weLcOmE

Strawberry Choclatier... my Life my Story

bY : Syazwani Mohidin

LifE is fUll wIth sWeEt & sOur mOmeNt oR eVen aN idiOtiC mOmeNtO. wElL, wE nEeD cOlOurfUl oF eXpERiEncEs iN oUr LifE. dOn’T LeT yOur LifE dUlL.


Thursday, July 28, 2011

Harimau beradu tenaga dengan Singa

Aku bukan lah pengulas sukan mahupun peminat sukan. Tapi aku layan jer perlawanan bola sepak yang berlansung tadi. Dan aku percaya ramai rakyat Malaysia menyaksikannya.

Tapi apa yang dapat ku simpulkan sepanjang permainan tadi, sang Singa membuat aksi badut dan sang Harimau pula menari poco-poco di atas padang. Hahahahaa.... agak kejam penulisan aku kali ini. Tapi ya... yang betul-betul aku tengok main bola atas padang à penjaga gol Harimau, Khairul Fahmi Che Mat. Sang Singa tak abis-abis dengan aksi badut, jatuh + kecederaan di atas padang. Sikit-sikit jatuh, sikit-sikit jatuh. Sepak tanah pun jatuh tergolek. HAHAHAHAH.

Safee Sali seakan hilang ‘kaki’. Dia kehilangan striking partner selepas Aidil terpaksa digantikan akibat kecederaan setelah 22 minit berada di dalam padang. Tapi tetap sempat menyorak kegembiraan apabila Safee Sali berjaya menjaringkan gol pembukaan 1-0 bersama rakan sepasukan, S.Kunalan. Dari saat itu, sorakan padu daripada penyokong Malaysia memecahkan suasana di Stadium Bukit Jalil dan juga ruang tamu rumah aku. Along dan Angah bersorak. 

Giler arh!!!!

Sorakan kegembiraan tidak lama. Sang Singa berjaya menjaringkan gol dan menjadikan kedudukan seri 1-1. Man of the match (Malaysia), Khairul Fahmi Che Mat gagal mempertahankan gawang daripada dibolosi. Walau bagaimanapun, permainan mesti diteruskan sehingga di minit terakhir.

Sang Singa memang “aktor” terbaik pada malam itu. Permainan sang Harimau agak “ntah ape-ape” pula, bagi aku seperti PEMALAS. Malas nak kejar bola. Tapi kesian pun ade, bila mendapat kad merah dihujung permainan, player no. 13.

Tapi, bila diingat balik, sang Singa bijak bermain. Ya bermain dengan psikologi. Kalau diperhatikan balik, sang Singa bermain ade sedikit relax di situ. Berbanding sang Harimau bermain agak kacau-bilau. Mungkin juga faktornya, sang Singa sudah pun menang agreget dan sang Harimau perlu mengejarnya.

Apa pun yang berlaku di atas padang. Keputusan seri 1-1 dan Malaysia tersingkir dengan agreget 4-6. Singapura mara ke perlawanan seterusnya.

Dah kalah, nak wat cam ner kan.... bukan rezeki kita. Tapi semangat terus ada. Well Team Harimau, we MALAYSIAN proud of you.


We 100% MALAYSIAN no FOREIGNERS!!!

p/s:        Rimau lari x mcm rimau pun malam ni.
                Mungkin diorg lupe nk mkan biskut TIGER td....

Monday, July 25, 2011

‎"Bos eSok sAye MC yer... LenGUh kAki nI panJAnt BukIt bRoga tAdi"

Dah lama cik sHAz bercita-cita untuk melakukan aktiviti Menuju Puncak di BROGA Hill. Ahad 24/07/2011 tarikh keramat, peluang berada di depan mata. Tak sanggup untuk cik sHAz nak lepaskan.

Aktiviti Menuju Puncak ke BROGA Hill ini adalah atas anjuran MCIS Safety Glass SDN BHD sempena kempen Bulan Kesihatan dan Keselamatan organisasi ni [kalau tak silap lah]. Ada yang sempat bertanya MCIS tu ape, sila Google yer J
Thank you warga MCIS !!!!

Bermula dari main office MCIS, semua yang terlibat berkumpul menantikan pengangkutan yang akan membawa ekspedisi ke BROGA à BAS.

