weLcOmE

Strawberry Choclatier... my Life my Story

bY : Syazwani Mohidin

LifE is fUll wIth sWeEt & sOur mOmeNt oR eVen aN idiOtiC mOmeNtO. wElL, wE nEeD cOlOurfUl oF eXpERiEncEs iN oUr LifE. dOn’T LeT yOur LifE dUlL.


Sunday, January 30, 2011

Fotogerafer

Sepanjang hari langit menangis, maka turunlah  hujan.
Dan aku kesejukan... dan sedikit kesepian. Dalam pada kesejukan ini, aku sempat berchatting dengan seorang kenalan lama melalui laman so-si-al FACEBOOK.
Bertanyakan 'sudah dapat kerja ke belum?'. hurm... aku rasa kalau aku dah dapat kerja, hari-hari ku mungkin tidak sebosan sekarang. Aku rasalah.

hurm... Tujuan kenalan ini menghubungi aku bukanlah sekadar bertanya perkharan aku, tetapi membawa tawaran untuk ku. Kenalan ini menjemput aku berkolaborasi bersama di majlis perkahwinan.
Kolaborasi yang dimaksudkan adalah, join venture tuk satu photo shoot di sebuah majlis perkahwinan....

WOW... itulah bisik hati ku. Pertama kali aku ditawarkan untuk menjadi 2nd fotogerafer... dan ia berada di sebuah majlis perkahwinan. Selama ni pun aku hanya membuat photo shoot di majlis perkahwinan sebagai kenangan peribadi. Dalam erti kata lain... suka-suka. Tapi tawaran ini betul-betul membuat aku teruja. Tapi... mesti ada tapi...

" kau nak suh aku shoot guna pe? kamera pun aku tak de.."

Ya. Sebenarnya aku tidak memiliki kamera yang sesuai. Ketidakmampuan aku dari aspek kewangan menghalang aku untuk memiliki sebuah kamera yang sesuai iaitu sebuah DSLR.

Dan tiba-tiba, aku teringat sesuatu di sudut memori ku. Pernah suatu ketika dahulu, seorang lelaki berkata pada ku, " hurm, suka sangat lah tu. Nanti insya Allah, abang ada rezeki lebih, biar abang hadiahkan sayang satu... ni ke kamera SR tu?" Dia memerhatikan aku ketika aku sedang asyik memerhatikan sesuatu dalam cermin kaca itu. " DSLR lah abang" Dan kata-kata dia pada hari itu membuat aku tersenyum. Bukan sebab janjinya, tetapi aku rasa dia hanya menunjukkan keprihatinan dia.

Namun disebabkan masalah yang tak diduga berlaku. Simpanan yang konon dikhaskan untuk membeli sebuah DSLR untukku terpaksa diusik, demi menyelesaikan masalahnya. Dan aku yang sebelum ini tak pernah tahu, dan kini telah tahu... tak tahu nak berkata apa. Dan tiba-tiba membuat aku terharu. Tak ku sangka dia betul-betul nak hadiahkan pada ku.

" Takperlah abang, sayang boleh beli sendiri nanti. Terima Kasih "

Tapi itu hanyalah di sudut memori ku. Alangkah bagusnya kalau tiada apa yang menghalang, sudah tentu sekarang aku sudah memilikinya. Dan mungkin aku sudah bersiap sedia untuk berkolaborasi bersama kenalan ku tadi. Semua ini membuat aku berfikir, Kita merancang, ALLAH menentukan.

ini hanyalah sementara saja.

p/s: 'macam mane sayang nak beli, sayang tak kerja lagi, mane de RM?'



Aku sedang menikmatinya... ePisOdE 2

cuaca sejuk sejak kebelakangan ni...
sungguh sejuk... sampaikan tidur malam ku terganggu...
terganggu???? bukankah patutnya lena???

itulah pasal.... 
akibat terlalu sejuk... tidur terganggu dek asik menarik selimut. kerana sejuk sangat... salah aku juga, selimut tu agak sederhana amaun kepanjangannya... [macam lah diri ni panjang sangat]

tapi memang sejuk... sehingga membuat hati ku berbisik..

*"B, help me. I need you"

BERSANTAI MENIKMATINYA

SETIA BERHADAPAN DENGAN LENSA KAMERA


KEGILAAN DITERUSKAN



p/s: * pinjam dari ayat Zahiril Adzim.... =)

Friday, January 28, 2011

Dalam SAD ada HAPPY...



Nampaknya januari 2011 sudah hampir tamat. Februari 2011 dah tak sabar nak melepaskan kepaknya... ada apa dengan Februari??? Ada hari Wilayah, Chinese New Year dan Valentines day... 

JANUARI 2011
Permulaan yang penuh suka dan duka bagi sHAz... Pembuka tirai 2011 tidaklah seindah yang diharapkan. Tapi apakan daya, hidup harus diteruskan. Bagaikan pasangan... setiap kali suka pasti ada duka. Tiada siapa terduga, begini pengakhirnya.

