oR eVen aN idiOtiC mOmeNtO. wElL, wE nEeD cOlOurfUl oF eXpERiEncEs iN oUr LifE. dOn’T LeT yOur LifE dUlL.


Thursday, December 11, 2014

TOKEN HAPPY BIRTHDAY...

Assalamualaikum.

Sudah December 2014. Sudah akhir tahun 2014. Hari ini sudah 12/12/2014. Semalam Malaysia menang 4-2 dengan Vietnam dan melayakkan diri ke final AFF Suzuki cup 2014. Final vs Thailand.

Ok bukan nak cerita hal bola. Sebab cik shaz tak minat.
Bila dah masuk bulan December, selalunya cik shaz akan berfikir apa yang akan di hadiahkan untuk diri sendiri sempena meraikan ulang tahun setiap 25/12. Yer, cik Shaz beli hadiah tuk diri sendiri. Tak percaya? Percaya lah....

Cik Shaz tak ingat sejak bila, tapi perkara ni ada beberapa kali cik shaz buat. Mungkin sebelum ni tak sempat nak jadikan setahun 1 benda. Tapi sejak 2012 - 2013 cik Shaz dah nekad nak jadikan ini sebagai acara tahunan. Sebagai token usia dah meningkat. Tapi hadiah tu tak semestinya tepat pada 25/12 setiap tahun. Cuma di beli sempena tarikh itu.

Cuma tahun ni, cik Shaz masih belum decide apa token tuk tahun 2014 ni. Kalau diminta untuk senaraikan apa yang diinginkan, adalah beberapa item. Tapi itu bukan yang utama.

Yang utama dalam kepala ni, dapatkan kembali figure tahun 2011. Figure apa? Tentulah figure badan. Percaya atau tidak, berat badan cik Shaz sekarang adalah 60kg. Selepas bulan ramadhan hari tu, berat badan ni maintain kat situ je. Kurang tu ade la 1-2 kg. Tapi lepas tu, naik balik ke angka 60kg. Statik di situ sehingga hari ini.

Berat badan cik Shaz naik sejak tahun 2012-2013. Time tu memang baru perasan. Cik Shaz pada mulanya tak kisah sangat. Tapi mula rasa tak seronok bila banyak baju da tak muat. Paling ketara jeans n baju kurung cik Shaz. Demn!!! Gila. Memang gila. Masa tu memcuba macam-macam perkara. Supplement? Beli rajin, makan tak rajin. exercise?  jauh panggang dari api. Sebab cik Shaz memang bukan jenis suka bersenam bagai. Apa ntah lagi buat exercise sorang-sorang. Memang skip jer la memanjang. Dia nak seronok ade trainer. Personal trainer. Itu pun belum tentu juga kan???

Perubahan ketara bermula pada bentuk muka semakin bulat. Kemudian beralih kepada penghasilan lelemak dibawah lengan. eeeewwww!!!!! Sejak dari itu, ramai lah yang tegur cik Shaz semakin berisi, semakin bam.

Punca utama ialah - MAKAN!
Kenapa sebelum ni, duk rumah g kerja, balik kerja badan masih maintain walau tak exercise sekalipun? Sejak masuk kerja di tempat kerja sekarang, selalu ada event makan-makan. Makan percuma memang sedap. Lepas tu slalu makan kat kedai. Hari-hari nasi goreng cili padi, nasi goreng ayam, bla-bla-bla. Lepas tu da ade snow. Agak terasa boring dengan lauk kat umah, start engine gerak g mcd, kfc, bla-bla-bla.... Hari-hari. Makan sedap-sedap. Tapi tak exercise. Lepas tu makan je, waktu makan memang kena makan lah. Ni luar waktu makan pun nak makan juga. Memang bulat lah kan?

Sekarang nak menyesal pun tak guna. Supplement yang katanya boleh buat kita kenyang dalam beberapa waktu tu memang berhasil. Betul, sebab cik Shaz dah cuba. Tapi sejujurnya, tekak ni mual. Sebab rasanya tidaklah sedap. Penyudahnya, tak rajin makan supplement. Buat penat je kan? exercise pun dah sudah. Tapi tu la, Cepat bosan. Lagi satu 'xde masa' - alasan yang paling klise.

