weLcOmE

Strawberry Choclatier... my Life my Story

bY : Syazwani Mohidin

LifE is fUll wIth sWeEt & sOur mOmeNt oR eVen aN idiOtiC mOmeNtO. wElL, wE nEeD cOlOurfUl oF eXpERiEncEs iN oUr LifE. dOn’T LeT yOur LifE dUlL.


Monday, February 21, 2011

Alhamdulillah (Malay Version)

Dian Sastro: 
disaat waktu berhenti...kosong
dimensi membutakan mata,memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

Yassin:
ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred)
syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)

Malique:
merenungi luar jendela,mengagumi kebesaran yang Maha Esa
ku menilai kehidupan dari sudut berbeza
tak memadai hanya kecapi rasa selesa
maukan harta yang mampu beli 1 semesta
berpesta ke pagi botol bergelimpangan
kekasih muda bukan takat berpegang tangan
harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
bukan berkhutbah cuma betuli diri jua
ingin hidup sempurna aset nilai berjuta,
saling tukar wanita,senyum dan mati tua
bakat dikurnia jangan disalah guna
jangan kufur nikmat yang diberi percuma
guna kelebihan untuk hikmah bersama
jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama
ada berisi ada yang kurus,ada melencong ada yang lurus bukan semuanya tulus
ada sempuna ada kurang upaya ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya
sebesar rumah bermula dengan sekecil bata,boleh hilang dalam sekelip mata
ucaplah alhamdulillah bukannya sukar, kerna semua nak kaya atau besar
tetap Allahuakbar!!!

Joe Flizzow: 
jadikanlah ku tentera Fisabilillah yang tertera di kalimah harap memanduilah
entah apabila persimpangan tiba,hidup penuh rintangan harus kuhadapinya
harapku tidak terlupa diri bila gembira,dan cuma mula mencari kau disaat hiba
ku cuma manusia penuh dengan kesilapan tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan
teguh bila dicobakan keruh kuasa dan perempuan
sentiasa legar diminda,dikejar dan dipinta dari zaman bermula hingga ke akhirnya
ku mengerti siapa ku tanpamu disisi dan apa guna posesi juga posisi
sementara ini cuma hanya puisi,nukilan tulisan dan bisikan isi hati
mencari keterangan,menjiwai peranan menepati pesanan janji juga saranan
alhamdulillah atas kurniaan rezeki,moga tidak terleka dalam perjalanan ini

Ahli Fiqir: 
aku yang memandang di dalam lubuk hati,mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembunyi
aku yang melihat alam meliputi wujud menyertai lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hati
aku hakiki,aku mengerti segala yang terjadi di langit dan di bumi
gunanya tiada fantasi, pelik dan benar,qada' dan qadar kau berilah ku kekuatan
agar dapat ku hindarkan segala kesesatan
usah kau biar nafsuku terliur dari pandangan majazi ini,
aku yang hodoh lagi hina amat benar merindui
moga cahaya lailatul tak membutakan mataku,semoga segala puji tak ku meninggi diri
moga segala janji dapat juga ku penuhi,moga dapatku hadapi tikaman dari belakang
lidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan cabaran sepanjang perjalanan
ku pasrah ku akur 7,8,6 Alhamdulillah Syukur...

Dian Sastro: 
sujudku pun takkan memuaskan inginku
'tuk hanturkan* sembah sedalam kalbu
adapun kusembahkan syukur padamu ya Allah
untuk nama,harta dan keluarga yang mencinta
dan perjalanan yang sejauh ini tertempa
alhamdulillah pilihan dan kesempatan
yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri
semua lebih berarti akan mudah dihayati
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah....



p/s: entah kenapa... aku mencari lirik ini... yg pasti lirik yg dinyanyikan oleh YASSIN memikat hati ku..


Friday, February 18, 2011

CERITERA GADIS KILANG : What a BEAUTIFOOL day!

Sudah 2 minggu!!!
Ramai bertanya, “sHaz ko dah kerja ke skang? Keje mane? Kat ner tu?”
Tiba-tiba ade saje orang yang tak pernah bertanya khabar dengan ku, concern tentang hal diri ku... THANK YOU!!!
Dan aku officially seorang gadis kilang. Kilang yang ku beri nama ‘Rumah Gelas’.
Apa yang aku rasa sepanjang 2 minggu aku menjadi gadis kilang?

