weLcOmE
Strawberry Choclatier... my Life my Story
bY : Syazwani Mohidin
LifE is fUll wIth sWeEt & sOur mOmeNt oR eVen aN idiOtiC mOmeNtO. wElL, wE nEeD cOlOurfUl oF eXpERiEncEs iN oUr LifE. dOn’T LeT yOur LifE dUlL.
Thursday, December 26, 2013
Baca buku pun salah ke?
Sekali Lejen Press dah bersuara. Aku sokong 100%. Sebab aku pun pernah ambil kursus Bahasa Melayu semasa di Universiti. Maklumlah, kebanyakkan uni di Malaysia - English Medium. Even tadika pun English Medium tau! Sejujurnya, bila anda membidangi kursus Bahasa Melayu anda merasakan, "apesal melayu cakap macam ni?" Tapi pensyarah aku bagitau, dalam penulisan ilmiah benda ini penting. Ok aku terima. Sekarang ni aku nak cerita sal novel. Kenapa kita baca novel? Kita nak chill + relaxkan minda. Betul x? (Angguk kan saja.. hahaha!!).
Kalau bahasa macam skema jer, mungkin tak kena dalam tema dan tajuk cerita yang Penulis cuba sampaikan. Penulis mengambil inisiatif (dari mana dtg perkataan ni) untuk melihatkan penulisan mereka santai. Ya, mugkin ramai kurang gemar atau tidak bersetuju dengan gaya penulisan sebegitu. Aku bukan setakat baca hasil karya yang di keluarkan Lejen Press sahaja. Aku pun baca PTS, Alaf 21 dll. Ya aku mengaku, Lejen Press ada gaya tersendiri berbanding yang lain-lain tu. Macam aku kata tadi, Penulis menulis berdasarkan latar belakang penulisan mereka dan genre yang cuba diketengahkan (genre tu mari mana?)
Sebelum ni aku jarang nak beli novel berbahasa melayu. Sebab semuanya sama. Asik-asik plot nya sama. Lelaki kaya mahukan perempuan miskin tetapi terhalang dek pangkat dan darjat. Atau sebaliknya. Oleh itu, aku beralih ke novel-novel berbahasa inggeris. Bukan nak kata kau handal membaca & memahami novel-novel inggeris. Ini semua plot dan gaya cerita yang menarik. Kalau nak kata lambakan buku-buku seangkatan Lejen Press agak keterlaluan ketebukaannya. Novel-novel berbahasa inggeris yang masuk di negara ini tak kurang hebatnya. Ada saja motif Sex & the city. Kenapa lepas jer??? Jawab lah. Opps, tak perlu jawab. Anak MALAYSIA tak layan baca novel English kecuali text book sekolah. (pigi dah!!!!).
Macam mana aku boleh terjebak dengan novel-novel keterbukaan yang keterlaluan yang berbahasa melayu ni? AWEK CHUCK TAYLOR (ACT) karya Nami Cob Nobbler. Novel ini memang bertanggungjawab ke atas aku untuk menjadi kipas-susah-mati Lejen Press. HAHA. Aku beli sebab cover dia ada logo chuck taylor. Sebab aku kipas-susah-mati converse/chuck taylor. Tapi betul lah orang kata "dont judge a book by its cover". Bila baca, minda aku terbuka. Kadang-kadang rasa macam baca buku case study science social zaman uni. Sebab aku belajar Science Social - jadi familiar dengan psychology & all terminology yang wujud di muka bumi ini. Tapi baca-baca.... terus layan & jatuh cinta buat kali pertama dengan novel anak melayu.
Sejak peristiwa ACT, aku terus mencari bahan-bahan yang lain. Dan bermulalah segala koleksi yang sedia ada ni. Ada antara koleksi bakal dipindahkan ke rumah baru rak baru. Yang sedia ada dah tak muat. (macam banyak jer bunyi).