Sekarang cik Shaz ade tempoh kurang dari 12 bulan. Kena mula balik rutin. Rutin pemakanan. Hal exercise, kena start balik setiap hari 30 minit berjoget berjimba. Nak berlari tak mampu. Joget jer la. Rutin makan cik Shaz dulu, sehabis baik elak makan nasi. Tapi memang tak boleh elak. Sebab kat umah hari-hari ada nasi. So, apa yang cik Shaz control - pengambilan nasi dalam sehari. Sekali sudah. Kalau mampu. Kalau tak mampu, makan sikit (segenggam nasi) berserta lauk tetapi kerap makan. Lepas ni kena latih diri bayakkan minum air mineral berbotol-botol. Makan kat kedai pun minta air mineral. Tak pun bawa bekal air dari rumah letak dalam beg.

Sejujurnya ini lah token hari jadi paling utama bagi cik Shaz sekarang.

Persoalan sekarang, MAMPUKAH?????



Wednesday, November 19, 2014

DIARI HATI : Pagi yang... silau! (mood rOjAk)

assalamulaikum pembuka bicara.

cik Shaz baru lepas meeting dengan bos.
Every time bos panggil meeting or short briefing, cik shaz selalu ada perasaan "apa lah kes kali ni?". Kali ni memang betul.

Semalam semua HOD ada management meeting. Macam biasa, department cik shaz aim utama selain masalah production. Biasalah, department cik shaz department yang bawa duit. Untung rugi syarikat bergantung kepada usaha department ni antaranya. Ok, cut it short.

Tadi bos panggil cik shaz & en. NZ - my executive. Kali ni bos brief kami berdua hal man power planning & department direction. Maklumlah nak masuk end of year.

Company plan nak buat branch outlet di JB. Since all the share holder approved, In sya Allah 2015 there will be new outlet branch in JB. Jadi, mesti perlukan man power yer tak? So, outcome dari management meeting semalam, en.NZ is the person will be managing JB outlet. He is the 1st choice. Tapi, en.NZ mungkin nak decline sebab dia da bincang dengan wife dia - tak setuju.

Then come the 2nd choice - ME.
Tapi cik Shaz kena improve diri. Tunjukkan pada semua HOD dan Senior Manager(s) - "I am worth it". Tapi ade ayat tak best. My bos hated it. HOD lain start questioning my role here. Mereka kata cik Shaz cuma terperuk je dalam ofis ni ha. OK. Secara mata kasarnya, YA. Tapi bos cik Shaz always trust in me and all his staff. Bos balas " kau orang tak tahu dia sendiri handle more than 14 customer nearby " . Tapi mereka punya high expectation toward me. Jadi bos kalah bila 3 against 1. Thanks bos, always trust us - me :)

JUJUR cik shaz memang benci bila mereka mempertikaikan "kegunaan" cik shaz dalam department ni sebagai officer. Dah lama da issue ni. Sejak GM sebelum ni pun. Cik shaz tak minta naik pangkat, cik Shaz cuma minta naik gaji dan benefit lain daripada company. Itu pun belum tentu dapat. Sebab cik shaz setiap hari duduk dalam office je. Tak keluar cari sale. Cik Shaz kat office tak perlu keluar cari sale. Sales cari cik Shaz. Amboi berlagak betul. Tapi memang betul pun.

Tak mengapa lah mereka nak mempertikaikan cik Shaz di sini. Mereka tak penting. Bukan mereka yang hired cik shaz. Tapi my bos. Person that i trust most in this company. Them? I don't care. Who are they to question me, while my bos trust in me?

They just bad as they were.

As for me, put a BIG SMILE when they asked. If they dare to ask.



Friday, October 31, 2014

Diari Hati 2014 : ONE DAY PRINCESS.

Assalamualaikum wbt.

One day princess, itu yang berlaku pada diri ku seminggu yang lalu. Tarikh 1 Muharam 1436 bersamaan 25 Oktober 2014 hari Sabtu, secara rasminya aku menjadi tunangan orang. A moment to remember. Alhamdulillah. Majlis berjalan lancar, walau ada error hit in somewhere. Detik permulaan dalam sebuah kehidupan.

