weLcOmE

Strawberry Choclatier... my Life my Story

bY : Syazwani Mohidin

LifE is fUll wIth sWeEt & sOur mOmeNt oR eVen aN idiOtiC mOmeNtO. wElL, wE nEeD cOlOurfUl oF eXpERiEncEs iN oUr LifE. dOn’T LeT yOur LifE dUlL.


Wednesday, August 24, 2011

kEciK hAti kAmi... tApi kAmu Lagi mEmaLukAn....

Hurm..... entri kali ini diambil daripada laman sesawang akhbar secara talian - UTUSAN MALAYSIA. Nama dah BESAR tapi masih KECIL dalam hal membuat 'kerja rumah' yang baik.....

Arkib: 24/08/2011

Fatanah mohon bantuan ke Universiti Sains Sarawak
FATANAH Azmi menunjukkan surat tawaran Unimas di rumahnya di Kampung Kandis Bachok, baru-baru ini.

BACHOK 23 Ogos - Hasrat seorang lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan Badak di sini, untuk menyambung pelajaran ke menara gading September depan mungkin tidak kesampaian kerana keluarganya tidak mampu menyediakan tiket penerbangan dan yuran pengajian.

Fatanah Azmi, 20, dari kampung Kandis di sini berkata, berdasarkan keputusan STPM tahun lalu, dia layak menyambung pelajaran ke Universiti Sains Sarawak (Unimas) dan pendaftaran adalah pada 6 September ini.
Bagaimanapun katanya, disebabkan lokasi pengajian di Sarawak yang memerlukan dia menyediakan tiket kapal terbang dan yuran pengajian RM1,414, keluarganya tidak mampu menyediakan perbelanjaan tersebut.
"Selepas mendapat tawaran tersebut pada pertengahan bulan lalu, saya cukup gembira kerana cita-cita meneruskan pengajian ke menara gading akan menjadi kenyataan, tetapi memandangkan lokasinya jauh dan perbelanjaan yang tinggi, saya berasa kecewa.

"Keluarga saya hanya bergantung hidup pada pendapatan bapa sebagai nelayan yang tidak menentu. Emak pula tidak bekerja dan hanya menjadi suri rumah," katanya ketika ditemui di rumahnya, kelmarin.
Fatanah merupakan anak keempat daripada 10 beradik bagaimana pun tidak berputus asa dan memohon mana-mana pihak agar dapat membantunya meneruskan pengajian.
"Saya telah menghantar borang rayuan kepada Unit Pusat Universiti (UPU) supaya memberi peluang saya menyambung pelajaran di Semenanjung walaupun saya mempunyai keinginan untuk merantau dan meraih pengalaman di Sarawak.
"Begitu juga dengan permohonan bantuan kepada beberapa pihak di sini yang pernah berjanji akan memberi keutamaan kepada pelajar yang mendapat tawaran ke universiti tetapi masih belum mendapat apa-apa maklum balas," katanya.

Pihak Unimas katanya, menawarkan peluang melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan kepujian (Teknologi Seni Reka) di Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif selama tiga tahun .
"Di dalam surat tawaran tersebut saya juga dikehendaki membayar RM2,492 yuran pengajian setahun manakala selebihnya ditanggung kerajaan RM6,779," ujarnya.


p/s: patut pun bantuan tak release.... mana ado uni tu kat sarawak nih....
       UNIMAS = Universiti MALAYSIA Sarawak.... not Universiti SAINS Sarawak....




No comments:

Post a Comment