weLcOmE

Strawberry Choclatier... my Life my Story

bY : Syazwani Mohidin

LifE is fUll wIth sWeEt & sOur mOmeNt oR eVen aN idiOtiC mOmeNtO. wElL, wE nEeD cOlOurfUl oF eXpERiEncEs iN oUr LifE. dOn’T LeT yOur LifE dUlL.


Wednesday, December 18, 2013

Lagi cerita tentang BUKU

EXPO BUKU 1 MALAYSIA @ PWTC

Ahad lepas (15/12/2013) cik Shaz & encik Bee pergi meninjau kawasan PWTC sempena Expo Buku 1 Malaysia yang berlansung selama 5 hari bermula 11 Dec - 15 Dec. Memang ohsem wa cakap lu!!!

well, ni sebenarnya pertama kali, sebelum ni tak pernah menjejakkan kaki di PWTC apetah melibatkan diri di mana book fair begini. Sebab sebelum ni memang tak sempat nak join. Maklumlah, dulu nak ke KL tu macam susah sangat. Tambah-tambah lagi faktor kewangan. Dan sebelum ni pula cik Shaz menetap di Bumi Kenyalang, memang x sempat nak join mane-mane book fair sebegini.

Tapi kini. Kuasa di tangan cik Shaz. Anyway thank to my encik Bee sebab sudi menjadi peneman setia. TETAPI... tujuan utama cik Shaz beria sangat nak pergi ke sana  sampai drag dalam status (boleh tengok kat IG / FB sepanjang minggu tu) sebab nak serbu booth #JelajahLejenFixi - Terfaktab Media - Dubook - dan BUKU INDIE serta yang seangkatan dengannya... dan satu lagi, leh jumpa penulis-penulis buku-buku fav cik Shaz minta otograf.... :)

Hurm.. asik membebel jer mcm tak best kan... so korang tonton gambar jer lah kan...

ha... ni salah seorang penulis fav cik Shaz.
encik AISA LINLUNG penulis Sperma Cinta, Sengih Kerang, Jusoh Turbo dan yang terbaru kolaborasi bersama Nami Nobb Cobbler - Dendam Anak Jagoan. Aisa Linlung juga adalah owner Lejen Press.

Actually, masa cik Shaz berada di booth #JelajahLejenFixi dia yang cik Shaz jumpa, sebab lepas cik Shaz balik bru nampak Nami datang post dlm IG. Alahai... tak sempat jumpa si penulis Awek Chuck Taylor, Lelaki Eksistensial, Rokok Nan Sebatang, Bayang, Diorama Eksisten.. Tapi cik Shaz sempat rembat novel terbaru Nami - Pengejar Bintang. Adakah cik Shaz hard core karya NAMI???


Antara keistimewaan sepanjang book fair di booth #JelajahLejenFixi Lejen Press memperkenalkan membership card kepada kipas-susah-mati mereka semua tanda terima kasih. Dengar cerita sekarang da boleh apply online di http://shop.lejenpress.com 
kepada sesiapa yang berminat. RM20.00 setahun boleh dapat sehingga 15% diskaun katanya. sebarang info lanjut sila ke website mereka http://lejenpress.com

Selesai di PWTC encik Bee ajak jalan-jalan sampai ke Time Square... Kebetulan cik Shaz check in dlm FB, kawan lama cik Shaz di UNIMAS mmg best friend forever la kalau orang tengok.. skali dia whats app ajak lepak sama. Huhu.. last kita orang jumpa masa konvo 2011. Almost 3 years lah kot. Ini lah dia Aizuddin Siron my driver my companion di UNIMAS. Kawan sama-sama tunggu bus nak gi kelas, lepak sampai malam kat library nak buat assignment, jumpa supervisor, jadi driver bila jalan-jalan di Kuching... hahaha... he is one best male friend of mine... hahaha...




Semua ini terima kasih kepada encik Bee cik Shaz yang sudi menjadi peneman setia dan menjadikan segala gomelan cik Shaz sepanjang minggu tu kepada kenyataan... Tanpa dia mungkin semua ini tidak berlaku dan hanya dalam mimpi saja. Thank you sayang.... you are the best!!!

Inilah sebuah kenangan terindah.

No comments:

Post a Comment