4 hari sebelum majlis.
Kebetulan Deepavali jatuh pada 22/10/2014 iaitu hari Rabu, aku ambil cuti panjang dari Rabu hingga Ahad. Macam aku pula yang nak beraya. Persiapan katanya. Ni baru bertunang. Nikah nanti tak tahulah berapa lama aku ambil cuti. Lagipun Annual Leave aku balance banyak lagi. Salah satu sebab aku ambil cuti awal, abang-abang dan kakak aku bekerja, jadi aku decide bila aku cuti awal ni boleh la aku berkemas mana yang patut. So, tidak lah rasa berat sangat menjelang majlis nanti.

Tapi, pelaksaan tidak seindah perancangan. 4 hari sebelum tu  aku bertemankan kakak aku seorang ni, keluar mencari barang. Sudah tentu barang untuk hantaran. Segala hiasan yang sesuai perlu difikirkan. Inilah pertama kali dalam hidup aku, aku melibatkan diri dalam hal pembuatan HANTARAN. Dengan keadaan budget yang agak tight, aku gagahkan juga untuk mencari yang berkenan di hati. Siapa yang kenal aku mungkin faham sifat cerewet aku yang sederhana ni. Ini semua gara-gara aku dan kakak nak buat hiasan hantaran sendiri. Beberapa bulan sebelum tu kami dah shopping sikit di Nilai 3. Memang rambang mata. Tak cukup dengan tu, aku belajar buat bunga dari kertas,'paper rose' dari YouTube. Boleh check dalam instagram aku sal paper rose ni.

Itu hal hantaran. Ini hal 'sarung cincin'.
Bertunang akan diserikan dengan majlis sarung cincin. Disebabkan aku tak ambil mana-mana perkhidmatan bridal consultant a.k.a MAK ANDAM. Aku perlu berfikir, macam mana aku nak siapkan tempat yang ala-ala mini pelamin tu. Idea datang dari mimpi. Betul tak tipu. Untuk memudahkan aku dan bakal ibu mertua ku. Aku pilih duduk atas kerusi berbanding bersimpuh di lantai. Walaupun bersimpuh itu nampak klasik dan ayu. Tapi aku kena fikirkan keadaan bakal ibu mertua ku. Maklumlah, orang berumur. Jadi, aku berfikir, gunakan sofa yang ada dirumah ni. Maka aku pun ke gedung kain Nagoya cari kain plain yang boleh di jadikan alas pada sofa di rumah ni. Plan asal nak warna silver or putih. Tapi tiada yang menepati citarasa aku. Jadi ku pilih kain berwarna ala-ala gold bronze. Nak nampak seri kat sofa tu aku beli kain warna biru turqoise untuk dijadikan sarung bantal dan 5 biji paper lantern 5 warna sebagai hiasan.

Tiada bridal consultant, sendirian berhad je...
Majlis aku memang sendirian berhad. Kecuali katering dan khemah. Disebabkan tiada bridal consultant or mak andam, sebulan sebelum majlis ni aku memang rajin stream YouTube. Bukan layan movie, tapi cari 'How to do a basic make up'. Yer, aku belajar make up dari YouTube. Sekali lagi YouTube membantu aku. Hasilnya mungkin tidak sehebat make up mak andam. Tapi aku fikirkan ini adalah majlis pertunangan, simple make up ok lah kot.

Tapi dugaan datang pula. Makin dekat dengan majlis, muka aku berjerawat la pula. Mau nangis. Tapi Alhamdulilah, pada hari majlis aku berjaya tepek concealer dan foundation sehingga menyamarkan jerawat aku walau seketika. Make up dengan lafaz bismillah kata kau!

Pakaian aku pula. Baju dress serupa princess bertingkat-tingkat tu dah 2 tahun dalam almari. Nasib baik masih muat. Maklumlah, aku kan sedang mengalami tumbesaran badan. Cuma aku tambah lace di hujung lengan. So tidak la kosong saja. Jimat belanja pun ya juga. Tudung aku lilitkan tu sebenarnya tudung bawal. Ilham dari AidiJuma, tudung bawal 4 segi jadi seakan shawl panjang. Yer, tudung tu memang dari AidiJuma. Jimat lagi. Untuk nampak lebih princess lagi, aku kenakan headband kristal silver flower dibeli dari instagram, harga? Memang jimat!