Minggu pertama
Permulaan agak slow, tapi sik da hal lah. Tugasan aku di Rumah Gelas tidak ada beza semasa aku practical dulu. Dan ada juga tugasan yang baru. Perkara baru berlaku pada ku apabila, tanda tangan ku diperlukan. Macam hebat jer kan? Ha...ha...ha.. perasan hebat jer.
Yerlah, masa practical dulu, tanda tangan aku tak laku ke mana pun. Huhuhu...

Tapi aku masih blur bila orang minta aku tanda tangan sesuatu benda. Yerlah tanda tangan mane leh sesuka hati jer kan? Tapi terima kasih kepada super heroin aku yang banyak membantu dan guide aku tuk kerja-kerja aku. THANK YOU MY DARLING!!!!

Pernah sekali super heroin ku tiada menemani hari ku, agak blur seketika. Tapi semua itu berjaya di atasi. Semuanya thanx to my super-super hero & heroin... hehehehe.

Kadang-kadang, aku menghadapi masalah jobless kat kilang. JOBLESS???
Bukan ape... bila sesuatu tugasan yang diberikan telah selesai dan tiada tugasan baru ditinggalkan untuk ku dan tugasan aku banyak assist super-super di kilang ku. Itulah yang aku maksudkan waktu jobless aku. Ape yang aku lakukan ketika aku dalam keadaan jobless???

Pandang kanan, padang kiri, pandang depan, pandang belakang.... fuhhhh!!

‘Welcome to Facebook’

Hehehe.... adatlah, waktu kerja nak berinternet kena curi-curi.
Peringatan: untuk berlaman so-si-al pastikan anda melaksanakan tugasan anda terlebih dahulu!

Minggu kedua
Di Rumah Gelas, akulah muka depan.
Bermula dengan chaos sedikit. Terbarai beb!
Tapi alhamdulillah, super heroin ku datang membantu seperti biasa.
Sepanjang 2 minggu aku di sini, aku akui banyak yang aku kena belajar banyak yang perlu dihadam. Dan aku belajar setiap hari. Cuma terkadang aku ada buat silap.

Buat silap? Malu weih bila buat silap... Tapi kesilapan tidak melemahkan aku. Berusaha lebih baik dan akhirnya kesilapan dibaiki dengan jayanya.

Baru 2 minggu, aku sudah mula O.T. Ala... buat sikit-sikit jer . Aderlah 3-4 jam. Semua ni sebab utama, duduk rumah diam-diam aku cepat bosan. Bila duduk kat opis ade kerja leh buat... ade kerja yang nak disiapkan sebenarnya... date line...date line... macam hebat jer...

Terkadang terasa diri ni dah mengalami work-a-holic sindrome: gila kerja or kerja gila?

“Best tak kerja kat sini? Tak try apply kat lain ke?”

Antara soalan yang masih femes ditujukan kepada aku. Dan aku....? hadapi dengan senyuman =)
‘smile always’ like the orang puteh said lah....

Ok kepala aku dah pusing... shut down sajer lah..
Salam!





p/s: dah masuk kerja... baru ku faham erti penat bekerja... 

Monday, February 7, 2011

CERITERA GADIS KILANG : Masuk Kerja...

HARI INI HARI PERTAMA!!!
Berkobar-kobar, berbunga-bunga jer hati. Excited nak masuk kerja ni. Berdebar-debar pun ada juga.  Teringat lagu dangdut tu.... ‘berdebar-debar hati ku’... camtuhlah lebeh kurang.

Masuk kerja. Happy jer muka. =)

Maklumlah, sudah berbulan menjadi ‘penanam anggur segar’, kini tidak perlu lagi. Sebab sudah ada gunung untuk ditawan. Gununglah sangat.... dan secara rasminya, aku bukan lagi ‘Penanam Anggur Segar’ a.k.a PAS. Apesal cam parti politik lak ni??? Ha...ha...ha... biorkan jerlah...

Pagi dimulakan dengan ceria.

Dimulakan dengan menyapa rakan-rakan lama. Tidak lupa juga kepada bos-bos lama. Terima kasih keran mengupah saya untuk kembali berkhidmat. I LOVE U lah!!!!

