weLcOmE

Strawberry Choclatier... my Life my Story

bY : Syazwani Mohidin

LifE is fUll wIth sWeEt & sOur mOmeNt oR eVen aN idiOtiC mOmeNtO. wElL, wE nEeD cOlOurfUl oF eXpERiEncEs iN oUr LifE. dOn’T LeT yOur LifE dUlL.


Saturday, September 24, 2011

optimis saja lah yer...

Minggu yang sakit bagi aku. Pening dengan report, duty dan program. Tapi nak buat macam ne kan? Dah itu yang tertera dalam JD. 
Tapi Jumaat lepas aku betul-betul sakit. Badan rasa semacam. Kejap panas, kejap sejuk. Kepala pula rasa berat semacam. Hurm..... mula fikir nak telan paracetamol jer. Tapi, atas nasihat orang yang mengambil berat- pergi klinik jer lah. 

Selesai di klinik, aku dpt MC. Inform dengan HR - saya dapat MC 1 hari. 
Aku minta 2 hari, doktor tu bagi 1 hari je. 

Sabtu pula, keadaan ku makin teruk. Aku hampir kehilangan keseluruhan cecair dalam badan. Satu hari aku muntah. Makan - muntah balik. Minum - muntah balik. Telan ubat lagilah aku muntah. Satu badan tak larat nak buat ape. Atas nasihat orang yang mengambil berat - malam tu juga aku dibawa ke klinik. Klinik bukan kerajaan. Doktor cucuk aku ubat tahan muntah. Dan bekalkan aku dengan bermacam jenis dadah. Menambah koleksi yang sedia ada. Balik dari klinik aku terus tidur, menahan kesakitan,

Dan sekarang, aku meneguk Ribena Strawberi. Alhamdullillah tiada rasa loya lagi. Cuma lepas ni kena rajin makan ubat. Bukan kegemaran ku. 

Rasanya lama aku tak berada atas talian. Dan hari ni aku membuat keputusan untuk berinteraksi di atas talian. Masih lagi menguruskan apa yang diperlukan untuk OKTOBER nanti. Sambil tu aku cek inbox emel. Lama tak dengar khabar. Dimaklumkan berita yang tak berapa happy. Nak wat camne kan? Bukan rezeki aku, masa tu. Tapi usaha tetap diteruskan. U said that i'm not convincing enough, it's ok. 

Dan aku..... optimis saja lah yer :)

Winter Sonata on ANIMAX

Sunday, September 11, 2011

Persiapan... 40 hari lagi.

Tak sabar rasanya. Ada lagi lebih kurang 40 hari lagi untuk berlansungnya majlis yang bakal menjadi paling bersejarah dalam hidup cik Shaz...... 

Segala persiapan untuk ke sana telah pun siap. Pengangkutan, penginapan dan juga rombongan menghantar dan menjemput sudah pun tersedia. Lega rasanya. Hanya menunggu masa sahaja. Bila tiba masanya, pasti cik Shaz tersenyum lebar. Setelah hampir setahun berjauhan kini hanya tinggal 40 hari lagi kita akan disatukan. Seronok sudah terasa. Rasa bagai ingin mengimbau segala kenangan dan usaha 4 tahun dahulu yang kini hanya menunggu untuk diraikan. Teristimewa cik Shaz bakal meraikannya bersama Ayahanda dan Bonda tersayang yang banyak membantu dan mendoakan cik Shaz selama ini. 
I Love U Ayahanda, Bonda!!!

Ada 40 hari lagi....  

"Ya ALLAH ya tuhanku, permudahkan segala urusan ku nanti. Amin."

Sunday, September 4, 2011

Friday, September 2, 2011

RAYA: tradisi setahun sekali jer....

Dah raya!!!!

Bagaikan seperti satu tradisi, sesudah sembahyang raya, semua berkumpul lepak-lepak diruang tamu. Didapur dah terhidang juadah raya. Wajib ada nasi impit, lemang, rendang, kuah kacang dan kek cokelat homemade. Addition tahun ni, Shaz's cupcake :)

Selesai makan-makan dipagi Syawal, kami lima beradik bersalaman bersama ayahanda dan bonda tercinta.  Maaf dipinta salam aidilfitri diucap. Kemudian.... sesi fotografi seperti tahun-tahun sebelumnya. Tradisi keluarga Cik Shaz. [Giler banyak tradisi keluarga ku...].

Kunjung-mengunjung ke rumah saudara-mara masih menjadi tradisi keluarga Cik Shaz di pagi Syawal. Bermula di kampung halaman bonda Cik Shaz di Mambau dan berakhir di rumah kakak-kakak ayahanda Cik Shaz di Ampangan. Dihitung dan ditolak, 9 rumah semuanya di 1 Syawal. Bayangkan berapa banyak dan pelbagainya jenis resipi rendang yang telah Cik Shaz makan.... [huhuhu]. Saat tu mula terfikir, "Hilang diet aku 30 hari"... [berkecamuk selera makan ku...]




Tapi apa-apa pun, time nilah cik Shaz dan keluarga berpeluang berjumpa dan berkumpul bersana sanak saudara selain daripada kenduri kahwin dan kenduri kendara yang lain...
Lagi satu, ramai sepupu Cik Shaz yang beraya dengan tambahan orang baru dalam keluarga mereka... tahniah!!!!