weLcOmE

Strawberry Choclatier... my Life my Story

bY : Syazwani Mohidin

LifE is fUll wIth sWeEt & sOur mOmeNt oR eVen aN idiOtiC mOmeNtO. wElL, wE nEeD cOlOurfUl oF eXpERiEncEs iN oUr LifE. dOn’T LeT yOur LifE dUlL.


Wednesday, October 2, 2013

Buku Lejen Buku Fixi

Sudah lama cik sHaz tidak meluahkan perasaan pada Si Blogger ni... Maaf yer Blogger bukan sengaja cik sHaz tinggalkan kamu. Tapi kesibukkan di pejabat tambahan pula keterhadan masa untuk bersama kamu antara puncanya. Sejak cik sHaz sudah tidak memiliki laptop -sbb laptop cik sHaz abang ku yang guna skg - agak sukar untuk cik sHaz kemas kini pada kamu. Cik sHaz tahu kamu cemburu cik sHaz kini lebih rapat bersama Facebook & Instagram. Bukan apa... sejak di pejabat menyekat pelayaran ke Blogger, agak sukar untuk kemas kini. Tapi untuk Facebook & Instagram mereka ada dalam aplikasi telefon pintar. Masa itu cik sHaz belum jumpa lagi Blogger dalam Play Store. Di pendekkan cerita kini cik sHaz sudah boleh kemas kini Blogger dengan telefon pintar. Hebat bukan?! -hehe-

Buku Lejen Buku Fixi
Bukanlah tajuk filem ke ape. Ini adalah book publisher yang semakin terkenal di dalam hati cik sHaz. Macam mana boleh jatuh hati? Bermula dengan niat suka-suka nak beli novel sementara menunggu seseorang di pasar raya - Awek Chuck Taylor. Ya itulah 1st novel yang memperkenallan cik sHaz kepada Lejen Press & FIXI. Sejak hari itu, cik sHaz mula berjinak membaca novel Bahasa Melayu. Sebab sebelum ni betul betul novel BM yang cik sHaz beli & baca adalah novel grafik drpd Gempak Starz. Haha. Dan selepas mengetahui siapa Lejen Press & FIXI maka sejak itu jugalah bilik cik sHaz mula dipenuhi dgn hasil-hasil karya penulisan 'indie' berbahasa melayu ini. Maka, satu lagi pelaburan duit gaji cik sHaz. Hebat bukan?

Ok lah. Sampai sini dulu.
Bye.

No comments:

Post a Comment