Tempat ini bukanlah tempat yang asing bagi ku. Cuma situasi telah berubah. Masih mengekalkan muka-muka yang lama ku kenali dan beberapa penambahan muka baru. Tapi memang berbeza bagi dulu. Jika dahulu aku ibarat ‘Budak ingin belajar’ a.k.a Practical Student. Kini aku ibarat ‘Budak makan ajar’ a.k.a Employee, Workers, Staff... dan seangkatan lah. Sungguh, berbeza sangat peranan dan watak. Cuma kadang-kadang terbawa-bawa watak dan peranan terdahulu. Maafkan aku...

Tugas pertama bermula.

Aku belum dibriefing secara rasmi. Tapi disebabkan muka aku ni bukan lah muka baru, maka tugas pertama diberikan. Tugas aku banyak melibatkan kerja-kerja pejabat iaitu termasuklah update file, update form dan membuat salinan fotokopi. Dan tak lupa juga jawab panggilan masuk dan layan pelanggan yang berkunjung. Oleh itu muka aku perlu setting dalam SENYUM =) mode.

Petang pun bermula.

Dalam tengah-tengah syok gago molah kerja ya (kata orang Sarawak), cabaran sudah datang....
  • Aku dah lupa macam mana nak pas line phone call kepada yang berkenaan. Oh, tedah!
  • Aku dah lupa cara menggunaka mesin fotokopi kat office tuh. Yang memang dari dulu ‘bermusuh’ dengan aku. Sehinggakan aku memberi pet name untuk mesin itu:

                Monster Machine
(sebab mesin ni selalu buat aku kantoi dalam tugasan aku)

  • Ha... yang ni baru. Aku tak tahu ada sistem baru dalam pengrekodan annual leave pekerja. Sebab orang yang sepatutnya brief aku, tak sempat nak brief aku... (oh, Tedah!)

                Rumusan yang sama, Cuma kaedah yang berbeza....

Tapi walau apa pun, semuanya masih ok...lah kot!? Untuk hari ini, terima kasih yang membantu dan terima kasih jugak yang mengusik. Well things seem not as perfect as i imagine it would be. For that i challenged my self – within this week, i will upgrade my efficiency to fully understand , how the company work?

Upgrade? Ingat ni laptop ke? Ha...ha...ha.... biorkan jer lah...

Ape-ape hal pun, hari ini – ‘u make me smile’

Syukran jazilan ya habibi!!!!

p/s: Aku semakin kurus???? OMG....

Saturday, February 5, 2011

Wedding Day...

Shaz telah menyaksikan banyak majlis persandingan. Dan sentiasa berkira-kira di hati, ‘Bila lah time aku nanti’.

Dalam sebuah majlis perkahwinan, semua yang hadir masing-masing memberikan senyuman yang manis. Di majlis perkahwinan juga semua hati menjadi gembira walau ada kekusutan. Tetapi apabila melihat gelagat manusia sekeliling, kita akan tertawa dan sekali gus menenggelamkan kekusutan tadi. Dan sudah pasti, hati yang bercampur baur gembira dan kerisauan sudah pastilah keluarga pengantin bagi kedua-dua belah pihak. Takut kalau-kalau agenda tak berjalan seperti yang dirancangkan. Takut kalau-kalau lauk pauk para hadirin tidak mencukupi.

Seterusnya beralih kepada si pengantin. Baik si pengatin lelaki dan perempuan, masing-masing mahukan penampilan yang indah. Supaya tidak menyesal di hari esok, dan menjadi kenangan abadi. Dan kedua-duanya berharap, “Biarlah ini menjadi perkahwinan yang pertama dan terakhir buat aku”. 

SELAMAT PENGANTIN BARU : AYU & FATAH
                                                                                                                                                                                                    
aku amek berkat.... hehehehe



Friday, February 4, 2011

Xper lah abg, lau mcm ni taun depan jer lah kte jmpe.


“Sayang wat per tu? Abang baru habis meeting, ni on the way nak balik umah. Abang nak tukar baju jap. Sayang pun siap-siap lah, nanti abang datang jemput.”

Tersenyum aku menerima panggilan dari dirinya. Dah lama aku plan nak jumpa, tapi disebabkan kesibukkan tugas masing-masing membuat aku dan dirinya jarang bersua muka, atau lebih tepat lagi, berdating. Hari ini hari Sabtu. Rancangan keluar bersama sepatutnya pada 4 hari yang lalu. Tetapi terpaksa ditangguhkan oleh kerana dirinya yang terpaksa berada di luar kawasan. Rindu jangan cakaplah, sudah semestinya!!!
Jam menunjukkan waktu. “ 11.30 pagi, baik aku gi mandi dulu... tapi sebelum tu pilih baju dulu... haa.. pakai yang ni jer lah”. Lantas aku keluarkan sehelai dress berwarna hitam bersama cardigan yang senada. Hitam itu menawan. Dah... baik aku gi mandi sekarang, nanti terhegeh-hegeh nak bersiap.

