weLcOmE

Strawberry Choclatier... my Life my Story

bY : Syazwani Mohidin

LifE is fUll wIth sWeEt & sOur mOmeNt oR eVen aN idiOtiC mOmeNtO. wElL, wE nEeD cOlOurfUl oF eXpERiEncEs iN oUr LifE. dOn’T LeT yOur LifE dUlL.


Monday, February 7, 2011

CERITERA GADIS KILANG : Masuk Kerja...

HARI INI HARI PERTAMA!!!
Berkobar-kobar, berbunga-bunga jer hati. Excited nak masuk kerja ni. Berdebar-debar pun ada juga.  Teringat lagu dangdut tu.... ‘berdebar-debar hati ku’... camtuhlah lebeh kurang.

Masuk kerja. Happy jer muka. =)

Maklumlah, sudah berbulan menjadi ‘penanam anggur segar’, kini tidak perlu lagi. Sebab sudah ada gunung untuk ditawan. Gununglah sangat.... dan secara rasminya, aku bukan lagi ‘Penanam Anggur Segar’ a.k.a PAS. Apesal cam parti politik lak ni??? Ha...ha...ha... biorkan jerlah...

Pagi dimulakan dengan ceria.

Dimulakan dengan menyapa rakan-rakan lama. Tidak lupa juga kepada bos-bos lama. Terima kasih keran mengupah saya untuk kembali berkhidmat. I LOVE U lah!!!!

Tempat ini bukanlah tempat yang asing bagi ku. Cuma situasi telah berubah. Masih mengekalkan muka-muka yang lama ku kenali dan beberapa penambahan muka baru. Tapi memang berbeza bagi dulu. Jika dahulu aku ibarat ‘Budak ingin belajar’ a.k.a Practical Student. Kini aku ibarat ‘Budak makan ajar’ a.k.a Employee, Workers, Staff... dan seangkatan lah. Sungguh, berbeza sangat peranan dan watak. Cuma kadang-kadang terbawa-bawa watak dan peranan terdahulu. Maafkan aku...

Tugas pertama bermula.

Aku belum dibriefing secara rasmi. Tapi disebabkan muka aku ni bukan lah muka baru, maka tugas pertama diberikan. Tugas aku banyak melibatkan kerja-kerja pejabat iaitu termasuklah update file, update form dan membuat salinan fotokopi. Dan tak lupa juga jawab panggilan masuk dan layan pelanggan yang berkunjung. