weLcOmE

Strawberry Choclatier... my Life my Story

bY : Syazwani Mohidin

LifE is fUll wIth sWeEt & sOur mOmeNt oR eVen aN idiOtiC mOmeNtO. wElL, wE nEeD cOlOurfUl oF eXpERiEncEs iN oUr LifE. dOn’T LeT yOur LifE dUlL.


Tuesday, December 18, 2012

webshaper

Saturday, December 15, 2012

SNOWTROOPER: The most and the least.



my own snowtrooper. Yeah, i named my own and first car SNOWTROOPER. inspired by Star Wars of course...


stormtrooper: bang, v-Power rm10 yer...

THIS IS SNOWTROOPER














[cakap melayu la pulak]

Alhamdullilah, syukur ke atas segala pemberian nikmat yang ALLAH swt berikan. Akhirnya cik sHAz berjaya memiliki jentera sendiri. Lepas ni senanglah cik sHAz nak bergerak ke sana dan ke mari. Jentera yang datang daripada PERODUA berlabelkan MYVI 1.3 SX kini menjadi milik cik sHAz [sebahagian jer... sebahagian lagi masih milik bank].

Bila ramai yang dah nampak snowtrooper cik sHAz ni, ada juga yang macam tak sedap didengar. Antaranya:
 - nape amek kaler putih, purple tu kan cantik lagi.
 - myvi yang ni lambat pick up la, asal tak amek extreme?
 - u punya mmg xde sport light eh? kire u amek kosong nyer lah?

Tapi cik sHAz relax jer. Dengan tenang semua soalan tu di jawab sebegini, " i beli keta nak memudahkan i bergerak, gi kerja, gi jalan-jalan. Bukan nak berlumba or buat auto show dalam masa terdekat ni. Memadai lah dengan kereta yang i pilih, i beli, i bayar bulan-bulan, Ini budget i, ini yang i dapat "

Benarlah kata orang, kita tak mampu nak puaskan hati semua orang. Hanya ALLAH yang tahu bagaimana perihnya sebelum nak dapatkan snowtrooper ni. Hampir rasa nak cancel order, gara-gara problem dengan bank loan. Disebabkan nak pakai kereta secepat mungkin. Ini yang cik sHAz sempat sambar. Dah tak larat nak minta orang tolong hantar dan tolong jemput pergi dan balik kerja. Kesian kepada mereka-mereka itu. Dan terima kasih kepada mereka-mereka yang membantu. Tapi alhamdulillah, seperti kata-kata Maher Zain, "Insya Allah there is a way". Ternyata memang ada jalannya. Alhamdullilah, thank you Allah.

akhirnya, ini lah dia. 



Thursday, November 22, 2012

We were young...

Tatkala orang bahagia, di hadapan ku, aku yang bersedih di dalam hati ini.
Sebab aksi kebahagian yang dipamerkan di hadapan ku seolah layar- imbas- kembali di mata ku.
Mungkinkah semua ini saat mengupas kembali kenangan lalu yang terpendam.?

Bila orang bertanya, lidah ini laju menyatakan "Segalanya sudah dilupakan."
Tapi entah mengapa, bagai impulse ke otak dari hati meluahkan, "Tak mungkin melupakan"
Kadang-kadang terasa bagai aku berlawan dengan diri sendiri. Separuh hati ni mahu kembali dan separuh lagi bagai mahu membuang segala-galanya.

Aku akui hati mana yang tak terasa. Hati mana yang tak rindu. Bila orang yang mengakui menjaga hati ini setelah sekian lama dengan sebaiknya dan orang itu jugalah yang menghancurkan. Walau ditemui pelekat ajaib yang boleh mencantumkan semula kepingan hati yang hancur ini tak mungkin keadaan kembali seperti sebelumnya. Orang kata " Berkasih memang ada risiko. Kalau tak berani menanggung risiko, jangan mimpi mahu berkasih". Mungkin aku antara golongannya.

Tapi ada yang cuba bersudut positif. 
"Kita masih muda. Maka masih banyak yang perlu dihadap. Jadikan ini sebahagian daripada pengalaman. Hidup satu proses pembelajaran. Bila dah belajar, nilailah mana yang baik dan buruk. Kemudian amalkan. Akhir sekali sentiasa berusaha, jangan berputus asa. Insya ALLAH segalanya akan dipermudahkan dan mendapat ganjaran yang tak terjangka."

Ya. WE WERE YOUNG.



