weLcOmE

Strawberry Choclatier... my Life my Story

bY : Syazwani Mohidin

LifE is fUll wIth sWeEt & sOur mOmeNt oR eVen aN idiOtiC mOmeNtO. wElL, wE nEeD cOlOurfUl oF eXpERiEncEs iN oUr LifE. dOn’T LeT yOur LifE dUlL.


Thursday, July 28, 2011

Harimau beradu tenaga dengan Singa

Aku bukan lah pengulas sukan mahupun peminat sukan. Tapi aku layan jer perlawanan bola sepak yang berlansung tadi. Dan aku percaya ramai rakyat Malaysia menyaksikannya.

Tapi apa yang dapat ku simpulkan sepanjang permainan tadi, sang Singa membuat aksi badut dan sang Harimau pula menari poco-poco di atas padang. Hahahahaa.... agak kejam penulisan aku kali ini. Tapi ya... yang betul-betul aku tengok main bola atas padang à penjaga gol Harimau, Khairul Fahmi Che Mat. Sang Singa tak abis-abis dengan aksi badut, jatuh + kecederaan di atas padang. Sikit-sikit jatuh, sikit-sikit jatuh. Sepak tanah pun jatuh tergolek. HAHAHAHAH.

Safee Sali seakan hilang ‘kaki’. Dia kehilangan striking partner selepas Aidil terpaksa digantikan akibat kecederaan setelah 22 minit berada di dalam padang. Tapi tetap sempat menyorak kegembiraan apabila Safee Sali berjaya menjaringkan gol pembukaan 1-0 bersama rakan sepasukan, S.Kunalan. Dari saat itu, sorakan padu daripada penyokong Malaysia memecahkan suasana di Stadium Bukit Jalil dan juga ruang tamu rumah aku. Along dan Angah bersorak. 

Giler arh!!!!

Sorakan kegembiraan tidak lama. Sang Singa berjaya menjaringkan gol dan menjadikan kedudukan seri 1-1. Man of the match (Malaysia), Khairul Fahmi Che Mat gagal mempertahankan gawang daripada dibolosi. Walau bagaimanapun, permainan mesti diteruskan sehingga di minit terakhir.

Sang Singa memang “aktor” terbaik pada malam itu. Permainan sang Harimau agak “ntah ape-ape” pula, bagi aku seperti PEMALAS. Malas nak kejar bola. Tapi kesian pun ade, bila mendapat kad merah dihujung permainan, player no. 13.

Tapi, bila diingat balik, sang Singa bijak bermain. Ya bermain dengan psikologi. Kalau diperhatikan balik, sang Singa bermain ade sedikit relax di situ. Berbanding sang Harimau bermain agak kacau-bilau. Mungkin juga faktornya, sang Singa sudah pun menang agreget dan sang Harimau perlu mengejarnya.

Apa pun yang berlaku di atas padang. Keputusan seri 1-1 dan Malaysia tersingkir dengan agreget 4-6. Singapura mara ke perlawanan seterusnya.

Dah kalah, nak wat cam ner kan.... bukan rezeki kita. Tapi semangat terus ada. Well Team Harimau, we MALAYSIAN proud of you.


We 100% MALAYSIAN no FOREIGNERS!!!

p/s:        Rimau lari x mcm rimau pun malam ni.
                Mungkin diorg lupe nk mkan biskut TIGER td....

No comments:

Post a Comment