Bagi aku lambakan novel-novel keterbukaan yang keterlaluan yang berbahasa melayu betul mempengaruhi hidup aku. Iaitu kembali menjadi ulat buku. Juga menjadikan aku melihat sekeliling dari perspektif yang berbeza. Itu yang pensyarah-pensyarah aku di UNIMAS cuba ajar dulu. Baru sekarang faham gamaknya! Tapi apa-apa pun, tahniah kepada Lejen Press Fixi Fixi Novo Terfaktab Media Dubook Prees SelutBooks Buku Indie Sang Freud dan yang seangkatan dengannya berjaya menjayakan hasrat negara dengan membudayakan budaya membaca dalam kalangan remaja khususnya.
Buku dulu, berontak kemudian! (SelutBooks.com)
Monday, December 23, 2013
KEEP CALM den ANAK NISMILAN
Ughang luar salah tafsir koba gadih kito bahayo
Lopeh coghai semuo ghoto jadi milik dio
Jangan salah anggap,napo lobihkan pompuan
Sobab laki boleh hidup kalau campak dlm hutan
Zaman dah boghubah, adat di tolan zaman
Dah takdo mewaghisi coghito bertauladan
Apotah laie, mengaku ughang nogori
Bilo tanyo suku mano nak jawab pun tak ghoti
Sunday, December 22, 2013
Red , Wedding & VIOS.
Buat kesekian kalinya, cik sHaz open entry hal wedding lagi. Haha... da macam hobi lak!
Siapa yang tak suka wedding yer tak? KAlau ade yang tak suka pasti dia bermasalah atau fobia dengan wedding. Apekah?
Haha.. tapi bagi cik sHaz. Wedding atau bahasa halusnya Walimatul Urus adalah satu hari kejadian di mana waktu itulah cik sHaz sedaya upaya untuk nampak lebih indah daripada biasa. eh? Bukan sebagai pengantin okey... tetapi sebagai antara jemputan yang hadir.
Kali ini edisi bersama geng TVT (Toyota Vios Tuners) iaitu bukan club cik sHaz tapi club encik Bee. Hehehe....
Kami berkonvoi semuanya. Majlis berlansung di kawasan Kajang. Dalam erti kata lain kami ni sebenarnya orang menghantar. Automatik terus jadi rombongan pihak pengantin lelaki. Sampai di lokasi penuh juga parking lot dengan kereta Vios dan orang-orang yang berpakaian merah. (Harap maaf, cik sHAz x sempat kira ada berapa biji semuanya Vios yang berkumpul). Ada antara ahli yang datang dari Crew Bangi, Shah Alam, PJ dan ade juga dari selatan -> JB.
Sudahlah aku menaip, Enjoy the picture.
Wednesday, December 18, 2013
Lagi cerita tentang BUKU
Ahad lepas (15/12/2013) cik Shaz & encik Bee pergi meninjau kawasan PWTC sempena Expo Buku 1 Malaysia yang berlansung selama 5 hari bermula 11 Dec - 15 Dec. Memang ohsem wa cakap lu!!!
well, ni sebenarnya pertama kali, sebelum ni tak pernah menjejakkan kaki di PWTC apetah melibatkan diri di mana book fair begini. Sebab sebelum ni memang tak sempat nak join. Maklumlah, dulu nak ke KL tu macam susah sangat. Tambah-tambah lagi faktor kewangan. Dan sebelum ni pula cik Shaz menetap di Bumi Kenyalang, memang x sempat nak join mane-mane book fair sebegini.
Tapi kini. Kuasa di tangan cik Shaz. Anyway thank to my encik Bee sebab sudi menjadi peneman setia. TETAPI... tujuan utama cik Shaz beria sangat nak pergi ke sana sampai drag dalam status (boleh tengok kat IG / FB sepanjang minggu tu) sebab nak serbu booth #JelajahLejenFixi - Terfaktab Media - Dubook - dan BUKU INDIE serta yang seangkatan dengannya... dan satu lagi, leh jumpa penulis-penulis buku-buku fav cik Shaz minta otograf.... :)
Hurm.. asik membebel jer mcm tak best kan... so korang tonton gambar jer lah kan...
ha... ni salah seorang penulis fav cik Shaz.
encik AISA LINLUNG penulis Sperma Cinta, Sengih Kerang, Jusoh Turbo dan yang terbaru kolaborasi bersama Nami Nobb Cobbler - Dendam Anak Jagoan. Aisa Linlung juga adalah owner Lejen Press.