Sunday, October 7, 2012

DIA yang membuat aku tersenyum :)

Tak kisahlah hati ni sedih macam mana pun. Bila kehadiran dirinya dirasai, dialah 'penawar duka hati'.
Terima kasih kerana [pernah] hadir dalam hari-hari ku. :)

MV pilihan kali ini, Shiela On 7: Buat Aku Tersenyum.


Wednesday, October 3, 2012

Diari Hati #2

Hati terasa sedih bila aku lah orangnya yang perlu meluahkan kata.
Benar kata orang, apa yang diharapkan takkan selalunya jadi. Kadang-kadang lain yang diharapkan, lain pula yang jadinya.
Begitulah aku.

Seikhlas hati ku cuba meluahkan segalanya. Berterus-terang.
Ku harap segalanya berjalan lancar. Tapi tidak segalanya manjadi seperti yang ku harapkan.
Di hati kecil ku terpalit sedikit kehibaan dan kesal. Serba salah dibuatnya.
Mengapa begitu?

Ya ALLAH ya tuhan ku, tenangkanlah hati dan perasaan hamba mu ini. Dan tenangkanlah jua hati dan perasaan dia.
Amin.


Tuesday, September 25, 2012

Diari Hati...

Aku sayangkan dia.
Tapi aku harus akur, dia bukan milik ku.
Tapi aku tetap sayangkan dia.
Kehadiran dirinya cukup membuat aku gembira.
Pemergiannya membuat aku hiba.
Sentiasa menanti tiba waktu untuk bertemu kembali.
Mungkin pertemuan aku dan dia hanya setakat itu.

Aku akur, aku tak mungkin memiliki dirinya.
Aku akur, aku hanya menumpang kasih.
Tapi saat itu, sangat aku hargai.
Dan aku tetap sayangkan kamu walau apa pun.

[Terima kasih awak, saya sayangkan awak.]


Monday, September 17, 2012

Residen yang Jahat

Salam Hari Malaysia!!!
Cuti Hari Malaysia, cik Shaz habiskan bersama masa-masa indah disamping kawan-kawan yang ku sayang - Kud, Zan & Bob.
Jika bersama mereka bertiga, aktivitinya haruslah ini -> Cinema & Karaoke + Makan..

Hurm, Residen yang jahat yer... Sape ingat mase study Sejarah SPM? Mesti pernah sebut sal residen kan??? Tapi yang ni bukan residen dalam sejarah tu. Ini sal Resident Evil : RETRIBUTION. Yang sebenarnye, cik Shaz tak pernah follow pun citer RE ni. Sebab yang ini adalah filem yang ke-6, lau tak silap lah kan... Bila nonton trailer RE ni kat tv, cik Shaz berkata " Ade lagi citer ni? Tak habis-habis lagi? "

Tapi disebabkan ajakan member dan tiket pun di'sponsor' [hehehe], cik Shaz layan jer. Kalau dah pergi bersama kawan-kawan yang ku sayang, citer yang tak best pun boleh jadi awesome... Ape-ape pun RE yang ni memang best. Walaupun tak pernah follow RE yang sebelumnya, tapi tak perlu risau, di awal filem ada sedikit sinopsis dari Alice. Listen carefully time tu. Nanti faham lah yang sebelum tu...

RE ni rate dia 18PG. Hurm, nyata filem hollywood mesti ade visual erotik & ngeri... tapi yang ni, cik Shaz leh simpulkan. Menonton RE bagai tonton filem seram. Sebab tiap kali babak 'Bio Hazard' tu muncul semua terkejut. Siap ade yang terjerit-jerit. Nak tergelak pun ade gak. [hahaha]. Lebih-lebih lagi yang duduk seat sebelah cik Shaz. ;)




Thursday, September 13, 2012

SERONOKNYA RAYA

Syawal 1433 bakal melabuhkan tirai. Tetapi kemeriahannya belum pudar. Makin meriah nampaknya. Begitulah juga dengan akitiviti cik Shaz memenuhi undangan rumah terbuka. Boleh dikatakan sepanjang minggu terakhir ni, makan minum bagai di'sponsor'... :) THANK YOU!!!

Semalam, boleh diibaratkan sebagai aktiviti makan sesajer... Mula dengan pagi berhari raya di Jabatan Perikanan N.Sembilan. Tengah hari di MCIS Safety Glass Sdn. Bhd. a.k.a Rumah Gelas, kemudian makan malam berakhir di MURNI Childcare & Development Centre. Mewah tul makanan. Seronok tak terkata bila dapat bertemu dan bersenda gurau bersama teman-teman baik yang lama dan baru.