Hari bertunang.
Alhamdulillah. Majlis Pertunangan aku berlajan dengan lancar. Tapi sebelum tu, aku punya nervous amat tinggi. Hanya Allah yang tahu. Aku memang nervous. Dalam hati terkumat kamit aku memlafazkan surah Al-Sharh dari ayat 1-8 berulang kali. Nak redakan rasa nervous. Ini baru nak bertunang. Belum nikah lagi. Masya Allah!

Tiba masanya.
Sebaik kakak aku memberitahu, tiba masa untuk aku keluar dari bilik. Dengan lafaz bismillah aku melangkah keluar menuju ke 'mini sofa-pelamin' aku. Aku terkedu seketika. Tetamu yang hadir, ramai dari sangkaan. Di hadapan aku masing-masing bersedia dengan phone. Bersedia untuk merakam momen indah aku. Aku da rasa semacam. Ya Allah, perasaaan apa ni? Itu yang berada dalam fikiran aku. Tapi bila ku lihat kehadapan. Aku lihat abang sepupu aku, Abang Sepul bersedia bersama camera miliknya. Adik aku senyum bersedia dengan camera di tangan. Masing-masing bersedia untuk momen indah itu. Aku pun senyum. Terasa diri bagaikan princess.

Oh ya, kehadiran Abang Sepul memang menggembirakan hati aku sebab hari bertunang aku kedua abang aku tidak dapat hadir atas kekangan tugas masing-masing. Abang-abang aku adalah official photographer aku. Disebabkan ketiadaan mereka berdua, adik aku jadi bidan terjun sebagai photographer. Kehadiran Abang Sepul bertindak sebagai photographer dan dia memang seorang photographer adalah seperti kehadiran dua orang abang aku. Terima Kasih. Kena tunggu gambar dari dia.

Alhamdulillah. Majlis itu berjalan dengan lancar dan berakhir dengan kenangan terindah dalan hidup ku. Bagaikan puteri. Hampir semua tetamu mahu bergambar dengan aku. Ratu selfie!

Terima kasih tidak terhingga kepada kedua ayah dan bonda ku. Dan kepada kakak aku thank you layan kerenah aku dan adik, terima kasih tuk gambar-gambar ni.

Dan ini adalah hasil karya aku bersama kakak aku.

Hantaran dari pihak perempuan (aku).




Pakaian & make-up. Bunga tangan tu hasil karya aku :)


Tetamu yang terdiri dari saudara-mara ku. Semua keluarga ada. Terima Kasih.



Bersama hantaran daripada pihak lelaki.


Sarung cincin bersama bakal ibu mertua ku.


Keluarga pihak lelaki


My only sister. Dan yang cap biru tu Abang Sepul. Thank you both of you.



ini, Encik Tunang!


Monday, October 13, 2014

let me be happy, will you?

"i just want to be happy for the good news. but, part of me saying i'm not happy. i'm splitting my own self."

Itu FB status aku (14/10/2014). Itu perasaan aku yang sebenarnya. Jujur, aku juga nak rasa happy macam orang lain bila ada berita baik yang berlaku di sekeliling kita. Lebih-lebih lagi kalau perkara itu berkaitan dengan diri kita.

kenapa dengan aku?
Aku tak tahu nak luah kat siapa. Mereka yang disekeliling aku, rasakan bagai tak sesuai untuk aku luahkan. Tapi kat sini, aku boleh, Sebab ramai anonymous. 

Semalam (13/10/2014)
Perasaan aku bercampur baur. Happy sebenarnya. Apa yang dinantikan semakin hampir. Keluarga si dia bertemu dengan Bonda & Ayahanda. Senang cerita, semalam officially aku di risik. Ya, semalam adalah MERISIK. Banyak perkara yang dibincang dan dipersetujui. Aku happy. Tarikh dan waktu maljis pertunangan telah ditetapkan. Begitu juga dengan bilangan dulang hantaran dan jumlah wang hantaran. 

Tapi...
Sedih menyelubungi aku. Bila tarikh yang ditetapkan oleh ayahanda dan bonda tidak dapat dihadiri oleh 2 orang kesayangan - Along & Alang. Masing-masing ada perkara yang tak dapat di elakkan. Sedihkan. Dua orang Abang aku tak dapat hadir bersama. Dan itulah photographer official aku. Dua orang tu penting bagi aku. Tapi, nak buat macam ne kan. Takkan aku nak paksa. Lagipun, tarikh yang dipersetujui ayahanda, Along da amik job awal sebelum. Alang pula kena attend kursus. So, bak kata ayahanda, "the show must go on even without them" (Ayahanda kata?)