Actually, masa cik Shaz berada di booth #JelajahLejenFixi dia yang cik Shaz jumpa, sebab lepas cik Shaz balik bru nampak Nami datang post dlm IG. Alahai... tak sempat jumpa si penulis Awek Chuck Taylor, Lelaki Eksistensial, Rokok Nan Sebatang, Bayang, Diorama Eksisten.. Tapi cik Shaz sempat rembat novel terbaru Nami - Pengejar Bintang. Adakah cik Shaz hard core karya NAMI???
Antara keistimewaan sepanjang book fair di booth #JelajahLejenFixi Lejen Press memperkenalkan membership card kepada kipas-susah-mati mereka semua tanda terima kasih. Dengar cerita sekarang da boleh apply online di http://shop.lejenpress.com
kepada sesiapa yang berminat. RM20.00 setahun boleh dapat sehingga 15% diskaun katanya. sebarang info lanjut sila ke website mereka http://lejenpress.com
Selesai di PWTC encik Bee ajak jalan-jalan sampai ke Time Square... Kebetulan cik Shaz check in dlm FB, kawan lama cik Shaz di UNIMAS mmg best friend forever la kalau orang tengok.. skali dia whats app ajak lepak sama. Huhu.. last kita orang jumpa masa konvo 2011. Almost 3 years lah kot. Ini lah dia Aizuddin Siron my driver my companion di UNIMAS. Kawan sama-sama tunggu bus nak gi kelas, lepak sampai malam kat library nak buat assignment, jumpa supervisor, jadi driver bila jalan-jalan di Kuching... hahaha... he is one best male friend of mine... hahaha...
Semua ini terima kasih kepada encik Bee cik Shaz yang sudi menjadi peneman setia dan menjadikan segala gomelan cik Shaz sepanjang minggu tu kepada kenyataan... Tanpa dia mungkin semua ini tidak berlaku dan hanya dalam mimpi saja. Thank you sayang.... you are the best!!!
Inilah sebuah kenangan terindah.
Wednesday, November 13, 2013
Kereta oh kereta : nak beli kereta tapi...
Cik shaz nk beli kereta lagi ke?
Tiba tiba aku mula ingat lirik si altimet & awi rafael ni " kita pergi kedai kereta kita kita beli kedai kereta " - itu kalau aku kaya...
Kalau yg x berapa nak kaya & sederhana spt cik shaz ni.... mungkin tidak.
Entri kali ni terpacul dari status status dan perbualan harian cik shaz bersama kawan kawan di FB mahupun kedai kopi. Tajuk nya -> kereta mana perlu aku pilih. Masalah yg timbul:
1. Kereta mana yang best?
2. Kereta mana yang x makan byk minyak?
Jawapan soalan 1
Memang takkan dpt sole answer pd soalan ni. Kalau ditanya kepada pemilik myvi -> da tentu dia kata myvi is the best sbb tag line dia pun "Lagi Lagi Best". Begitu jugak dengan pemilik vios, proton dan seumpamanya... penyudahnye org yg nk beli kereta tu yg konpius..
Jalan penyelesaian
1. rajin2kan lah g buat survey atau collect flyers kereta yang anda berkenan kemudian compare what is best what is not.
2. Hadirkan diri ke showroom pusat jualan kereta dan test drive. Then you will know how is the feeling.
Jawapan soalan 2.
Yang ni, boleh dikatakan semua jenis kenderaan yg tercipta menggunakan minyak untuk beroperasi bezanya ant diesel & petrol. Walaupun kereta anda adalah hybrid. Lain la kalau ade nanti yang menggunakan minyak angin atau minyak sawit... tapi x mustahil... jadi, jawapan kpd soalan no 2 tu... boleh menimbulkan soalan ini pula-> kereta apa yang x makan minyak selain kereta tolak?
Jalan penyelesaian
1. Fahami keadaan kereta yang anda bercadang untuk membeli. Ketahui bakal kereta anda tu makan minyak jenis apa - diesel / petrol?