Kamu semua memang best lah!!!









Bersama GM



Raya di MURNI Childcare & Development Centre


Monday, September 3, 2012

Everything happens has a cause...

First... Welcome September!!!!

What so excited bout September?
Nothing much. Just welcoming new day, new spirit and new life. This year, September is my new beginning. After a while, I am getting to something i wanted. Thanks for those who always support me. Always at my back no matter what and when i need most. You know who you are.
One day, there is some one saying this phrase to me, "Everything happens has a cause". And believe it or not, I'm a type of person who hold onto that - till now.
Yeah, no matter what just happen to you- either bad nor good, there always a cause behind it. All you need to do is, relax, take a deep breath, and chill... Insya-Allah everything will be fine :)

I would like to give a bunch of THANK YOU to all people that involve in my life. Thank you for trusting me and believe in me to take this job. I will do my best to carry out all the duties and responsibilities given.

Yeah, everything that happened to me there a cause behind it. Thank you for everything!

Now, song for today - from Taylor Swift
Never Ever Getting Back Together




Tuesday, August 28, 2012

oppa Gangnam Style VS super Kampung Style...

It's phenomenal !!!! 

Lets enjoy Gangnam Style from K-Pop sensation PSY and Kampung Style, the parody made by Fly FM deejays....




Sunday, August 26, 2012

Saya suka...

Sudah mula bekerjaya selepas bercuti selama seminggu... Huhuhu... masuk ofis, 1st thing cik sHAz buat ialah... vacuum bilik ofis cik sHAz ni... Sudah seminggu tidak berusik.. habuk lah kot !
Beraksi dengan 5S jap... pas tu cek emel..... humangai!!!! Berpuluh emel masuk [separuh dari emel tu xde kene mengena pun ngan cik sHAz...] 
Keadaan agak blur seketika bila on system... "ape aku nak key in dulu? " .... Relax r, baru seminggu x kerja.
Tapi itu hanya berlansung selama beberapa jam yang pertama.... Sekarang dah kencang balik... huhuhhu... ape punya bahasa lah...
Entah kenapa hari ni General IT berbaik hati untuk open access ke laman muka buku. So, dalam pada cik sHAz blur-blur tadi terjumpa lak sesuatu yang buat cik sHAz kembang semangkuk! hahaha.... ini lah dia.

Thanx to my dear cousin for this... Love you dear :)

muke bakal pengantin :)
 

sambung kerja balik.... :)

Saturday, August 25, 2012

Once A Year... Only once a year...

Once a year. Every time Syawal is here, that would be what every one said to each other. So, this is one of the "Once-a-year" i've been talking about. We meet, we talked, we ate together and we missed each other. 











the AM - Fizi


from left Kud, Niesa, Shaz, Feeza

With our beloved teacher, En.Paiz. He taught us BM & our Form 6 home room teacher.


Saturday, August 11, 2012

RaYa iS coMing sOon..!


The Eid is coming very soon... about a week i think. Well, some just begun to busy shopping and Some already shopping from the day 1 of Ramadhan till now :) ... Shopping till you fainted??? [hahaha]

An advise while shopping for Raya, "Spends Wisely". Yesterday i went to Nilai 3 with my beloved sister and my lovely girlfriend - Kud. It was fun... and a bit of footsore. Well this is 1st time for us, shopping for Raya here- at Nilai 3. Seem like, this year Raya preparation going to be blast!!! 

Well, today i just sit & rest at my family mansion.. [mansion... seriously?] Browsing YouTube. Searching the most touched and successful Hari Raya Commercial for this year. Yeah, they keep mention about Bernas & Petronas. Well, those 2 were not commercial actually but more to Short Story. Anyhow, these 2 commercial/short stories is really earn Malaysians' "THUMBS UP".



While i was browsing YouTube, i found this. Her name is Tasha Manshahar. Another talented YouTube star.    
Lets enjoy her song....



Sunday, August 5, 2012

Sana dan Sini...ceritera Ramadhan.

Ramadhan...
Teringat masa cik shaz di Bumi Kenyalang dulu, ade lah beberapa member yang non-muslim ni. Dia kata dia suka sangat kalau ramadhan tiba. Masa ni memang cik shaz betul-betul teruja nak tahu sebabnya. Yer lahkan, tetibe lak awek-awek pribumi Bumi Kenyalang ni berkata sedemikian.

