weLcOmE

Strawberry Choclatier... my Life my Story

bY : Syazwani Mohidin

LifE is fUll wIth sWeEt & sOur mOmeNt oR eVen aN idiOtiC mOmeNtO. wElL, wE nEeD cOlOurfUl oF eXpERiEncEs iN oUr LifE. dOn’T LeT yOur LifE dUlL.


Sunday, November 20, 2011

Kerja Kahwin 2011

Cuti sekolah dah mula. Maka bermulalah kembali musin Nikah Sanding bagi sesi penutup tahun 2011 ni. Seperti biasa cik Shaz memang mewah dengan jemputan sana sini. Al-Maklumlah... Undangan dari saudara mara, sahabat handai dan juga rakan taulan. (Ape beza sahabat handai - rakan taulan?)

Mana yang sempat tu, muncullah cik Shaz di sana. Mana yang tak sempat tu, cik Shaz minta maaf. Hari ni je dah 2 buah rumah. Minggu lepas sepupu cik Shaz sanding. Hari ni anak jiran taman ni dan anak buah cik Shaz. Nampak nar tua cik Shaz ni, anak buah dah kahwin dah. 
Soalan popular yang cik Shaz dapat hari ni, "Kau bilo lak?"
Aduyai.... "Taun dopan Insya Allah, nati saye jemput. Jangan risau yer."

Entah ye entah tidak tahun depan ni. Hahahahaha... Ape-ape pun, enjoylah sedikit buah tangan dari cik Shaz. 




KHAIRIL FAHMI & ANITA



p/s: Anja sayang B... :)

Tuesday, October 25, 2011

aku kini bergelar GRADUAN


ALHAMDULILLAH.....
Itu yang lahir dari ucapan aku dengan penuh rasa syukur. Rasanya usaha bertahun-tahun menghadap peperiksaan kini diraikan.

Waaah... skema ayat makcik ni. Yer, kini Cik Shaz telah bergelar graduan. Sekeping kertas yang diinginkan sejak hari pertama mendaftar, telah pun diserahkan kepada Cik Shaz. :) Seronok tak terhingga jangan cakaplah. Bertarikh 23 Oktober 2011, bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR PUTRA) UNIMAS, segalanya telah pun dimeterai. Berkonvokesyen di dalam dewan baru lah katakan. Keterujaan memang melonjak lah saat tu. 

Saat yang paling berharga dan tersangat bangga rasa diri ini, di saat Juruacara mengumumkan "Perarakan Masuk Graduan ke Dewan". Fuuhh.... saat itu dah tak heran lah lau ade Zahiril Adzim kat depan aku.... hahahaha. Sebab saat itu AKU yang diraikan. Memang kembang semangkuk lah time tu. Itu yang pertama.

Keduanya pula, di saat nama Cik Shaz diumumkan di atas pentas. Berdebar je rasa diri ni, berjalan untuk  menerima folder cantik itu. Al maklumlah, nama diumumkan dihadapan ratusan/ribuan hadiran :) . Memang dah tak heran kalau ade Siti Nurhaliza dalam dewan tu.... [hahahaha]. Sebab saat itu AKU yang punya. Sekali lagi aku kembang semangkuk.

Ape-ape pun, kejayaan ini bukan kejayaan Cik Shaz seorang. Lama jugaklah Cik Shaz tunggu nak rasa macam ni. Akhirnya... BERJAYA!. Jutaan terima kasih kepada ayahanda dan bonda yang menjadi pendorong selama ini. Terima kasih juga kepada Abang-abang, kakak dan adik Cik Shaz yang turut membantu. Sekalung tahniah & terima kasih kepada pensyarah-pensyarah Cik Shaz yang memainkan peranan utama dalam mendidik dan meluluskan Cik Shaz :) Tanpa kamu semua, semua ini mungkin tiada.








THANK YOU 

Saturday, October 15, 2011

Aku Maafkan Kamu...


Lirik Aku Maafkan Kamu – Malique & Jamal Abdillah

Aku minta maaf di atas segala perbuatanku.                                                                                 Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan.
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya
Kenapa awak tak pukul mereka?
Saya tak suka pada keganasan
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan
(copy from: http://myliriklagu.com )
First time ambil shot macam ni.
Taken last year at Kampung Tebelu, Sarawak.