2. Bertanya kpd mereka yg betul2 pakar mengenai kereta terutama mengenai enjin. Mungkin boleh membantu.
3. Rajinkan diri buat survey dengan kawan kawan yang sudah pun berkereta... hehehe
Walau pun perkara ni nampak macam remeh. Tapi perkara sebenar bila seseorang nak membeli kereta mereka lupa nak tanya.
1. Budget bayaran bulanan.
2. Down payment.
Dua perkara ni yang perlu menjadi asas sebelum membeli kereta. Kemudian bolehlah anda menjawab kedua dua soalan di atas tadi. Bila 2 perkara ni dah set anda dah tau kereta apa yang best untuk anda dan berapa perbelanjaan minyak anda sebulan... akhir sekali berdoalah supaya bank meluluskan loan anda...
Segala yang diceritakan adalah 100% daripada pengalaman cik shaz sendiri semasa membuat keputusan untuk membeli snowtrooper. ♥
Friday, October 25, 2013
Gedebak gedebuk habuk pon tara!!!
Ape motip entri aku kali ni?
Owh yeah, pasal jemputan nikah kahwin & pertunangan. Aku scroll down satu satu picture kenalan FB aku & IG aku. " da nk nikah da dia ni. Tahniah!" Itu dlm hati aku... sekali pandang, macam senang jer kan diorang ni semua buat majlis kenduri. Dengan hantaran yg indah mata memandang, decoratioan yg sweet, pakaian yg anggun. Owh.... its so ohsem!!!
Yes, aku terfikir. Mampukah aku? Buka akaun, cek balance..... sedikit keciwa. Tengok payslip tiap tiap bulan. Chantek jer.... kalau kumpul nilainye dlm berpuluh ribu leh dapat setahun. Tapi itu kalau kira nilai kasar nya. Bila dihitung nilai halus.... ini la aku kata " gedebak gedebuk habuk pon tara ". Tapi ada orang kata, kalau kita dah niat nk bernikah... akan ada rezekinya. Insya allah.
Hakikat yang dapat aku belajar, lebih besar nilai payslip kamu tiap tiap bulan, maka lebih besar juga nilai perbelanjaan kamu tiap tiap bulan. Ya, bijak dalam berbelanja. Aku ni da habis bijak berbelanja... tapi masih jauh lagi mencapai target. Letih tau... tapi, " no pain no gain la kawan". Biarla bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian. Janganlah menjadi 'gedebak gedebuk habuk pon tara'. Haha....
In the name of ALLAH most gracious most merciful.... i am next. In sha Allah! ♥
Monday, October 21, 2013
Wednesday, October 2, 2013
Buku Lejen Buku Fixi . part 2
Setakat yang terkumpul :
Bogel Menuju Tuhan
Sumbat
Kougar + Tabu
Kelabu
Cerpen
Awek Chuck Taylor
KasaRnova
Sperma Cinta
Sengih Kerang
Seyogia
BABI
Lelaki Eksistensial
Kontrol Histeria
Rokok Nan Sebatang
Wanita Kimono Merah
Akan bertambah lagi kemudian hari
Buku Lejen Buku Fixi
Sudah lama cik sHaz tidak meluahkan perasaan pada Si Blogger ni... Maaf yer Blogger bukan sengaja cik sHaz tinggalkan kamu. Tapi kesibukkan di pejabat tambahan pula keterhadan masa untuk bersama kamu antara puncanya. Sejak cik sHaz sudah tidak memiliki laptop -sbb laptop cik sHaz abang ku yang guna skg - agak sukar untuk cik sHaz kemas kini pada kamu. Cik sHaz tahu kamu cemburu cik sHaz kini lebih rapat bersama Facebook & Instagram. Bukan apa... sejak di pejabat menyekat pelayaran ke Blogger, agak sukar untuk kemas kini. Tapi untuk Facebook & Instagram mereka ada dalam aplikasi telefon pintar. Masa itu cik sHaz belum jumpa lagi Blogger dalam Play Store. Di pendekkan cerita kini cik sHaz sudah boleh kemas kini Blogger dengan telefon pintar. Hebat bukan?! -hehe-
Buku Lejen Buku Fixi
Bukanlah tajuk filem ke ape. Ini adalah book publisher yang semakin terkenal di dalam hati cik sHaz. Macam mana boleh jatuh hati? Bermula dengan niat suka-suka nak beli novel sementara menunggu seseorang di pasar raya - Awek Chuck Taylor. Ya itulah 1st novel yang memperkenallan cik sHaz kepada Lejen Press & FIXI. Sejak hari itu, cik sHaz mula berjinak membaca novel Bahasa Melayu. Sebab sebelum ni betul betul novel BM yang cik sHaz beli & baca adalah novel grafik drpd Gempak Starz. Haha. Dan selepas mengetahui siapa Lejen Press & FIXI maka sejak itu jugalah bilik cik sHaz mula dipenuhi dgn hasil-hasil karya penulisan 'indie' berbahasa melayu ini. Maka, satu lagi pelaburan duit gaji cik sHaz. Hebat bukan?
