weLcOmE

Strawberry Choclatier... my Life my Story

bY : Syazwani Mohidin

LifE is fUll wIth sWeEt & sOur mOmeNt oR eVen aN idiOtiC mOmeNtO. wElL, wE nEeD cOlOurfUl oF eXpERiEncEs iN oUr LifE. dOn’T LeT yOur LifE dUlL.


Friday, February 4, 2011

Xper lah abg, lau mcm ni taun depan jer lah kte jmpe.


“Sayang wat per tu? Abang baru habis meeting, ni on the way nak balik umah. Abang nak tukar baju jap. Sayang pun siap-siap lah, nanti abang datang jemput.”

Tersenyum aku menerima panggilan dari dirinya. Dah lama aku plan nak jumpa, tapi disebabkan kesibukkan tugas masing-masing membuat aku dan dirinya jarang bersua muka, atau lebih tepat lagi, berdating. Hari ini hari Sabtu. Rancangan keluar bersama sepatutnya pada 4 hari yang lalu. Tetapi terpaksa ditangguhkan oleh kerana dirinya yang terpaksa berada di luar kawasan. Rindu jangan cakaplah, sudah semestinya!!!
Jam menunjukkan waktu. “ 11.30 pagi, baik aku gi mandi dulu... tapi sebelum tu pilih baju dulu... haa.. pakai yang ni jer lah”. Lantas aku keluarkan sehelai dress berwarna hitam bersama cardigan yang senada. Hitam itu menawan. Dah... baik aku gi mandi sekarang, nanti terhegeh-hegeh nak bersiap.

Siap mandi. Jam menunjukkan waktu- 11.50 pagi. Aku mencapai telefon ku. Tertera ‘1 Message’.

“Syg bt pe 2? Ni dh mndi lum?”
“Bru pas mndi. Abg dh siap ke?”
“Abg bru smpai umah. Td g kdai jap”
“ G kdai? Bli gula2 lah 2”
“hehe... syg g lah siap, nt abg dtg jmput syg”
“ok darling.... “

Sempat beli gula-gula? Gula-gula yang dimaksudkan bukanlah gula-gula yang sebenarnya, tetapi kotak warna merah yang tertera tulisan ‘MARLBORO’ didepannya. Itulah ‘gula-gula’ kegemarannya. Yang paling aku tak suka, tapi dia suka. Eh, bersiap!!!!

Jam menunjukkan waktu – 12.15 pm. Aku dah bersiap sepenuhnya, last touch... perfume. Suka sangat perfume ni. Sudah tentu hadiah dari dirinya. Membelek wajah di cermin. Agak pucat... patutlah lupa nak calitkan lipstick di bibir ku. Dan kini aku sudah siap. Tapi mana dirinya? Aku menyelak langsir dan memerhatikan jalan raya di hadapan jendela ku. Tiada sebarang penunjuk yang dirinya sudah sampai.
Aku mencapai telefon ku dan mendial nombor telefonnya. Tidak berjawab. “ Dia mandi ke or tengah drive?” begitulah fikiran ku. Aku tinggalkan text message kepada dirinya,

“Abg wt pe 2? Da siap lum?”

Sementara menunggu balasan dari dirinya, aku on mp3. Layan lagu jap. Selalunya, jarak dari rumahnya ke rumah ku hanya memakan masa kurang dari 1 jam. Bergantung kepada keadaan jalan raya juga.

Jam menunjukkan waktu – 12.35 pm. Aku memerhati skrin telefon ku, tiada apa yang tertera. Sekali lagi ku mendail nombor telefonnya. Masih tiada jawapan, hanya deringan dan suara manja perempuan operator yang menyahut panggilan aku. “ Mane pulak dia ni? ” hati kecil ku dah mula merasa bengang. Tapi masih bersabar menanti.

Abg!!!!! Abg kt mne? Abg wt pe? Syg kol x jwb... “

Dia ni biar betul. Dah mula wat hal dah. Ni tak lain, tidur lah ni. Ni satu masalah dia, tidur memang ‘tido mati’. Aku makin tak sabar, jam menunjukkan waktu – 1.05pm. Aku mendail dan jawapan yang sama aku terima. Terima kasih awek operator. Aku dah lost count berapa banyak missed call dah aku buat.

Tapi entah kenapa, aku masih sabar menanti kehadirannya. Sebab ini bukan pertama kali terjadi. Aku dah hampir lost count ini kali keberapa. Walaupun dia terlupa waktu, tapi dia tetap datang. Itu yang baiknya tentang dirinya.

