Tatkala ini aku teringat akan hatiku yang telah pergi. Tatkala ini juga aku mula mencari sang matahari, kerana aku telah diselubungi awan kelabu.
Ya Allah, ya tuhan ku, andai awan kelabu ini berterusan menitiskan permatanya, biarlah banjir membasuhi segala kesulitan. Andai awan kelabu ini berubah menjadi seperti kapas putih, aku bersedia. Kerna aku tahu sang matahari akan hadir semula dan ku menanti kehadirannya dengan kesabaran.
http://4kiki.com/kiki/683/everybody-wants-happiness |
Jadi, bersabarlah. Berilah hati ini untuk berehat. Rehat daripada keletihan sandiwara dunia.