Ok lah. Sampai sini dulu.
Bye.
Monday, August 19, 2013
White dress, hand bouquet with love... in sha Allah
Da mcm iklan tora lak.... hahaha... yer kemeriahan syawal masih terasa hingga hari ini. Selagi tak sampai 30 syawal maka kita masih merayakannya.
SyazwaniMohidin
Saturday, July 27, 2013
Pengumuman!!!!
Suka cita di maklum kan. Pot luck iftar kita akan diteruskan esok seperti yang dirancang. Sblm tu, saya syazwani mohidin nk minta maaf kat kawan2 semua sekiranya ada salah dan silap terkasar bahasa ke ape.. masing2 da semakin tua. Xpayah nak merajuk lama2 dgn member2. Kutuk mengutuk ant member tu prk biasa... sbb lepas tu member balik... itu la nmenye budyzz... hahaha... merepek da!
Wednesday, July 24, 2013
Life is never perfect...
Sudah 15 ramadhan... bermakna sudah 15 hari kita umat islam berpuasa. Dan aku, 15 hari sudah aku berpuasa penuh. Alhamdulillah.
Life is never perfect. Yes... hidup ini tak selalunya indah atau pun sempurna. Tapi yang menyempurnakannya banyak. Kamu semua fikirkan la apa yang menyempurnakan hidup kamu semua. Bagi aku, masih ada yang belum sempurna.
Sempurnakanla amalan dan ibadat mu sebelum mula meminta sesuatu kesempurnaan.
Ingatan tuk diri sendiri. In sha Allah. Amin ya rabbal al amin...
Monday, June 10, 2013
DWIHATI
Assalamualaikum.....
Lama juga tak singgah sini untuk berceloteh. Bz sangat lah kononnyer.
Hurm... baru habis cuti sekolah. Macam biasa bila cuti sekolah datang, Walimatul Urus pun sampai.
Dan tugas cik sHaz dari dulu hingga hari ini -> memenuhi jemputan.
Nak di pendekkan cerita, tahun ni bagaikan tahun yang paling ramai geng sebaya cik sHaz menamatkan zaman bujang. Yang dah bernikah, tahniah. Dan tahniah juga yang halfway = bertunang.
cik sHaz... bile lagi? Soalan yang tak kan pernah tamat. Tunggu jer lah yer. Nanti cik sHaz jemput.
For now, jom cuci mata dan layan lagu baru Aizat & Yuna - DWIHATI. (romantik sungguh lagu ini)
Sunday, April 21, 2013
Arang dan Laut...
Huhu.. entry from office. Curi masa sikit sebelum start selak2 dokumen.
Penat semalam belum sempat habis lagi. Setelah seminggu merancang, akhirnya hari kejadian pun tiba. Cik Shaz and the gang (Kud-Halim-Nita-Hakim-Bob-Shima-Zan-Fifi-cik Shaz-Bumble Bee) telah pun melakukan our first BBQ trip!!! - seriously, ini memang yang 1st BBQ we organized by our own.