Saturday, October 8, 2011

Mutiara Kata

" Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang " 
- Samuel Johnson





Segalanya bermula daripada sekecil ini.

Saturday, September 24, 2011

optimis saja lah yer...

Minggu yang sakit bagi aku. Pening dengan report, duty dan program. Tapi nak buat macam ne kan? Dah itu yang tertera dalam JD. 
Tapi Jumaat lepas aku betul-betul sakit. Badan rasa semacam. Kejap panas, kejap sejuk. Kepala pula rasa berat semacam. Hurm..... mula fikir nak telan paracetamol jer. Tapi, atas nasihat orang yang mengambil berat- pergi klinik jer lah. 

Selesai di klinik, aku dpt MC. Inform dengan HR - saya dapat MC 1 hari. 
Aku minta 2 hari, doktor tu bagi 1 hari je. 

Sabtu pula, keadaan ku makin teruk. Aku hampir kehilangan keseluruhan cecair dalam badan. Satu hari aku muntah. Makan - muntah balik. Minum - muntah balik. Telan ubat lagilah aku muntah. Satu badan tak larat nak buat ape. Atas nasihat orang yang mengambil berat - malam tu juga aku dibawa ke klinik. Klinik bukan kerajaan. Doktor cucuk aku ubat tahan muntah. Dan bekalkan aku dengan bermacam jenis dadah. Menambah koleksi yang sedia ada. Balik dari klinik aku terus tidur, menahan kesakitan,

Dan sekarang, aku meneguk Ribena Strawberi. Alhamdullillah tiada rasa loya lagi. Cuma lepas ni kena rajin makan ubat. Bukan kegemaran ku. 

Rasanya lama aku tak berada atas talian. Dan hari ni aku membuat keputusan untuk berinteraksi di atas talian. Masih lagi menguruskan apa yang diperlukan untuk OKTOBER nanti. Sambil tu aku cek inbox emel. Lama tak dengar khabar. Dimaklumkan berita yang tak berapa happy. Nak wat camne kan? Bukan rezeki aku, masa tu. Tapi usaha tetap diteruskan. U said that i'm not convincing enough, it's ok. 

Dan aku..... optimis saja lah yer :)

Winter Sonata on ANIMAX

Sunday, September 11, 2011

Persiapan... 40 hari lagi.

Tak sabar rasanya. Ada lagi lebih kurang 40 hari lagi untuk berlansungnya majlis yang bakal menjadi paling bersejarah dalam hidup cik Shaz...... 

Segala persiapan untuk ke sana telah pun siap. Pengangkutan, penginapan dan juga rombongan menghantar dan menjemput sudah pun tersedia. Lega rasanya. Hanya menunggu masa sahaja. Bila tiba masanya, pasti cik Shaz tersenyum lebar. Setelah hampir setahun berjauhan kini hanya tinggal 40 hari lagi kita akan disatukan. Seronok sudah terasa. Rasa bagai ingin mengimbau segala kenangan dan usaha 4 tahun dahulu yang kini hanya menunggu untuk diraikan. Teristimewa cik Shaz bakal meraikannya bersama Ayahanda dan Bonda tersayang yang banyak membantu dan mendoakan cik Shaz selama ini. 
I Love U Ayahanda, Bonda!!!

Ada 40 hari lagi....  

"Ya ALLAH ya tuhanku, permudahkan segala urusan ku nanti. Amin."

Sunday, September 4, 2011

Friday, September 2, 2011

RAYA: tradisi setahun sekali jer....

Dah raya!!!!

Bagaikan seperti satu tradisi, sesudah sembahyang raya, semua berkumpul lepak-lepak diruang tamu. Didapur dah terhidang juadah raya. Wajib ada nasi impit, lemang, rendang, kuah kacang dan kek cokelat homemade. Addition tahun ni, Shaz's cupcake :)

Selesai makan-makan dipagi Syawal, kami lima beradik bersalaman bersama ayahanda dan bonda tercinta.  Maaf dipinta salam aidilfitri diucap. Kemudian.... sesi fotografi seperti tahun-tahun sebelumnya. Tradisi keluarga Cik Shaz. [Giler banyak tradisi keluarga ku...].