“LAMBAT nyer la pulak bas ni”
“Mane bas ni? Janji kul bape, ni dah kul bape?”  

Itulah antara rungutan yang boleh kita dengar. Tapi tak lama lepas tu, datanglah sebuah jentera berwarna oren jingga à ‘Bas Sekolah’. Itulah pengangkutan rasmi ekspedisi.

“ Wani, kelas ko start kul bape?” [berseloroh menceriakan keadaan]

Tapi bukan itu yang mencuit hati cik sHAz, tapi ini:

“ Siapa-siapa yang pernah ke broga ? Pak cik ni tak tahu jalan”

Hahahahahahahahaha..... itulah kata hati cik sHAz.

Maka apa lagi, teknologi mula memainkan peranan [setiap masalah ada penyelesaiannya]. Berpandukan GPS dan navigation dari peserta yang telah terlebih dahulu bertolak ke lokasi, maka kami sampai ditempat yang dijanjikan dengan selamat [Alhamdulillah].


Pertemuan menemukan kami dengan yang lain-lain. Agihan makanan diberikan. Bacaan DOA bagi memulakan dan memudahkan perjalanan aktiviti. Dan bermulalah segala agenda.

Keadaan muka bumi yang sedikit landai, berbatu-batu dan berbukit [dah nama pun Bukit Broga]. Nampak macam tak lah mencabar sangat laluan menuju puncak ni. Tapi bila dah lalu, dah ditempuh, tercabar jugak lah mental dan fizikal cik sHAz yang kecil molek ni J...





Bila sampai di check point pertama, cik sHAz hampir memutuskan asa untuk meneruskan pendakian ke puncak, “ sampai sini jer lah, dah tak larat rasenye”. Tapi kata-kata ajakan semangat daripada mereka-mereka membuat cik sHAz lebih bersemangat. 

“Dah sampai sini kan, alang-alang je. Sikit jer lagi nak sampai kat atas tuh. Kat atas lagi cantik view.”

“Sikit jer lagi, sepuluh langkah jer lagi” 

Cik sHAz meneruskan misi pendakian. Sambil-sambil tu sempat mata ini melihat keindahan dan kebesaran ALLAH swt dengan apa yang ditontonkan. SUBHANALLAH. Itulah yang terungkap apabila mata melihat permandangan yang sangat cantik.


Climbing + Sliding + Dirt + Fresh air = MISSION ACCOMPLISH


Dan akhirnya, misi Menuju Puncak BROGA Hill mencapai suksesnya!!! Cik sHAz berjaya sampai ke puncak. Dan lagi best cik sHAz antara kumpulan wanita yang sampai dulu ke puncak. DOUBLE AWESOME!



Tapi, apa yang cik sHAz kagum dengan dengan aktiviti ni kita berpeluang memperlihatkan sifat dan sikap kerja berpasukan yang tinggi. Tak kira apa saja pangkat dan kedudukan kamu, masing-masing memainkan peranan berpasukan yang terbaik. Sama-sama susah, sama-sama senang, saling bantu-membantu. Dan ada antara mereka yang cik sHAz lihat sebagai team leader yang TERBAIK!



Seperti yang Wonderpets selalu kata dalam setiap rancangan,

“Apa yang penting?’
“KERJASAMA!!!” 

p/s: Teruk converse cik sHAz main sliding kat Broga. Cik sHAz demam sejak balik dari Broga... huhuhu

Thursday, July 21, 2011

Kontroversinya BOGEL itu...

Hurm, bukan nak cerita hal lucah atau apa-apa yang berunsur kelucahan.

Tapi cuma nak berkongsi pendapat. BOGEL MENUJU TUHAN.

Baru-baru cik sHAz bagai diserang penyakit ‘terlebih gula’ akibat keterujaan yang teramat sangat. Disebabkan buku hasil nukilan Zahiril Adzim yang ditempah melalui talian rasmi TOKOBUKU telah pun sampai. Penantian yang memberikan pulangan kegembiraan.

Membaca memang satu aktiviti yang boleh mendatangkan keterujaan dan juga kebosanan. Ini bergantung dengan jenis bahan bacaan tersebut.

Cik sHAz menghabiskan waktu sebelum masuk tidur semalam dengan membaca antologi catatan dan puisi BOGEL MENUJU TUHAN. Berdasarkan tajuk saja, sudah menarik minat cik sHAz [sudah tentu penulis karya ini]. Secara peribadi, cik sHAz akui mengikuti perkembangan pelakon seorang ini yang lebih senang disebut sebagai ZA oleh peminatnya sejak menonton lakonannya di drama bersiri KAMI. Seterusnya muncul KAMI the MOVIE. Kemudian dia muncul dalam GHOST 2 sehinggalah mengikuti hasil penulisan si ZA ni dalam BLOG rasmi miliknya. Sejak dari itu cik sHAz menjadi pengikut si ZA. [kira macam kipas-susah-mati si ZA gak lah].

BOGEL MENUJU TUHAN. Macam dikatakan di awal tadi, ini adalah tajuk buku hasil nukilan ZA. Sejak bukunya diperkenalkan dan disiarkan pengeluarannya di dada akhbar, ada segelintir masyarakat yang cuba mengecam sang pengkarya. Ini gara-gara tajuk buku tersebut bagai tak kena dan mendatangkan kontroversi. Yer ke????

Tapi, kalau sudah namanya sang pengkarya dan hamba ALLAH swt, tidak akan lari dari menerima dugaanNYA. Ternyata ZA mengatasi dugaan ini dengan baik dan masih mempertahankan karyanya.

Antara komen ZA ekoran tajuk buku pertamanya [sumber: http://itsmesaiful.blogspot.com]

“Kalau terdapat pengharaman atau censorship menerusi penerbitan buku saya ini, sudah tentu ianya tidak akan wujud di pasaran apatah lagi dicetak. Sebelum buku saya dicetak serta diterbitkan, ianya telah pun mendapat kelulusan daripada International Standard Book Number (ISBN) iaitu bar code untuk menerbitkan serta memasarkan sebuah buku.

"Malah, jika buku saya tidak diluluskan sudah tentu saya telah menerima aduan daripada pihak Kementrerian Dalam Negeri dan Perpustakaan Negara,"

"Saya rasa tak perlu nak rujuk mana-mana majlis agama atau sebagainya pun kerana buku saya bukanlah sebuah buku keagamaan tetapi ianya hanyalah sekadar himpunan puisi dan cacatan berkaitan dengan perjalanan hidup saya semata-mata.

"Saya rasa lebih baik begini, kepada orang-orang yang di luar sana, tolong ya fahami dahulu isi buku saya sebelum menilainya. Jangan terus membuat anggapan yang salah. Apa yang paling penting, isi buku ini tidak ada gambar lucah. Juga, ianya bukanlah buku yang berunsur ketuhanan, tetapi lebih kepada kejadian-kejadian sosial yang berlaku di sekitar saya," 

Antara komen para pembaca blog Segalanya Disini... [http://itsmesaiful.blogspot.com] yang sedikit mencuit hati cik sHAz ;)

Tukang komen 1:
takde tajuk lain ke nk buat???ni la orang tkde agame...lepas masuk cetakan kedua....pastu malaysia kene la tsunami...

Tukang komen 2:
apa masalahnya dengan tajuk buku tersebut...ko ckp org mcm xde agama..then akan di timpa musibah sbb bagi tajuk buku mcm tue..aku rasa ko yang x mempelajari agama sememang nya keadaa manusia kelak pada hari kebangkitan dialam akhirat kelak dalam keadaan tiada seurat benang pun di badan(bogel)...

Maka disertakan sekali dengan beberapa petikan hadis:

Nafi' dari Ibn Umar r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Manusia akan dibangkitkan kembali kepada Tuhan pada hari kiamat, sebagaimana keadaan mereka ketika dilahirkan dari perut ibunya telanjang bulat. Siti Aisyah berkata: "Laki perempuan berkumpul ya Rasullullah? Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Ya." Siti Aisyah berkata: "Alangkah malunya, kemaluanku dapat dilihat setengah pada setengahnya." Nabi Muhammad s.a.w. sambil memukul bahu Aisyah bersabda: "Hai puteri dari putera Abu Quhafah, kesibukan orang-orang pada saat itu tidak memungkinkan akan melihat itu, orang-orang pada mengarahkan pandangan kelangit, berdiri selama empat puluh tahun tidak makan, tidak minum, ada yang berpeluh sampai tumit, sampai betis, sampai perut dan ada sampai mulut, kerana lamanya berhenti, kemudian berdiri para Malaikat mengelilingi arsy, lalu Allah s.w.t. menyuruh menyeruan nama fulan bin fulan, maka semua yang hadir melihat-lihat orangnya, lalu keluar prang itu untuk menghadapi Tuhan Rabbul A'alamin. Dan bila telah melihat Rabbul A'alamin dipanggil orang-orang yang pernah dianiaya oleh orang itu untuk diberikan dari hasanat kebaikannya kepada orang-orang yang teraniaya itu, kerana pada saat itu tidak ada pembayaran dengan mas, perak (dinar, dirham), maka orang-orang selalu menagih sehingga habis hasanatnya, maka diambilkan dari dosa-dosa orang-orang yang dianiaya itu untuk dipikulkan kepadanya, kemudian jika selesai semua maka diperintahkan: "Kembali ketempatmu dalam neraka hawiyah (jahannam) kerana pada hari ini tidak ada dhulum." (penganiyaan), sesungguhnya Allah amat segera perhitunganNya. Maka pada saat itu tidak ada seorang Malaikat yang muqarrab atau Nabi Rasul melainkan merasa bahawa tidak akan selamat, kecuali jika mendapat perlindungan Allah s.w.t."


Abu Hurairah r.a meriwayatkan: "Maka keluarlah mereka dari kubur mereka dalam keadaan telanjang bulat, menuju kepada Tuhan mereka , kemudian berhenti disuatu tempat selama 70 tahun, Allah s.w.t. membiarkan mereka, tidak melihat atau memutuskan keadaan mereka, mereka menangis sehingga habis air mat, dan mengeluarkan darah dan peluh sehingga banjir sampai kemulut, kemusian mereka dipanggil ke Mahsyar, mereka keburu-buruan menuju panggilan itu, maka apabila telah berkumpul semua makhluk, jin, manusia dan lain-lainnya, tiba-tiba terdengar suara yang keras dari langit, maka terbuka langit dunia dan turun daripadanya sepenuh penduduk bumi dari para Malaikat, dan mereka langsung berbaris, lalu bertanya: "Apakah ada diantara kamu yang membawa perintah Tuhan untuk hidab?" Dijawab: "Tidak ada." Kemudian turun ahli langit kedua dan berbaris pula, kemudian turun prnduduk langit ketiga, dan seterusnya sampai langit ketujuh, masing-masing berlipat dari yang sebelumnya dan semua Malaikat itu melindungi penduduk bumi."

***
HONDA bear????
Begitulah kontroverisnya tajuk buku sang pengkarya Zahiril Adzim ini. Walau apa-apa pun. Buku tersebut sudah pun selesai dengan cetakan keduanya. [sebab cik sHAz nye hasil dari cetakan kedua]. Memang betullah kata mat salleh “Don’t judge a book by it’s cover!”.

Setelah membaca keseluruhan antologi catatan dan puisi di dalam BOGEL MENUJU TUHAN, sudah pasti ada antaranya yang ditanda sebagai ‘FAVERET’. Bagi cik sHAZ, sudah tentu ‘Dia & Aku Kata’, ‘Tulis itu Bogel’, ‘Eh, Aku Tak Kawan Artislah’ ‘Woi, Diam Sajalah Ya?’ dan ‘Memilih dan Dipilih’. Sebenarnya, kesemua catatan dan puisi yang terkandung di dalam buku ni, ternyata memang menarik. Bak kata NABIL “this is best bro!!!”

p/s: Sebelum mahu menilai sesuatu perkara, kenali dulu isi kandungan perkara itu. Bila dah kenal, nilailah semahu mu....

Wednesday, July 20, 2011

I was.............. paused. [I AM A DUCK]

Ya ALLAH, please... some mercy please....

How can I..... ???
Lack of confident???? [lead to least convincing]
Shy person???? [ I am..???]

Great. I just feel really awful bout myself now. EMPTY. Not EMPATHY. That was what happen during the judgement session. I blew it up....

On the bright sight.... I managed to get through the session.  Alhamdulillah. But... there always a but in the middle. I’m not happy with it. I should done better. Well, opportunity only came once. There is no point to regret, just move on and pray for the best!!!! IN GOD WILLING, HE WILL HELP ME. [PRAY HARD].