At first mase planning nampak macam senang jer. Beli arang, ayam dan bahan-bahan lain. Tapi sejujurnya preparation untuk event ini memang penat- sebab tiada pengalaman. Sampaikan pada hari kejadian awal pagi mata tengah mamai jawab phone call--- "Shaz, aku rasa mee hun tak sempat siap!" ---- Terus segar! Biar betul??? Tapi alhamdulilah. Segalanya berjaya diselesaikan. Disebabkan nak mee hun punya pasal, ada antara ahli terpaka delayed jadual perjalanan mereka. --- Lesson leant.
Berkumpul di Pertonas Mambau - 2 FLX, 1 MYVI, 1 Vios & 1 Lamborgini kaler kuning --- hahaha...
Semuanya bergerak menuju ke Port Dickson. Tempat kejadian di Pantai Purnama. Pilih kawasan, set up tempat, start fire up the arang. Nak start arang memang hebat masing-masing ni. Macam-macam idea keluar.
Cik Shaz...? Mengambil peluang menikmati panorama lautan yang terbentang luas yang seakan-akan memanggil --- "mari....mari...." . Rasa nak terjun. Alhamdulillah cuaca semalam sangat terbaik. Pandai korang pilih hari!
Apa-apa pun... semalam memang cik Shaz having fun. Bakar-Makan-Mandi-Makan....
Tapi dah macam signature event bila bersama mereka ni ---> KARAOKE! Selesai di laut, kami semua menuju ke Seremban Parade.... That our last destination for the day.... Nyanyi sampai puas!!!
Thanks guys, for the great day.
Sunday, April 7, 2013
Weekend with them! edisi 070413
Weekend ni memang giler kentang! Hangout ngan bebudak separuh akal and 'ofkos' they my beloved ones!
Memulakan aktiviti yg boleh kira wajib tika bersama diorg -> KARAOKE
But this time.... ade kelainan sikit. After karoks, we go to see the beach! Ini semua idea cik Kud yang teringin sangat nak tengok laut katanya.... so we went to PD Waterfront to enjoy the sea view. Anyhow, this weekend seem to be the best weekend with them...
Me, Kud, Bob, Zan, Halim (cinta hati kud) & Din a.k.a *Naruto (cinta ati den *hahaha) really enjoying the day. Thanx guys for make it happened!!!
Monday, March 18, 2013
MYVi S Series : 1.3 SE
Ini memang cik sHaz jeles habis-habisan. Kenapa lambat kuar???!!!
Design memang mantap - SE element. Harga tak jauh beza ngan snowtrooper cik sHaz.. Sape beli yang ni memang berbaloi... Anyway Happy 20th Anniversary Perodua!
Wednesday, March 13, 2013
it has been a while!!!
It has been a while since my last entry. A bit busy with work & others stuffs...
Still working at the same place with more pressure and more workload... But alhamdulillah still manage to endure it.
Love life???
Happy and much happy!!! Still counting will be or not to be... In shaa Allah. If he is the one. Anything can happened. Cannot dream to high on this. But to dream for it no harm would occur.
Still don't have a solid issue right now. Just thinking of 'comeback' in blogging. Later okay. Meanwhile, enjoy this.
Credit to Mr.Mazli, my IT Exec. This, his son Naufal sang a most beautiful lullaby song for his sister Ariana. Haha... Sweet huh?!
Tuesday, January 8, 2013
2013 : Happy New Year
Well, new year seem NEW to me. Hahaha....
Alhamdulillah last December - Dec 2012 seem to be the best December ever! Beside my age has add another year. But the memories lies there is sweet. :)
Start with my one and only Snowtrooper. All great things happens there. And, I met someone. Someone that really steal my heart away. Really hope this time thing will go smoothly. Insya Allah.
Seem my age has turn 25. I have 5 more years before i reached 3 series. Within that, there is a lot of thing i want to achieve. One - mission has accomplish. Next is upcoming... Insya Allah everything will goes well. Start to re-planning what that have been pending.
Let the year 2013 surprise all. Can't wait to feel what will happen this year. Hardworking, doa & tawakal is needed. Hope for the best for this year. Insya Allah.
To my dearest, thank you. The video is for u!
Love,
SyazwaniMohidin