Bila cik shaz tanya kenapa dia suka, ini jawapan yang diberi:
"sebab time ni mesti banyak makanan yang sedap-sedap n murah lagi "

Cik shaz tersenyum. Betul gak tu. Sebab time Ramadhan jer kita di Malaysia ni ada bazar ramadhan. Macam cik shaz yang diibaratkan duduk di perantauan, time ni lah dapat menikmati makanan semenanjung. Sama jugalah dengan awek-awek itu tadi. Salah seorang daripada mereka suka makan Nasi Kerabu. Hahaha.... pergi lah di mana-mana bazar ramadhan di sekitar Kuching, mesti ade menu ni --> Nasi Kerabu !

Tahun ini, Ramadhan yang penuh kelainan bagi cik Shaz. Buat pertama kalinya cik Shaz merasakan pengalaman berpuasa di pejabat. Sebab tahun sebelumnya, cik Shaz menganggur di bulan Ramadhan :) Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Cuma kekadang tu, waktu lunch agak bosan. Yerlah sebab tak boleh nak makan, duk lepak n rehat jerlah kat ofis. Tapi yang best, waktu balik dicepatkan. Hehehe...

Sedar atau tidak, sudah masuk Ramadhan ke-17. Sudah 17 hari kita umat Islam berpuasa. Menandakan, tak lama lagi syawal menjelma. Ramai yang dah start shopping. Ade yang sudah pun berabis beribu ringgit sempena nak menyambut Syawal ni. Terutama mereka yang mempunyai anak kecil... Rilek ar akak and abang... bukan tuk orang lain pun kan.... Tapi janganlah sampai lepas syawal semua ikat perut... Jangan, jangan, jangan!!!

Bila Ramadhan semakin hampir untuk melabuhkan tirainya, ramai yang mahu membuat majlis berbuka puasa- IFTAR. Ada juga yang berlumba-lumba mahu bersedekah. Itu sudah bagus... Alhamdulillah..
Baru-baru ni cik shaz berbuka puasa bersama rakan sekerja. Sederhana tetapi meriah dengan kehadiran ahli keluarga masing-masing. Satu lagi pengalaman baru buat cik Shaz :)


Ish, tetibe panjang lak entri kali ni.... kite stop sampai sini dulu nyer... Mahu buat kerja lain pulak :)
Before that, jom dengar lagu Raya ni... Bagi ceria sikit mood puasa di tengah hari... ENJOY!
Assalamualaikum...



Friday, July 27, 2012

Give your heart a break...

Hati ini terlalu letih. Ini bukan yang pertama bagi ku. Tetapi aku betul-betul berharap biarlah ini yang terakhir. Aku masih perlukan hati ini. Walau pun hati ku remuk dan hancur. Aku masih perlukannya. Biarlah retak seribu sekali pun, aku masih perlukannya. Sebab itu adalah hati ku.

Tatkala ini aku teringat akan hatiku yang telah pergi. Tatkala ini juga aku mula mencari sang matahari, kerana aku telah diselubungi awan kelabu.

Ya Allah, ya tuhan ku, andai awan kelabu ini berterusan menitiskan permatanya, biarlah banjir membasuhi segala kesulitan. Andai awan kelabu ini berubah menjadi seperti kapas putih, aku bersedia. Kerna aku tahu sang matahari akan hadir semula dan ku menanti kehadirannya dengan kesabaran.

http://4kiki.com/kiki/683/everybody-wants-happiness
Seseorang pernah membisikkan kepada ku, "orang yang sabar adalah orang yang menang".
Jadi, bersabarlah. Berilah hati ini untuk berehat. Rehat daripada keletihan sandiwara dunia.


Ada Mu


Assalamualaikum warah matullah hi waba roka tuh....

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni marilah kita perbanyakkan segala amal baik.
Insya - Allah, semuanya akan dipermudahkan.

Selamat menjalani ibadah berpuasa dan menunaikan solat sunat tarawih. Last but not least, lets enjoy new song from Najwa Latif - Ada Mu.