But I really-really-really felt awful about this. Well there is no harm to try again. Later, Insya ALLAH.

Well, what is done... DONE.

No need to regret or to feel badly damage by it. Chillax, lets the prayers do the miracle. [If there is one]
***


Here some happy moment. Just like a candy treat for me. “ZA kini berada di rumah ku.”
His 1st masterpiece has arrived [finaly] via Pos Ekspress today. Yeah, I AM SO FREAKING EXCITED!!!

I have ordered this book about week ago.
Since it's only in selected TOKOBUKU, it's really hard to find in any bookstore around you. Thank ALLAH, there always a resolution in everything. INTERNET.


Such a nice and majestic reading material for me. [I've start reading few pages]


And yeah, for me this is a lite reading material. Relax. And I do smile when i read what he wrote in this majestic masterpiece. 


Enough. It's time to treat my sense with this 'sweet candy treat from ZA'. 

;)

oh yeah.... before i forgot. "Thanx yer abang posmen tolong pos kan barang ni tuk saye"

[promote POS Malaysia]


p/s: Sayang awak sangat-sangat!


Tuesday, July 19, 2011

Serabut sokmo.....

Kepala saya serabut!!!!!


Serabut macam sabut kelapa, kalau nak diibaratkan. Rasa menyampah yang teramat sangat.
Hidup ni memang kena selalu beralah. Kalau semua nak berkeras memang huru-hara jadinya. Tapi letih juga kalau setiap kali kita jer yang kena beralah. Tapi bila sesekali aku berkeras, kata aku menyombong pulak. 


hurm.... itu yang berlaku bila aku berebut channel TV kat umah ni.
TV ader 3 bijik tapi berebut gak????
Aku pun tak faham lah. Dah lah tadi beralah dengan waktu berita. Ok aku leh terima. Tepat jam 9malam aku capai remote TV cepat-cepat tukar channel 711. Nasib baik series tu back-to-back. Tapi dalam aku tengah syok layan, tetibe ade suara. "Dah Wani tukar, orang nak tengok citer ni".
Tapi aku berkeras. Aku ingat dah settle, tapi tak. Dia pun nak berkeras, aku tarik muka, "Ambik remote ni tukar sendiri". Terus menuju ke dapur makan semua keropok lekor yang aku beli kat pasar malam tadi. Hati tengah panas semua yang ada kat tangan aku, aku nak hempas.


Jam dah pukul 10 malam. Aku keluar ke ruang tamu, ni memang takde harapan nak tengok channel 104. Kena download jer lah pas ni. Aku beralah lagi. Tapi hati tetap bengang.


Aku cuba tenangkan hati, on laptop. Mula melayari laman so-si-al kebanggaan ramai - FACEBOOK. Hurm... tiada apa yang menarik. Browse sana, browse sini. Nothing interest me. 


Layan lagu Jar of Hearts - Christina Perri (photo by flickr.com)
Dan aku teringat aku belum book ticket flight lagi tuk konvo. So aku ke airasia.com [terbang air asia jer lah] cari ticket. CUN!!! Tiket promo tengah murah ni. Rugi nak lepaskan. So aku book macam biasa. Tapi angin 1 badan aku datang balik. Time nak wat payment lah dia sangkut. Ntah nape kad aku leh decline. Dua kali aku buat, decline jugak jawapannya. Try cara Debit pulak, TAC not registered lah pulak. Angin aku macam ni. Nak kena Rimau ni. Ni semua nak suruh aku gi singgah kandang RIMAU a.k.a Maybank. Jap lagi aku contact kandang Rimau tuh. Sementara ni bawa bersabar.... 


Tapi serabut aku tak habis kat situ jer. Masalah dengan seseorang. Yang ni aku malas nak elaborated. Lagi buat serabut kepala. Tapi aku ada soalan, kalau betul cinta, perlu ke nak bersumpah. Bukan bersumpah saja, tapi bersumpah atas nama ALLAH swt dan atas nama mak ayah???? Kalau tak lafaz maka kau tak jujur. Boleh ker macam tuh???? [Lu pikir lah sendiri!!!!]