Siap mandi. Jam menunjukkan waktu- 11.50 pagi. Aku mencapai telefon ku. Tertera ‘1 Message’.

“Syg bt pe 2? Ni dh mndi lum?”
“Bru pas mndi. Abg dh siap ke?”
“Abg bru smpai umah. Td g kdai jap”
“ G kdai? Bli gula2 lah 2”
“hehe... syg g lah siap, nt abg dtg jmput syg”
“ok darling.... “

Sempat beli gula-gula? Gula-gula yang dimaksudkan bukanlah gula-gula yang sebenarnya, tetapi kotak warna merah yang tertera tulisan ‘MARLBORO’ didepannya. Itulah ‘gula-gula’ kegemarannya. Yang paling aku tak suka, tapi dia suka. Eh, bersiap!!!!

Jam menunjukkan waktu – 12.15 pm. Aku dah bersiap sepenuhnya, last touch... perfume. Suka sangat perfume ni. Sudah tentu hadiah dari dirinya. Membelek wajah di cermin. Agak pucat... patutlah lupa nak calitkan lipstick di bibir ku. Dan kini aku sudah siap. Tapi mana dirinya? Aku menyelak langsir dan memerhatikan jalan raya di hadapan jendela ku. Tiada sebarang penunjuk yang dirinya sudah sampai.
Aku mencapai telefon ku dan mendial nombor telefonnya. Tidak berjawab. “ Dia mandi ke or tengah drive?” begitulah fikiran ku. Aku tinggalkan text message kepada dirinya,

“Abg wt pe 2? Da siap lum?”

Sementara menunggu balasan dari dirinya, aku on mp3. Layan lagu jap. Selalunya, jarak dari rumahnya ke rumah ku hanya memakan masa kurang dari 1 jam. Bergantung kepada keadaan jalan raya juga.

Jam menunjukkan waktu – 12.35 pm. Aku memerhati skrin telefon ku, tiada apa yang tertera. Sekali lagi ku mendail nombor telefonnya. Masih tiada jawapan, hanya deringan dan suara manja perempuan operator yang menyahut panggilan aku. “ Mane pulak dia ni? ” hati kecil ku dah mula merasa bengang. Tapi masih bersabar menanti.

Abg!!!!! Abg kt mne? Abg wt pe? Syg kol x jwb... “

Dia ni biar betul. Dah mula wat hal dah. Ni tak lain, tidur lah ni. Ni satu masalah dia, tidur memang ‘tido mati’. Aku makin tak sabar, jam menunjukkan waktu – 1.05pm. Aku mendail dan jawapan yang sama aku terima. Terima kasih awek operator. Aku dah lost count berapa banyak missed call dah aku buat.

Tapi entah kenapa, aku masih sabar menanti kehadirannya. Sebab ini bukan pertama kali terjadi. Aku dah hampir lost count ini kali keberapa. Walaupun dia terlupa waktu, tapi dia tetap datang. Itu yang baiknya tentang dirinya.

Disebabkan dirinya tak muncul, aku masih bersabar menanti. Aku on laptop, untuk meneman waktu bosan ku, menonton movie yang sempat aku save dalam laptop ku. Aku memerhatikan jam , jam sudah menunjukkan waktu – 1.25pm. “ Ini memang dah melampau “

Aku mendial semula nombor telefonnya. Masih jawapan dari awek operator. Aku mengulangi sekali lagi.... AKHIRNYA.. dirinya menjawab panggilan ku. Daripada suaranya, ternyata dia baru sedar dari lena.

“ Sori sayang, abang terlena. Sayang dah siap ke? Dah pukul berape ni? Dalam kul 2 abang datang jumput sayang”.

Hurm.... Entahlah. Jam menunjukkan waktu – 1.30pm. Masih sabar menanti. Sambil menanti aku masih menonton movie. Aku terleka sebentar. Dari kerusi aku beralih ke katil. Menonton sambil meniarap memang syok. Entah kenapa aku terasa berat pula kelopak mata ku. Dan aku terlena.

“AAAARRRRRRGGGGHHHH!!!!!”