Disebabkan dirinya tak muncul, aku masih bersabar menanti. Aku on laptop, untuk meneman waktu bosan ku, menonton movie yang sempat aku save dalam laptop ku. Aku memerhatikan jam , jam sudah menunjukkan waktu – 1.25pm. “ Ini memang dah melampau “

Aku mendial semula nombor telefonnya. Masih jawapan dari awek operator. Aku mengulangi sekali lagi.... AKHIRNYA.. dirinya menjawab panggilan ku. Daripada suaranya, ternyata dia baru sedar dari lena.

“ Sori sayang, abang terlena. Sayang dah siap ke? Dah pukul berape ni? Dalam kul 2 abang datang jumput sayang”.

Hurm.... Entahlah. Jam menunjukkan waktu – 1.30pm. Masih sabar menanti. Sambil menanti aku masih menonton movie. Aku terleka sebentar. Dari kerusi aku beralih ke katil. Menonton sambil meniarap memang syok. Entah kenapa aku terasa berat pula kelopak mata ku. Dan aku terlena.

“AAAARRRRRRGGGGHHHH!!!!!”

Aku terkejut, siapa pula menjerit? Ku tersentak dan perhatikan di depan tu tertera skrin laptop ku. Movie yang ku mainkan tadi sudah diulang tayang kan??? “Alamak!!! Dah pukul brape ni?” . Bergegas aku mencapai telefon. “ Haa.. 2.30 dah!!!! “ belum 2.30 lagi... lagi 5 mimit nk 2.30pm.

Sekejap!!!! DIA??? Aku mendail nombor telefonnya, tidak berjawab. Hampir berpuluh kali aku mendail, sehingga letih jari ku. Aku selak langsir, memerhati jalan raya. Mana tahu kalau-kalau ada dirinya di luar sana. Tapi, tiada.

Aku memeriksa telefon ku, tiada missed call, tiada text messages masuk. Biar betul dia ni??? Aku dah mula hilang sabar. “Sempat aku terlena kau tak nampak batang hidung” itulah kata hati ku. Dan aku menghantar text message kepada dirinya yang menunjukkan aku betul-betul marah.

“ Xper lah abg, lau mcm ni taun depan jer lah kte jmpe. “

Aku mendapatkan laptop ku, mula melayari internet. Macam biasa, melayari laman so-si-al FACEBOOK. Sedang leka aku melayari, aku tersedar yang aku masih memakai dress hitam. Dan jam sudah menunjukkan waktu – 2.45pm. Elok saja aku nak bangun untuk menyalin pakaian, telefon ku berdering, Rihanna buat konsert dalam bilik ku.

“ Sayang abang minta maaf. Sayang buat ape tu?”
“ erm... tak der wat per pun, dok layan movie kat laptop jer”
“sayang dah siap ke? Sayang siaplah, jap lagi abang jemput sayang”
“ ok...”
“bye sayang, I Love U”

Tak lama lepas tu dirinya pun sampai. Jam menunjukkan waktu- 3.10 pm. Dia tersenyum menyambut kedatangan ku ke keretanya. Berulang kali dia minta maaf. Menceritakan padaku sebabnya. Alasan yang telah aku dengar berulang kali. “Abang tertidur tadi”. Aku macam biasa buat muka tak kisah, tapi hati bengang. Dan tiba-tiba dia bersuara, membuat aku mengetip bibir.

“Sekarang ni kita dah masuk tahun baru lah kan. Tahun 2011 lah sekarang ni kan???”

Aku tercengang seketika. Aku mula mendapat ingatan ku semula, text mesagge yang aku hantar pada dia :    “ Xper lah abg, lau mcm ni taun depan jer lah kte jmpe.“

Sabar jer lah melayan kekasih sebegini. Tapi alhamdulillah date pada hari tu berjalan dengan baik.

“Berapa banyak  missed call abang dapat dari sayang?”
“owh... tu? Sikit jer...”
“Berapa?”
“Aderlah... 82 missed call”

*****
Inilah yang dikatakan, bercinta memerlukan kesabaran. Banyak mana kesabaran yang diperlukan? Itu yang kita tak tahu. Walaupun kadang-kala ada situasi yang membuat kita hilang sabar,diri mesti sentiasa diingatkan supaya bersabar. Apabila hilang sabar, maka hilanglah kasih sayang itu. Namun kesabaran juga ada tahapnya, dan jangan mencabar kesabaran. Kalau tidak, mesti ada yang terluka.








1 comment:

  1. muahaha..pernah terjadi kpd saye lor !tp mcm yg dikatekn...bercinta perlu banyakkkkkkkkkkkk bersabar..kalu tak memang dah lame kau ku tinggalkan..huhu

    ReplyDelete