Tapi...
Ada satu lagi perkara yang membuat aku sedih. Tapi yang ni, biarlah aku simpan dulu. Cuma sekarang apa yang perlu aku buat adalah usaha dan berdoa akan dipermudahkan segalanya. In sha Allah ada jalannya.

Doakan aku happy :)

Love,
SyazwaniMohidin

Wednesday, March 12, 2014

Walimatul Urus - Strawberry - BFF - MH370

Assalamualaikum.

8 Mac 2014, Malaysia telah digemparkan dengan kehilangan pesawat MAS MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing. Pesawat tersebut telah dilaporkan hilang daripada radar dan sehingga hari ini operasi pencarian masih diteruskan dan kehilangannya dianggap masih MISTERI.

Bersama-samalah kita mendoakan segala urusan pencarian dipermudahkan dan di beri petunjuk oleh ALLAH swt. #PrayForMH370

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Walimatul Urus Nita Juwita & Abdul Hakim (23.02.2014, Bidor)

Akhirnya, selepas hampir 8 tahun mereka menyulam rasa cinta mereka telah diijab kabul dan sah menjadi suami isteri. Dan cik sHaz mengambil peluang ini bersama BFF yang lain untuk meraikannya di BIDOR!

Unik kan baju si Nita ni. Nita membuat keputusan untuk menggayakan pakaian tradisional masyarakat Minang. Cantikkan? This is her heritage and she proud of it.











Selesai di Bidor, kami berlima melangkah ke lokasi seterusnya------> CAMERON HIGHLAND !
Dah berjalan sejauh ni, takkan nak patah balik ke Seremban terus. Maka, seperti yang dirancangkan sebelum ni (yang dah berkali batal) kami bersetuju untuk berjimba di Cameron Highland. It's a ONE day trip actually.

Actually, this is my first time visit Cameron Highland. So ke-te-ru-ja-an nya adalah amat berbeza. Hahaha..

the BFF

Best experience... self-picked strawberry. Just like you own the farm. 

I am a STRAWBERRY LOVER !
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Walimatul Urus Abd Hakim & Nita Juwita (02.03.2014, Panchur)

Supportive betul kitaorang ni. Disebabkan masa di Bidor hanya kami berlima sahaja member dari seremban. Jadi ada antara member lain yang dah plan untuk attend majlis sebelah Hakim. Dan kebetulan pulak tak lama lagi member cik sHaz, si Khud akan bernikah so dia nak ambil peluang ni nak edarkan kad jemputan pada rakan-rakan kami yang lain. Dan inilah hasilnya:


Old Skool flavour.(da beranak pinak da!)
from Left Behind : Milin Aizat me Khud Niesa
Front : Ain & Husband
Dua orang ni susah nak jumpa selalu. Aisyah & Niesa

Lepas ni giliran Khud. Harap boleh lepak dengan kamu semua lagi!

Thursday, February 6, 2014

Februari da???!!! OMG....

Assalamualaikum tahun 2014. Terlajak betul wish cik sHaz tahun ni. Da Februari bru nk wish welcome 2014.
Al-maklumlah... sejak da tiada laptop ni kurang sikit nak update. Yang ni pun update kai fon jer. Huhu.... berguna jugak beli semat fon ni... Nak cerita panjang mcm xde idea jer. Cuma nk welcome 2014 with new entry for 2014. Hurm.. disebabkan cik sHaz ni mmg suka bergambar. So, enjoice jer la yer...

P/s : kebetulan da ade baby baru My Lovely Red. Insya Allah lepas satu-satu wish list tercapai..

surprise birthday cake from my colleague for my birthday on 25th Dec 2013. 
percutian keluarga pertama setelah sekian lamanya.
My Lovely Red - token for my 26th birthday

teaser photo shoot kononnya. da macam papa smurf lak encik Bee ni.
wedding TVT (Toyota Vios Tuners) - pasangan pengantin ni keduanya member TVT
another photo shoot teaser - PD sempena tahun baru 2014
PANDORA lover - ade dalam wish list. heheh...