Aku terkejut, siapa pula menjerit? Ku tersentak dan perhatikan di depan tu tertera skrin laptop ku. Movie yang ku mainkan tadi sudah diulang tayang kan??? “Alamak!!! Dah pukul brape ni?” . Bergegas aku mencapai telefon. “ Haa.. 2.30 dah!!!! “ belum 2.30 lagi... lagi 5 mimit nk 2.30pm.

Sekejap!!!! DIA??? Aku mendail nombor telefonnya, tidak berjawab. Hampir berpuluh kali aku mendail, sehingga letih jari ku. Aku selak langsir, memerhati jalan raya. Mana tahu kalau-kalau ada dirinya di luar sana. Tapi, tiada.

Aku memeriksa telefon ku, tiada missed call, tiada text messages masuk. Biar betul dia ni??? Aku dah mula hilang sabar. “Sempat aku terlena kau tak nampak batang hidung” itulah kata hati ku. Dan aku menghantar text message kepada dirinya yang menunjukkan aku betul-betul marah.

“ Xper lah abg, lau mcm ni taun depan jer lah kte jmpe. “

Aku mendapatkan laptop ku, mula melayari internet. Macam biasa, melayari laman so-si-al FACEBOOK. Sedang leka aku melayari, aku tersedar yang aku masih memakai dress hitam. Dan jam sudah menunjukkan waktu – 2.45pm. Elok saja aku nak bangun untuk menyalin pakaian, telefon ku berdering, Rihanna buat konsert dalam bilik ku.

“ Sayang abang minta maaf. Sayang buat ape tu?”
“ erm... tak der wat per pun, dok layan movie kat laptop jer”
“sayang dah siap ke? Sayang siaplah, jap lagi abang jemput sayang”
“ ok...”
“bye sayang, I Love U”

Tak lama lepas tu dirinya pun sampai. Jam menunjukkan waktu- 3.10 pm. Dia tersenyum menyambut kedatangan ku ke keretanya. Berulang kali dia minta maaf. Menceritakan padaku sebabnya. Alasan yang telah aku dengar berulang kali. “Abang tertidur tadi”. Aku macam biasa buat muka tak kisah, tapi hati bengang. Dan tiba-tiba dia bersuara, membuat aku mengetip bibir.

“Sekarang ni kita dah masuk tahun baru lah kan. Tahun 2011 lah sekarang ni kan???”

Aku tercengang seketika. Aku mula mendapat ingatan ku semula, text mesagge yang aku hantar pada dia :    “ Xper lah abg, lau mcm ni taun depan jer lah kte jmpe.“

Sabar jer lah melayan kekasih sebegini. Tapi alhamdulillah date pada hari tu berjalan dengan baik.

“Berapa banyak  missed call abang dapat dari sayang?”
“owh... tu? Sikit jer...”
“Berapa?”
“Aderlah... 82 missed call”

*****
Inilah yang dikatakan, bercinta memerlukan kesabaran. Banyak mana kesabaran yang diperlukan? Itu yang kita tak tahu. Walaupun kadang-kala ada situasi yang membuat kita hilang sabar,diri mesti sentiasa diingatkan supaya bersabar. Apabila hilang sabar, maka hilanglah kasih sayang itu. Namun kesabaran juga ada tahapnya, dan jangan mencabar kesabaran. Kalau tidak, mesti ada yang terluka.








Tuesday, February 1, 2011

Project 01 : Honda Bear

Presenting my precious Honda Bear. Come see him in action:



Honda Bear and his friend Smiley Flower
Honda Bear currently campaigning for "NO MORE PLASTIC BAG"

Honda Bear loves flowers too


the owner Loves him as well.

p/s: im just killing time... shoot Honda Bear really make me miss my day at fun fair. 
      


What is my strength???



What is my strength???? Seriously????
Dem.. i knew it. They will ask me that....
That was really stupid... am i having my idiotic expression???

I should know to answer that. But i blew it off...


Really.... what is my strength????  Let me list it down:

  • I am a loveable person.
  • I am loyal to what i’m stand for
  • I am an energetic person
  • I can work under pressure..


[that can be considered as my strength rite?]



See... i can list it.. but still can’t say it out loud when the time need most...

HORROR!!!!

There goes my 1st job interview... in my life i might add...
Hurm... to see in bright sight... it was A FUN INTERVIEW SESSION...

Thank you .....

p/s: it was fun see those three again... really make my day like... ‘u make me smile’