weLcOmE

Strawberry Choclatier... my Life my Story

bY : Syazwani Mohidin

LifE is fUll wIth sWeEt & sOur mOmeNt oR eVen aN idiOtiC mOmeNtO. wElL, wE nEeD cOlOurfUl oF eXpERiEncEs iN oUr LifE. dOn’T LeT yOur LifE dUlL.


Monday, July 25, 2011

‎"Bos eSok sAye MC yer... LenGUh kAki nI panJAnt BukIt bRoga tAdi"

Dah lama cik sHAz bercita-cita untuk melakukan aktiviti Menuju Puncak di BROGA Hill. Ahad 24/07/2011 tarikh keramat, peluang berada di depan mata. Tak sanggup untuk cik sHAz nak lepaskan.

Aktiviti Menuju Puncak ke BROGA Hill ini adalah atas anjuran MCIS Safety Glass SDN BHD sempena kempen Bulan Kesihatan dan Keselamatan organisasi ni [kalau tak silap lah]. Ada yang sempat bertanya MCIS tu ape, sila Google yer J
Thank you warga MCIS !!!!

Bermula dari main office MCIS, semua yang terlibat berkumpul menantikan pengangkutan yang akan membawa ekspedisi ke BROGA à BAS.

“LAMBAT nyer la pulak bas ni”
“Mane bas ni? Janji kul bape, ni dah kul bape?”  

Itulah antara rungutan yang boleh kita dengar. Tapi tak lama lepas tu, datanglah sebuah jentera berwarna oren jingga à ‘Bas Sekolah’. Itulah pengangkutan rasmi ekspedisi.

“ Wani, kelas ko start kul bape?” [berseloroh menceriakan keadaan]

Tapi bukan itu yang mencuit hati cik sHAz, tapi ini:

“ Siapa-siapa yang pernah ke broga ? Pak cik ni tak tahu jalan”

Hahahahahahahahaha..... itulah kata hati cik sHAz.

Maka apa lagi, teknologi mula memainkan peranan [setiap masalah ada penyelesaiannya]. Berpandukan GPS dan navigation dari peserta yang telah terlebih dahulu bertolak ke lokasi, maka kami sampai ditempat yang dijanjikan dengan selamat [Alhamdulillah].


Pertemuan menemukan kami dengan yang lain-lain. Agihan makanan diberikan. Bacaan DOA bagi memulakan dan memudahkan perjalanan aktiviti. Dan bermulalah segala agenda.

Keadaan muka bumi yang sedikit landai, berbatu-batu dan berbukit [dah nama pun Bukit Broga]. Nampak macam tak lah mencabar sangat laluan menuju puncak ni. Tapi bila dah lalu, dah ditempuh, tercabar jugak lah mental dan fizikal cik sHAz yang kecil molek ni J...





Bila sampai di check point pertama, cik sHAz hampir memutuskan asa untuk meneruskan pendakian ke puncak, “ sampai sini jer lah, dah tak larat rasenye”. Tapi kata-kata ajakan semangat daripada mereka-mereka membuat cik sHAz lebih bersemangat. 

“Dah sampai sini kan, alang-alang je. Sikit jer lagi nak sampai kat atas tuh. Kat atas lagi cantik view.”

“Sikit jer lagi, sepuluh langkah jer lagi” 

Cik sHAz meneruskan misi pendakian. Sambil-sambil tu sempat mata ini melihat keindahan dan kebesaran ALLAH swt dengan apa yang ditontonkan. SUBHANALLAH. Itulah yang terungkap apabila mata melihat permandangan yang sangat cantik.


Climbing + Sliding + Dirt + Fresh air = MISSION ACCOMPLISH


Dan akhirnya, misi Menuju Puncak BROGA Hill mencapai suksesnya!!! Cik sHAz berjaya sampai ke puncak. Dan lagi best cik sHAz antara kumpulan wanita yang sampai dulu ke puncak. DOUBLE AWESOME!



Tapi, apa yang cik sHAz kagum dengan dengan aktiviti ni kita berpeluang memperlihatkan sifat dan sikap kerja berpasukan yang tinggi. Tak kira apa saja pangkat dan kedudukan kamu, masing-masing memainkan peranan berpasukan yang terbaik. Sama-sama susah, sama-sama senang, saling bantu-membantu. Dan ada antara mereka yang cik sHAz lihat sebagai team leader yang TERBAIK!



Seperti yang Wonderpets selalu kata dalam setiap rancangan,

“Apa yang penting?’
“KERJASAMA!!!” 

p/s: Teruk converse cik sHAz main sliding kat Broga. Cik sHAz demam sejak balik dari Broga... huhuhu

No comments:

Post a Comment