Rabu (20/07/11). Hari penting bagi aku. Bakal menghadap 3 orang juri yang juga bertindak sebagai hakim. Perkara yang bakal mengubah nasib aku selepas ini. WISH ME LUCK!!!


Cukuplah aku merepek. Sangat memerlukan rehat. Semoga hari esok memberi sinar baru pada aku dan, yeah.. semoga hari esok lebih baik dari semalam. AMIN. 

Monday, July 18, 2011

JUVANA --> Daim --> Zahiril Adzim !!!!

Dan tamatlah sudah episod ceritera JUVANA.
Drama bersiri yang ditayangkan di TV3 setiap Isnin jam 9 malam telah berjaya mendapatkan rating tertinggi sejak ditayangkan pada 23 April 2011. 


Dan sudah pasti ada HERO malaya dalam cerita ini --> Zahiril Adzim!!!!




ZA melakonkan watak Daim yang dituduh membunuh ibunya dan kekasih ibunya. Sejak dijatuhkan tuduhan itu, Daim dihantarkan ke 'sekolah budak-budak jahat' [stigma masyarakat melabelkannya]. Maka bermulalah kehidupan baru si Daim ni.


Nak cerita satu per satu dari mula sampai habis, tak perlulah kan... Boleh download complete episodes, tengok sampai muntah.


Tapi apa-apa pun THUMBS UP diberikan kepada JUVANA dan ZA ofkoz!!!! tak lupa juga kepada pelakon-pelakon yang lain. Pengakhiran cerita yang simple tapi berjaya. 


HERO - HERO JUVANA




Yang pasti DAIM muncul dengan HENSEM di akhir cerita. Akan adakah JUVANA 2 atau JUVANA the MOVIE.????


Mana kita tahu kan???? Trend filem dan penyiaran di Malaysia. ADAPTASI.
Adaptasi dari filem ke drama bersiri dan sebaliknya. Sebagai seorang penonton, asalkan ceritanya menarik dan pelakonnya bersesuaian, layan jer lah.... 


Esok temujanji dengan Daim lagi. Tapi kini menukar nama kepada Jo/Johari di Astro RIA.



p/s: sehingga hari ini ku masih menonton video pertunangan ZA & Shera Ayob... ;)

Sunday, July 17, 2011

Makan untuk hidup atau Hidup untuk makan....

Ada seorang kawan datang hendak menawarkan kami untuk menjadi responden kajian dia. Tajuk kajian,...... lupa lah pulak, tapi berkaitan makanan dan masyarakat mungkin. Tapi cik sHaz bukan nak bercerita hal kajian dia. Cuma nak kongsi maklumat sikit. So, jom kita follow citer ni jap....

Apa yang kamu suka makan?
“Mee Goreng”
“Tom Yam”
“Laksa Sarawak”
“Chicken Chop”
“Nasi Lemak”
“Double Cheese Burger, Big Mac, GCB, McFlurry...”  [terpaksa minta dia stop...]

Apa yang kamu suka minum?
“Soya bean”
“Fruit juice”
“Teh peng”
“Mocha, Latte, Starbucks... [kawan, minuman lah bukan nama kedai!!!]

Alahan terhadap sebarang makanan/minuman?
“Setakat ni saya makan semua...”
“Saya tak makan kambing, kalau saya makan, badan saya gatal-gatal, rashes...”
“Same la, tapi aku seafood”
“Aku tak makan durian, sakit perut...” [Itu kira alahan ker?]

Saat ini semua mata memandang ke arah cik sHaz... “kau sHaz? Kalau boleh selain dari semua ni”

“CMPA”

Haaa????? Ape mende tuh???

CMPA = Cow’s Milk Protein Allergy. Secara basicnya, ia adalah alahan protein susu lembu.

“camner ko leh dapat penyakit tu????”

Bukan penyakitlah, alahan jer pun... Tapi yup, dari alahan ni boleh dapat penyakit seterusnya seperti ekzema dan asma. Dan cik sHaz mengalami salah satunya iaitu ekzema.

Maka, terkenanglah zaman kanak-kanak cik sHaz. Berdasarkan cerita daripada ayahanda, cik sHaz berulang ke hospital bertemu pakar selama 8 tahun. Sejak cik sHAz lahir hinggalah umur cik sHaz 8 tahun.