Thursday, July 12, 2012

Gerimis Mengundang

Tatkala ini, memang inilah yang ku rasa.
Cuaca juga seperti memahami.





p/s: sekarang post kai lagu jer... huhu

Wednesday, July 4, 2012

"Somebody That I Used To Know" (feat. Kimbra)



[Gotye:]
Now and then I think of when we were together
Like when you said you felt so happy you could die
Told myself that you were right for me
But felt so lonely in your company
But that was love and it's an ache I still remember

You can get addicted to a certain kind of sadness
Like resignation to the end, always the end
So when we found that we could not make sense
Well you said that we would still be friends
But I'll admit that I was glad it was over

But you didn't have to cut me off
Make out like it never happened and that we were nothing
And I don't even need your love
But you treat me like a stranger and that feels so rough
No you didn't have to stoop so low
Have your friends collect your records and then change your number
I guess that I don't need that though
Now you're just somebody that I used to know

Now you're just somebody that I used to know
Now you're just somebody that I used to know

[Kimbra:]
Now and then I think of all the times you screwed me over
But had me believing it was always something that I'd done
But I don't wanna live that way
Reading into every word you say
You said that you could let it go
And I wouldn't catch you hung up on somebody that you used to know

[Gotye:]
But you didn't have to cut me off
Make out like it never happened and that we were nothing
And I don't even need your love
But you treat me like a stranger and that feels so rough
No you didn't have to stoop so low
Have your friends collect your records and then change your number
I guess that I don't need that though
Now you're just somebody that I used to know

[x2]
Somebody
(I used to know)
Somebody
(Now you're just somebody that I used to know)

(I used to know)
(That I used to know)
(I used to know)
Somebody



p/s: i'll always Love u


Syazwani Mohidin... xoxo

Monday, July 2, 2012

Geli - Geli Chak Chak...

Mulakan hari anda dengan WOOW!!!
Apabila anda dapat tugasan yang perlu disiapkan segera... sambut dengan WOOW!!!
Kalau customer marah pun, sambutlah dengan WOOW!!! [tapi biarlah sekadar dalam hati]

Dalang -Dalang MCIS... haha

Mesti pelik jer entry ni kan?

Ni semua terkesan daripada training yang cik Shaz attend last week...
Business Excellence Programme atau dipendekkan kepada BEx. Training yang mengambil tempoh selama 3 hari [29 June - 1 July 2012] dan bertempat di Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh.

Kalau diikutkan, ini merupakan training pertama cik Shaz bersama warga Rumah Gelas. :)
Pengalaman baru. Input yang bagus. Cuma kadang-kadang agak 'weng' seketika taktala fasilitator memulakan ceramahnya. Huhu.. perkara biasa.

Kepada sesiapa yang nak tahu ape itu BEx... bolehlah Google. [- -]
Mesti anda akan lebih faham.

Apa yang paling terkesan ialah.... cik Shaz mendapat semangat baru untuk bekerja dan melaksanakan tugas. Yeah!!!

Sedikit kata-kata hikmah daripada sang pujangga:

[tQ  http://4kiki.com/trending/2]




p/s: sekitar gambar sepanjang training BEx sila lah ke Facebook Group MCIS Safety Glass Sdn Bhd.
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.494230350593233&type=1

Thursday, June 21, 2012

GILAKAN KAMU


Dalam hati ku ada kamu
Dalam jiwa ku tersemat rindu
Fikiran meracau tak menentu
Gilakan kamu

Di depan kamu aku malu
Tatap mata mu menusuk kalbu
Izinkan aku mencintaimu
Sungguh aku ingin miliki kamu

Dua insan kan bercinta bersama
Dua hati kan bersatu selamanya
Bersama, berdua, bercinta selamanya

Kekasih ku hanya kamu satu
Fahamilah aku Sayangi diri ku...





Wednesday, June 20, 2012

KiLLing LoneLinEss



Memories, sharp as daggers
Pierce into the flesh of today
Suicide of love took away all that matters
And buried the remains in an unmarked grave in your heart

With the venomous kiss you gave me
I'm killing loneliness (Killing loneliness)
With the warmth of your arms you saved me,
Oh, I'm killing loneliness with you
I'm killing loneliness that turned my heart into a tomb
I'm killing loneliness

Nailed to the cross, together
As solitude begs us to stay
Disappear in the lie forever
And denounce the power of death over our souls and secret words are said to start a war

With the venomous kiss you gave me
I'm killing loneliness (Killing loneliness)
With the warmth of your arms you saved me,
Oh, I'm killing loneliness with you
I'm killing loneliness that turned my heart into a tomb
I'm killing loneliness

Killing loneliness

With the venomous kiss you gave me
I'm killing loneliness (Killing loneliness)
With the warmth of your arms you saved me


Mendung Matahari Pelangi

Dalam semak kepala aku berserabut.
Luaran nampak ceria, dalam hanya ALLAH swt yang tahu
Tapi itu dulu!
Sekarang -
Luaran nampah resah, dalam hanya gelisah...
Semak berserabut.

