weLcOmE

Strawberry Choclatier... my Life my Story

bY : Syazwani Mohidin

LifE is fUll wIth sWeEt & sOur mOmeNt oR eVen aN idiOtiC mOmeNtO. wElL, wE nEeD cOlOurfUl oF eXpERiEncEs iN oUr LifE. dOn’T LeT yOur LifE dUlL.


Tuesday, March 29, 2011

CERITERA GADIS KILANG : Semakin Hari, Semakin......

ARGHHHHHHH!!!!

End of the month sudah tiba... dan waktu semakin kritikal kepada ku. Aku dikejar dan aku juga mengejar. Huhuhuh

Ini semua gara-gara nak clear kan gaji pekerja-pekerja budiman. Maka aku antara orang yang dikejar oleh askar payroll. Sebab, sebelum kesatria dia mula mengeluarkan arahan “SERANG” lebih baik aku mulakan tugas pencarian.

Maka aksi kejar–mengajar pun bermula......

Segalanya dimulakan dengan berpandukan kad perakam waktu... a.k.a puch card mereka... hurm.. misi pencarian tidaklah seindah yang disangka. Kita akan menghadapai masalah apabila ada antara mereka mempunyai penyakit LUPA yang teramat.

“Ala, time tu saya terlupa lah nak punch out”

“owh... yang ari tu eh. Saya MC, nanti esok saya hantar MC”

“tak ingatlah dik, esok abang isi form yer”

Hati kecil ku berkata: kalau aku kejam, aku letak je ABSENT kat tarikh tu....

Problem bila semuanya nak dilakukan secara last minute. Bila semua nak rushing, mulalah orang tu nak masam muka, orang tu panas hati dan chaos sana-sini. Tapi semuanya dikawal dengan baik supaya tiada yang membenci. Tak baik benci-benci.... nanti tuhan marah!!!

Hati kecil ku berkata: ARGHHHHHH!!!!

If everything went well.... the knight of payroll won’t declare “CHARGE” to you and your soldier. If not... YOU ARE DEAD AFTER THIS...

Huhuhuhuhu... enough with this payroll talk....

There still some matters i need to settle...

Past few weeks, they start talking and asking me with same question with different rhythm but same theme. And i, keep giving them same answer as before. Thanks a lot u guys, for acknowledge me and concern bout me while im being here...

ME?

I’m just hoping there would be a shiny star for me.... Let’s hope for the best and ‘hadapi dengan senyuman’.

smile as always

Tuesday, March 15, 2011

CERITERA GADIS KILANG : mOntH oF hORRor!!!!!

it has been a month... and yeay!!!! I am GADIS KILANG....


Alhamdulillah sudah sebulan. Pelbagai ragam dan cereka dapat ku perhatikan dipersekitaran aku dan apa yang aku alami sendiri. Ada yang mengeluh, ada yang buat tak endah, ada yang tak menang tangan, ada yang selak akhbar sajer... hehehe.... Biasalah ragam manusia pelbagai rupa dan cara.


Mungkin inilah sifat yang lupa aku nak tinggalkan. OBSERVER.
Dan mungkin inilah kesan hampir 4 tahun bertapa di bawah naungan SOCIAL SCIENTIST. Bila sudah terbiasa susah nak kikis. Tapi diam-diam sudah... ;)


MONTH OF HORROR!!!!


Kenapa yer????
Semua ni sebab aku dah pun sebulan berkhidmat di RUMAH GELAS ni. Jadi ada antara mereka mula mengjangkakan kecekapan aku selama ini. Apabila berlaku ERROR dalam tugasan kita, secara automatiknya kita akan menjadi horror. huhuhuh.... 


Apabila error, kita akan dipersalahkan oleh pihak tertentu. Dan sekali gus kita membuat seseorang itu marah dengan kita. Tapi kadang-kadang bukan salah kita pun, tapi masih kita dipersalahkan. Biasalah, masing-masing tak nak tunjuk kelemahan  masing-masing. Demi menutup kelemahan itu, jari mula dituding dan menjadi hakim yang sungguh berkuasa. Dan keadaan seterusnya menjadi huru-hara. Silap-silap ade yang simpan bara api dalam hati. ITU YANG HORROR TU!!!!


Oleh itu, aku sentiasa mengelak untuk berlaku error. Mengelak untuk buat orang marah dengan aku, sebab aku. Satu amalan ku, 'Hadapi Dengan Senyuman'. Setakat ni alhamdulillah, senyuman masih memenangi hati yang horror... hehehe [setakat yang aku tahu lah]. 


Tapi aku nak ambil kesempatan ini, kalau aku ade buat orang marah dengan aku ker... AKU MINTA MAAF. Harap boleh beri aku tunjuk ajar.


Terima kasih sayang.... 'U make me smile'





Location: Secret Recipe, Senawang


Menikmati keselesaan yang diperoleh, alhamdulillah!