weLcOmE

Strawberry Choclatier... my Life my Story

bY : Syazwani Mohidin

LifE is fUll wIth sWeEt & sOur mOmeNt oR eVen aN idiOtiC mOmeNtO. wElL, wE nEeD cOlOurfUl oF eXpERiEncEs iN oUr LifE. dOn’T LeT yOur LifE dUlL.


Sunday, July 17, 2011

Makan untuk hidup atau Hidup untuk makan....

Ada seorang kawan datang hendak menawarkan kami untuk menjadi responden kajian dia. Tajuk kajian,...... lupa lah pulak, tapi berkaitan makanan dan masyarakat mungkin. Tapi cik sHaz bukan nak bercerita hal kajian dia. Cuma nak kongsi maklumat sikit. So, jom kita follow citer ni jap....

Apa yang kamu suka makan?
“Mee Goreng”
“Tom Yam”
“Laksa Sarawak”
“Chicken Chop”
“Nasi Lemak”
“Double Cheese Burger, Big Mac, GCB, McFlurry...”  [terpaksa minta dia stop...]

Apa yang kamu suka minum?
“Soya bean”
“Fruit juice”
“Teh peng”
“Mocha, Latte, Starbucks... [kawan, minuman lah bukan nama kedai!!!]

Alahan terhadap sebarang makanan/minuman?
“Setakat ni saya makan semua...”
“Saya tak makan kambing, kalau saya makan, badan saya gatal-gatal, rashes...”
“Same la, tapi aku seafood”
“Aku tak makan durian, sakit perut...” [Itu kira alahan ker?]

Saat ini semua mata memandang ke arah cik sHaz... “kau sHaz? Kalau boleh selain dari semua ni”

“CMPA”

Haaa????? Ape mende tuh???

CMPA = Cow’s Milk Protein Allergy. Secara basicnya, ia adalah alahan protein susu lembu.

“camner ko leh dapat penyakit tu????”

Bukan penyakitlah, alahan jer pun... Tapi yup, dari alahan ni boleh dapat penyakit seterusnya seperti ekzema dan asma. Dan cik sHaz mengalami salah satunya iaitu ekzema.

Maka, terkenanglah zaman kanak-kanak cik sHaz. Berdasarkan cerita daripada ayahanda, cik sHaz berulang ke hospital bertemu pakar selama 8 tahun. Sejak cik sHAz lahir hinggalah umur cik sHaz 8 tahun.

*“Kebanyakan bayi menunjukkan petanda CMPA dalam tempoh bulan pertama kehidupan”

Cik sHaz mengalami masalah kulit kesan daripada CMPA ni yang disebut sebagai ekzema. Kulit beruam (rashes) dan gatal-gatal. Cik sHaz juga berpantang makan makanan laut. Dalam erti kata lain, alah dengan seafood juga. Zaman kanak-kanak cik sHaz tidak lah sehebat mana. Sebab ekzema memang mengganggu hari seharian cik sHaz. Panas sikit, peluh sikit, tak tahan dah lagi satu tak leh biarkan kering kulit ni. Hospital membekalkan bermacam ubat jenis ubat sapu. Dari mandian hinggalah bedak, semuanya bau hospital dan semuanya ada stiker ‘Hospital Besar Seremban’. Masa itu, hospital macam playground jer lah. Dan mungkin sebab itu juga cik sHaz sampai sekarang tak berapa nak suka berada di hospital. Dan rumah pulak, macam farmasi. Sebab bekalan ubat bukan untuk 2-3 hari tapi 2-3 bulan. Bayangkanlah betapa banyaknya.

Itu baru penjagaan luaran. Penjagaan dalaman pula bermula dengan pemakanan.

*” Susu lembu merupakan protein asing pertama yang diperkenalkan kepada kebanyakan bayi. Sebagai protein asing pertama yang diperkenalkan kepada bayi, lantas tidak hairanlah susu lembu merupakan antara alahan makanan paling umum yang dialami oleh kanak-kanak.”

Bagi bayi yang menghadapi CMPA macam cik sHaz, susu rumusan soya adalah pengganti bagi susu lembu. Namun, ini bukanlah jalan penyelesaian atau penawar kerana tiada penawar CMPA yang berjaya ditemui setakat ini.

*” Formula berasaskan soya mula diberikan kepada bayi-bayi CMPA pada tahun 1929 oleh Hill & Stuart, disyorkan sebagai pilihan dan alternatif pertama kanak-kanak dengan keadaan ini.”

*” Jika bayi diberikan susu ibu sepenuhnya, ibu yang menyusukan perlulah mengelakkan produk tenusu daripada pemakanan mereka”

Namun, hanya sebilangan kecil pesakit yang membawa alahan tersebut sepanjang hayat mereka.

*” Tetapi, jika susu lembu dikecualikan terus daripada diet selama dua hingga tiga tahun, kanak-kanak itu mungkin mempunyai peluang untuk bertoleransi dengan susu pada amaun yang lebih kecil lagi.”

Dan ALHAMDULILLAH setelah bertahun kini cik sHaz boleh minum susu lembu atau mana-mana produk tenusu yang terdapat di pasaran. Masalah ekzema juga semakin kurang cuma kena sentiasa berhati-hati ketika makan sebab cik sHaz tetap alah dengan seafood. Walaupun dah boleh tolerate dengan susu lembu, SOYA BEAN tetap FAVERET!!!! [hehehe]

"sHaz, ko mengelamun apa???? Jawab ar questionnaire aku ni... siapkan dulu, then kite g tengok Harry Potter"

*berikut adalah petikan daripada akhbar m2 Mingguan Malaysia, Ahad 17 Julai 2011.

cik sHaz nak buat pancake, tapi jadi lempeng mini... 


No comments:

Post a Comment