Mungkinkah Mendung menanti Matahari ketika ini?
Dan Matahari menanti Pelangi?
Atau mungkin Mendung menanti si permata kristal luruh?

Oh Matahari, aku mahu kamu.
Oh Pelangi, aku mahu kamu.
Oh Mendung, pergilah kamu dari pemikiran ku.
Buang segala semak, buang segala resah gelisah...


** dan aku telah merepek semula. Memang tengah serabut.
Back to work - not to FUTURE yet! 



Thursday, May 24, 2012

"Rough winds do shake the darling buds of May"

May 2012 filled with sweet moments...
Start with Labor Day- didn't have to go to work.... :)
Went to TGV watching The Avengers with my beloved sis & lil bro...
then.... went to PD for family day with my office mates....

Best of all....MOTHER'S DAY & TEACHER'S DAY !!!






TEACHER'S DAY GIFT
ORDER FROM MY LIL BRO :
CHOCOLATE CAKE WITH STRAWBERRY JAM FILLING

ORDER FROM MY SISTER :
HOME MADE CHOCOLATE WITH ALMOND, RAISIN & STRAWBERRY JAM FILLING



LIVE A LIFE !!!
 "Rough winds do shake the darling buds of May" (sonnet 18 : shakespeare)

Monday, May 14, 2012

Cinta Sang Pelangi



Pelangi pelengkap Matahari...
Mendung tak bererti kesudahan. Sebaliknya permulaan.
Matahari datang meredakan mendung.
Membawa sinar kepada sekalian alam.
Bagaikan harapan baru bagi sebuah permulaan...

Namun Matahari tidak akan lengkap tanpa Pelangi.
Pelangi merembeskan warna-warna semangat.
Semangat bagi sekalian alam.
Andai hidup tanpa Matahari,Mendunglah sekalian alam.
Andai hadirnya Matahari tanpa Pelangi, tiadalah lengkapnya alam.

Kamu - Matahari ku
Aku - Pelangi mu
Mendung - permulaan kita
Jangan di amati Mendung terlalu lama, takut nanti hilang semangat si Pelangi.
Kerana Pelangi adalah perasaan selepas hadirnya Matahari.
Pelangi itu pelengkap sang Matahari.

Terima kasih sayang menjadikan aku Pelangi hati mu...

Love xoxo.

Saturday, May 12, 2012

MATAHARI sang penceria hati



Matahari... kalau diingat semula masa belajar sains, matahari diperlukan oleh alam semulajadi untuk kitaran kehidupan. Dan juga matahari itu sebuah planet yang tiada populasi. Siapa pula yang nak tinggal kat matahari? Matahari memberikan bahang kepada kita – benda hidup di planet BUMI.

Matahari sering dianggap suatu subjek yang tidak disenangi kehadirannya.
“Why so hot today.... my make up melting already... tak kuasa mak!” (-_-)

Tapi ada ketikanya matahari ini hadirnya sangat dinantikan.
“Bila lah nak hilang mendung ni... baju dah tak de nak pakai esok”

Bayangkan dunia tanpa matahari. [?]

Sebab itulah bagi aku, MATAHARI itu penceria hati yang mendung.

Sedang aku menaip entri  kali ini, telinga aku terlayan lagu The Wanted – Glad You Came. Liriknya lebih kurang macam ni:

The sun goes down
The stars come out
And all that counts
Is here and  now
My universe will never be the same
I’m glad you came
I’m glad you came


Kepada sang Matahari, terima kasih kerana hadir dalam hidup ku.
Tanpa Matahari, mendunglah sekalian alam.



p/s: kamu MATAHARI ku :)
Love xoxo...

Thursday, May 10, 2012

FRIDAY blues...

I am sitting on the chair  feeling emptiness
He came near me from behind
I looked at his face.... he kissed my forehead
One warm kiss
My eyes were close...
Feel the warmth of a kiss
My eyes open when he was gone
I realize... it was a dream
I am sleeping on a chair
He came into my dream
I miss you.


Monday, May 7, 2012

hiTam + pUtiH dUniA kU

after a while.... this is what happen.
camera + photo edit back to my hand... RESTART


terima kasih sayang :)