weLcOmE

Strawberry Choclatier... my Life my Story

bY : Syazwani Mohidin

LifE is fUll wIth sWeEt & sOur mOmeNt oR eVen aN idiOtiC mOmeNtO. wElL, wE nEeD cOlOurfUl oF eXpERiEncEs iN oUr LifE. dOn’T LeT yOur LifE dUlL.


Wednesday, November 13, 2013

Kereta oh kereta : nak beli kereta tapi...

Cik shaz nk beli kereta lagi ke?
Tiba tiba aku mula ingat lirik si altimet & awi rafael ni " kita pergi kedai kereta kita kita beli kedai kereta " - itu kalau aku kaya...

Kalau yg x berapa nak kaya & sederhana spt cik shaz ni.... mungkin tidak.

Entri kali ni terpacul dari status status dan perbualan harian cik shaz bersama kawan kawan di FB mahupun kedai kopi. Tajuk nya -> kereta mana perlu aku pilih. Masalah yg timbul:

1. Kereta mana yang best?
2. Kereta mana yang x makan byk minyak?

Jawapan soalan 1
Memang takkan dpt sole answer pd soalan ni. Kalau ditanya kepada pemilik myvi -> da tentu dia kata myvi is the best sbb tag line dia pun "Lagi Lagi Best". Begitu jugak dengan pemilik vios, proton dan seumpamanya... penyudahnye org yg nk beli kereta tu yg konpius..

Jalan penyelesaian
1. rajin2kan lah g buat survey atau collect flyers kereta yang anda berkenan kemudian compare what is best what is not.
2. Hadirkan diri ke showroom pusat jualan kereta dan test drive. Then you will know how is the feeling.

Jawapan soalan 2.
Yang ni, boleh dikatakan semua jenis kenderaan yg tercipta menggunakan minyak untuk beroperasi bezanya ant diesel & petrol. Walaupun kereta anda adalah hybrid. Lain la kalau ade nanti yang menggunakan minyak angin atau minyak sawit... tapi x mustahil... jadi, jawapan kpd soalan no 2 tu... boleh menimbulkan soalan ini pula-> kereta apa yang x makan minyak selain kereta tolak?

Jalan penyelesaian
1. Fahami keadaan kereta yang anda bercadang untuk membeli. Ketahui bakal kereta anda tu makan minyak jenis apa - diesel / petrol?
2. Bertanya kpd mereka yg betul2 pakar mengenai kereta terutama mengenai enjin. Mungkin boleh membantu.
3. Rajinkan diri buat survey dengan kawan kawan yang sudah pun berkereta... hehehe

Walau pun perkara ni nampak macam remeh. Tapi perkara sebenar bila seseorang nak membeli kereta mereka lupa nak tanya.
1. Budget bayaran bulanan.
2. Down payment.

Dua perkara ni yang perlu menjadi asas sebelum membeli kereta. Kemudian bolehlah anda menjawab kedua dua soalan di atas tadi. Bila 2 perkara ni dah set anda dah tau kereta apa yang best untuk anda dan berapa perbelanjaan minyak anda sebulan... akhir sekali berdoalah supaya bank meluluskan loan anda...

Segala yang diceritakan adalah 100% daripada pengalaman cik shaz sendiri semasa membuat keputusan untuk membeli snowtrooper. ♥

No comments:

Post a Comment