Thursday, December 26, 2013

Baca buku pun salah ke?










Sekali Lejen Press dah bersuara. Aku sokong 100%. Sebab aku pun pernah ambil kursus Bahasa Melayu semasa di Universiti. Maklumlah, kebanyakkan uni di Malaysia - English Medium. Even tadika pun English Medium tau! Sejujurnya, bila anda membidangi kursus Bahasa Melayu anda merasakan, "apesal melayu cakap macam ni?" Tapi pensyarah aku bagitau, dalam penulisan ilmiah benda ini penting. Ok aku terima. Sekarang ni aku nak cerita sal novel. Kenapa kita baca novel? Kita nak chill + relaxkan minda. Betul x? (Angguk kan saja.. hahaha!!).

Kalau bahasa macam skema jer, mungkin tak kena dalam tema dan tajuk cerita yang Penulis cuba sampaikan. Penulis mengambil inisiatif (dari mana dtg perkataan ni) untuk melihatkan penulisan mereka santai. Ya, mugkin ramai kurang gemar atau tidak bersetuju dengan gaya penulisan sebegitu. Aku bukan setakat baca hasil karya yang di keluarkan Lejen Press sahaja. Aku pun baca PTS, Alaf 21 dll. Ya aku mengaku, Lejen Press ada gaya tersendiri berbanding yang lain-lain tu. Macam aku kata tadi, Penulis menulis berdasarkan latar belakang penulisan mereka dan genre yang cuba diketengahkan (genre tu mari mana?)

Sebelum ni aku jarang nak beli novel berbahasa melayu. Sebab semuanya sama. Asik-asik plot nya sama. Lelaki kaya mahukan perempuan miskin tetapi terhalang dek pangkat dan darjat. Atau sebaliknya. Oleh itu, aku beralih ke novel-novel berbahasa inggeris. Bukan nak kata kau handal membaca & memahami novel-novel inggeris. Ini semua plot dan gaya cerita yang menarik. Kalau nak kata lambakan buku-buku seangkatan Lejen Press agak keterlaluan ketebukaannya. Novel-novel berbahasa inggeris yang masuk di negara ini tak kurang hebatnya. Ada saja motif Sex & the city. Kenapa lepas jer??? Jawab lah. Opps, tak perlu jawab. Anak MALAYSIA tak layan baca novel English kecuali text book sekolah. (pigi dah!!!!).

Macam mana aku boleh terjebak dengan novel-novel keterbukaan yang keterlaluan yang berbahasa melayu ni? AWEK CHUCK TAYLOR (ACT) karya Nami Cob Nobbler. Novel ini memang bertanggungjawab ke atas aku untuk menjadi kipas-susah-mati Lejen Press. HAHA. Aku beli sebab cover dia ada logo chuck taylor. Sebab aku kipas-susah-mati converse/chuck taylor. Tapi betul lah orang kata "dont judge a book by its cover". Bila baca, minda aku terbuka. Kadang-kadang rasa macam baca buku case study science social zaman uni. Sebab aku belajar Science Social - jadi familiar dengan psychology & all terminology  yang wujud di muka bumi ini. Tapi baca-baca.... terus layan & jatuh cinta buat kali pertama dengan novel anak melayu.

Sejak peristiwa ACT, aku terus mencari bahan-bahan yang lain. Dan bermulalah segala koleksi yang sedia ada ni. Ada antara koleksi bakal dipindahkan ke rumah baru rak baru. Yang sedia ada dah tak muat. (macam banyak jer bunyi).

Bagi aku lambakan novel-novel keterbukaan yang keterlaluan yang berbahasa melayu betul mempengaruhi hidup aku. Iaitu kembali menjadi ulat buku. Juga menjadikan aku melihat sekeliling dari perspektif yang berbeza. Itu yang pensyarah-pensyarah aku di UNIMAS cuba ajar dulu. Baru sekarang faham gamaknya! Tapi apa-apa pun, tahniah kepada Lejen Press Fixi Fixi Novo Terfaktab Media Dubook Prees SelutBooks Buku Indie Sang Freud dan yang seangkatan dengannya berjaya menjayakan hasrat negara dengan membudayakan budaya membaca dalam kalangan remaja khususnya.

Buku dulu, berontak kemudian! (SelutBooks.com)