Tutuplah cerita duka, marilah mulakan cerita suka.
Bagaimana hendak dimulakan????

sHaz kini seorang penganggur... bukan suatu yang ingin sHaz banggakan. Orang di kiri dan kanan sudah mula bising, “ sHaz tak cari kerja ke? Janganlah duk tunggu je... gerak lah sikit “.

Yang bercakap ni pun satu. Kan sHaz dah kata, sHaz tengah mengusahakan. Mungkin rezeki sHaz tidak semudah seperti yang lain. Ingat sHaz duduk diam-diam kat rumah ni suka-suka je ke? Sekarang ada teknologi, mencari kerja lebih mudah. Tapi untuk mendapat panggilan bekerja, tidaklah semudah yang disangkakan.

Hasilnya, masih menunggu jawapan. Dalam masa menunggu, sHaz lebih gemar menghabiskan masa di MPH. Sekarang berada di Seremban. Maka MPH yang selalu menerima kunjungan sHAz sudah tentu di Jusco S2 dan Giant Senawang. MPH, mempersonakan hari ku.... [terlebih sudah].

Terima kasih sHaz ucapkan kepada kakak yang begitu memahami, memberikan duit belanja untuk membeli novel dan graphic novel. Yer, graphic novel, atau dalam bahasa popularnya di Japan, MANGA. sHaz telah kembali semula mencari dan mengumpul graphic novel yang memikat hati. Cuma kali ini agak slow akibat RM adalah terhad. Yerlahkan, dah duk kat rumah, mane nak dapat duit macam mase duk kat  U lagi. 


SOME OF MY COLLECTION 

Sambil-sambil tuh, macam biasalah, penganggur... kalau tak menonton tak sah. Bagi sHaz, rancangan yang menemani hari adalah Awan Dania,Raja Lawak, 6 Progresif, CSI dan Black Butler. 

Dan sHAz akhirnya sudah mula berjumpa dengan cinta baru. Tinggi lampai orangnya. Berwajah serius, tetapi sangat comel bila tersenyum. Memiliki kulit yang cerah dan berambut hitam. Dialah yang bernama SEBASTIAN. Namun sHaz hanya boleh bersua dengan nya hanya pada setiap isnin-jumaat selama 30 minit. Disebabkan rindu yang teramat sangat, sHaz bersua muka melalui internet. Dan kami ditemukan dengan usaha murni mangarush.com.  “YES, MY LORD”


Hahahahaha.... mesti happy giler lau dpt jumpa “SEBASTIAN”....






Wednesday, January 19, 2011

Kau...


Kau datang dan pergi
Semahu mu
Tanpa perlu menghiraukan apa-apa

Tapi kadang-kadang
Bila diundang
Kau tak kunjung tiba

Namun
Bila kau semakin dilupakan
Kau datang tanpa sedar

Kau membuat aku ketawa
Kau membuat aku terkedu
Dan kau juga membuat aku gila

Di mana silapnya
Di mana benarnya
Lansung tak dapat ku kesan

Kau menyatukan mereka
Kau meruntuhkan mereka
Dan kau juga memisahkan mereka

Kau memberi keindahan
Kau memberi kehidupan
Dan kau juga pembunuh upahan

Kau membunuh
Membunuh hati yang suci
Menjadikan hati yang lara

Itulah habuan yang kau berikan
Apabila aku terlalu leka dengan kau

Namun aku masih mengharapkan kehadiran mu
Dan kau sering disalahertikan
Kerana kau bernama CINTA


Sunday, January 16, 2011

100 dulu , baru # 1

Aku tak tahu di mana silapnya.
Salah aku atau salah dia?

Wah... pening juga macam ni.

Hebat juga erti kata “patah hati” ni...
Segalanya “patah”.
Masih sama, tiada perubahan tiada kemajuan.

Sampai bila???? Letih wo...

Takkan nak tunggu sampai yang ke seratus baru dapat jumpa yang PERTAMA???

Inilah yang dikatakan dugaan demi dugaan. Air mata darah sekali pun belum tentu dapat basuh segala kesedihan.

Hanya orang yang cekal sahaja mampu menanganinya. Yang tak cekal... tu lah dia ‘cetek akal’. 

Telan pil, duk tengah jalan, terjun bangunan.

Kadang-kadang terfikir juga, “patah hati” sudah sebati dengan bercinta. Tapi kalau bercinta hanya untuk “patah hati” baik tak payah bercinta. 

Ada yang tak perlu sampai ke seratus suda berjumpa yang PERTAMA. Bagaimana agaknya???

Muhasabah diri kita, mungkin ada silap di mana-mana yag kita tak sedar.

Sikap sambil lewa mungkin puncanya. Jangan mudah mempersalahkan diri sendiri dan orang lain.
Berserah saja pada yang Maha Esa. Sesungguhnya DIA maha mengetahui dan mengasihi. Biarlah “patah hati” sejuta kali pun, hidup perlu diteruskan.

p/s: Langit semakin mendung, hati semakin sedih...