Kunjung-mengunjung ke rumah saudara-mara masih menjadi tradisi keluarga Cik Shaz di pagi Syawal. Bermula di kampung halaman bonda Cik Shaz di Mambau dan berakhir di rumah kakak-kakak ayahanda Cik Shaz di Ampangan. Dihitung dan ditolak, 9 rumah semuanya di 1 Syawal. Bayangkan berapa banyak dan pelbagainya jenis resipi rendang yang telah Cik Shaz makan.... [huhuhu]. Saat tu mula terfikir, "Hilang diet aku 30 hari"... [berkecamuk selera makan ku...]




Tapi apa-apa pun, time nilah cik Shaz dan keluarga berpeluang berjumpa dan berkumpul bersana sanak saudara selain daripada kenduri kahwin dan kenduri kendara yang lain...
Lagi satu, ramai sepupu Cik Shaz yang beraya dengan tambahan orang baru dalam keluarga mereka... tahniah!!!!

Monday, August 29, 2011

Jah...oooo....Jah... esok raye Jah oi!!!!

comfirm esok raye... huhuhuh....
Ketupat Lemang Rendang Kuah Kacang... aper lagi????
Takbir dah bergema, mercun bunga api dah mula menari-nari dilangit....
Malam raye malam yang meriah. Membuat persiapan yang terakhir tuk keesokkan pagi....

Cik Shaz nyer aktiviti di malam raya???? - M&M
Mengadun & Membakar.
Buat pertama kali dalam sejarah hidup Cik Shaz memanfaatkan malam raya dengan aktiviti M&M ni... Memang tak pernah sebelum ni. Sebab dapur bukanlah kawan baik Cik Shaz.... [hahaha]
Tapi lain pula cerita tahun ini, Cik Shaz sangat beria-ria nak buat cup cake.. [gara2 layan show DC cupcakes].
Dengan bantuan kakak tersayang... ALHAMDULILLAH misi dan hajat terlaksana.
Percubaan pertama Cik Shaz buat cup cake... hahahahaha... [belum citer dah gelak]

Pasti ada yang hangus, kembang terlebih, ade yang tak masak. Tapi, sekali lagi thank u to my sister... semuanya berjaya diatasi. Rasa???

Diorang bagi B-... sebab ade rase hangus sikit... hahahaha... yang pasti abang dan adik Cik Shaz suka makan cup cake Cik Shaz buat.... hehehehe...
Ayahanda kata "Kena selalu buat, baru dapat tune sedap nyer...."
Yer ayahanda.... Practice make perfect!!!!!

well... Selamat Berhari Raya kengkawan!!!!!

ni lah rupe cup cake Cik Shaz yang dah siap :)

hahaha.... safety is priority!!!!

p/s: Baby love Honey... :)

Sunday, August 28, 2011

Bahang AidiliFitri sudah terasa......

Suasana Hari Raya - Anuar Zain & Elliana


Berlalulah sudah ramadhan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana jua
Memberikan ketenangan dan menteteramkan jiwa

Kuih dan muih beraneka macam
Makanlah jangan hanya dipandang
Ketupat rendang sila nikmati
Penat memasak malam ke pagi

Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak diberi.....


Minal Aidin Wal Faidzin daripada Strawberry Choclatier @ SyazwaniMohidin dan keluarga.
Maaf Zahir & Batin


Friday, August 26, 2011

malam IFTAR 2011 bersama anak-anak riang....

Selepas setahun... kini kami kembali bersua sempena bulan Ramadhan mulia ni. Memang inilah waktunya yang akan mengumpulkan kami semua. Walaupun tak ramai yang dapat join tuk event kali ni... tapi keadaan tetap meriah.... Masing-masing ada cerita kehidupan sendiri. Tapi bila dah duduk makan minum semeja, terasa macam zaman sekolah... dalam kelas Upper Six Melati, SMK Seri Ampangan, N.Sembilan...

Berlokasikan di restoren Azhar Maju, Dataran Senawang untuk agenda berbuka puasa bersama, kemudian diteruskan sehingga di Benteng Ampangan. Makan-makan, cakap-cakap, jalan-jalan, beli-beli dan belah.... hehehe....













SELAMAT HARI RAYA!!!!

Geng.... pas ni event Serbu Rumah Kengkawan Raye lak!!!! 
Dont miss it....