*“Kebanyakan bayi menunjukkan petanda CMPA dalam tempoh bulan pertama kehidupan”

Cik sHaz mengalami masalah kulit kesan daripada CMPA ni yang disebut sebagai ekzema. Kulit beruam (rashes) dan gatal-gatal. Cik sHaz juga berpantang makan makanan laut. Dalam erti kata lain, alah dengan seafood juga. Zaman kanak-kanak cik sHaz tidak lah sehebat mana. Sebab ekzema memang mengganggu hari seharian cik sHaz. Panas sikit, peluh sikit, tak tahan dah lagi satu tak leh biarkan kering kulit ni. Hospital membekalkan bermacam ubat jenis ubat sapu. Dari mandian hinggalah bedak, semuanya bau hospital dan semuanya ada stiker ‘Hospital Besar Seremban’. Masa itu, hospital macam playground jer lah. Dan mungkin sebab itu juga cik sHaz sampai sekarang tak berapa nak suka berada di hospital. Dan rumah pulak, macam farmasi. Sebab bekalan ubat bukan untuk 2-3 hari tapi 2-3 bulan. Bayangkanlah betapa banyaknya.

Itu baru penjagaan luaran. Penjagaan dalaman pula bermula dengan pemakanan.

*” Susu lembu merupakan protein asing pertama yang diperkenalkan kepada kebanyakan bayi. Sebagai protein asing pertama yang diperkenalkan kepada bayi, lantas tidak hairanlah susu lembu merupakan antara alahan makanan paling umum yang dialami oleh kanak-kanak.”

Bagi bayi yang menghadapi CMPA macam cik sHaz, susu rumusan soya adalah pengganti bagi susu lembu. Namun, ini bukanlah jalan penyelesaian atau penawar kerana tiada penawar CMPA yang berjaya ditemui setakat ini.

*” Formula berasaskan soya mula diberikan kepada bayi-bayi CMPA pada tahun 1929 oleh Hill & Stuart, disyorkan sebagai pilihan dan alternatif pertama kanak-kanak dengan keadaan ini.”

*” Jika bayi diberikan susu ibu sepenuhnya, ibu yang menyusukan perlulah mengelakkan produk tenusu daripada pemakanan mereka”

Namun, hanya sebilangan kecil pesakit yang membawa alahan tersebut sepanjang hayat mereka.

*” Tetapi, jika susu lembu dikecualikan terus daripada diet selama dua hingga tiga tahun, kanak-kanak itu mungkin mempunyai peluang untuk bertoleransi dengan susu pada amaun yang lebih kecil lagi.”

Dan ALHAMDULILLAH setelah bertahun kini cik sHaz boleh minum susu lembu atau mana-mana produk tenusu yang terdapat di pasaran. Masalah ekzema juga semakin kurang cuma kena sentiasa berhati-hati ketika makan sebab cik sHaz tetap alah dengan seafood. Walaupun dah boleh tolerate dengan susu lembu, SOYA BEAN tetap FAVERET!!!! [hehehe]

"sHaz, ko mengelamun apa???? Jawab ar questionnaire aku ni... siapkan dulu, then kite g tengok Harry Potter"

*berikut adalah petikan daripada akhbar m2 Mingguan Malaysia, Ahad 17 Julai 2011.

cik sHaz nak buat pancake, tapi jadi lempeng mini... 


Thursday, July 14, 2011

MEMORIES are precious... the good one of course!!!

Memories Lyrics
Artist(Band):Within Temptation

[Whisper] Memories, memories, memories

In this world you tried
Not leaving me alone behind
There's no other way
I'll pray to the gods: let him stay

The memories ease the pain inside
Now I know why

[Chorus:]
All of my memories
Keep you near
In silent moments
Imagine you'd be here
All of my memories
Keep you near
The silent whispers, silent tears

Made me promise I'd try
To find my way back in this life
I hope there is away
To give me a sign you're okay
Reminds me again
It's worth it all
So I can go home

[Chorus]

Together in all these memories
I see your smile
All the memories I hold dear
Darling you know I love you till the end of time

[Chorus]

**********************************************************

Personally this song a bit sad for me... and yeah, it's a love song. Sweet memories really ease your pain. But the bitter one really taught you something, and yes, make your pain bleed again. However, no matter what, MEMORIES are the first thing you look for when you are alone. 
[cloud nine mode]

p/s: to listen the song, check on my cute Hello Kitty widgetz.... ;)

Monday, July 11, 2011

kesian DEAR, sakit eh......

batuk + soar throat + pening + sakit perut = terbaek punyer!!!

Hari ni cik sHaz terpaksa merehatkan diri di dalam rumah + bilik lebih lama daripada biasa. Nak memulakan aktiviti membaca agak tak larat mata ni nak membaca baris-baris ayat. Penyudahnya, dari subuh hingga ke petang cik sHaz duduk bawah selimut. [selimut cik sHaz cantik tau]

Tapi jam 11 am cik sHaz digegarkan dengan suara merdu Bruno Mars di sisi telinga kanan....

"Orang Hensem"

Itu yang tertera dipaparan skrin telefon bimbit cik sHaz.

"hello dear...... ya ALLAH tido lagi ker?"
"ha'ah...."
"orang on-the-way nak hantar dah ni"
"eh, jap-jap..... bagi saye mandi dulu" [mata yang pejam terus celik]
"ok, i give you 20 minutes..... 20 minutes!"
"ok!"

Dengan pantas cik sHaz bangun keluar dari selimut menuju ke bilik mandi. hilang sekejap pening + sakit perut. Batuk dan Soar Throat masih tak hilang-hilang.

Kurang dari 15 minit cik sHaz dah chanteq dan wangi.... hehehehe

"ok... sy dah chanteq & wangi" 

Bruno Mars nyanyi lagi....

"dear, umah you kat mane yer?"

Panduan arah ke rumah cik sHaz dijelaskan dan Orang Hensem pun sampai dengan jentera putihnya. Tersenyum.

Barang yang dimaksudkan, diserahkan. Kami beramah mesra. Tatkala itu masing-masing menyatakan kerinduaan masing-masing akibat terlalu lama tak bersua muka. Dan muncullah soalan ini.

"dear, you ni sihat tak??? apa sal makin kurus jer?"

cik sHaz kurus???? Ammmaigaaad!!!!

entahlah wahai Orang Hensem, bukan awak seorang yang berkata begitu. Bonda saya pun ada menegur perkara yang sama. Ader jugak yang bersuara di sipi-sipi cuping ini,

"susah hati agaknya budak ni sebenarnya"

" *uhuk...uhuk...uhuk.... eh, sihat alhamdulillah. baru hari ni sakitnye." 

:) senyuman buat Orang Hensem.... thanx for comming to my house... really miss u!!!

miow cik sHaz ;)

p/s: * saye batuk.... maaf... "makan ubat tau!!"

Saturday, July 9, 2011

dikala Syazwani Mohidin bosan....

haaa.... saya sudah bosan...
tambah-tambah lagi dengan soar throat yang mernyerang.
alahai.....

aper nak citer hari ni???
disebabkan saya tiada bahan cerita, dan hanya membosankan diri dan inilah hasilnya....
saya dah 'renew'kan layout blog saya.... hahahahaha

kejap-kejap..... tak lama lagi Harry Potter and Deadly Hollows Part 2 akan mula memeriahkan panggung wayang tempatan.... huhuhuh.... the last episode of Harry Potter... ni kena rate as 'Mesti Tonton'.

hurm.... lately saya ada banyak 'Mesti Tonton' dalam senarai televisyen.
1. Juvana (Isnin 9 p.m)
2. Grey's Anatomy (Selasa 8 p.m)
3. Khurafat- setiap mayat ada ceritanya (Baru kat AstroRIA)

yang selebihnya, ambil remote tekan saja.... pasti ada cerita best-best muncul (huhuhhu)

ape-ape pun, harap masing-masing enjoy ngan layout ni... :) thank yOu!!!

my next reading material, Insya ALLAH (rentakartis.com)

p/s: malam ni nak tonton Zahiril Adzim kat PRIMA kul 10pm.... hehehehe

wedding ADIB & NOOR 09/07/2011

went a wedding of my friend at Kajang... Adib and I use to work together at KNCC and this is his wedding.
Congratulations ADIB & NOOR!!!!!

May Allah bless both of you and I wish you happily ever after......





first time sHaz menepung tawar pengantin... huhuhu






reunion
HAVE A BLAST GENG!!!!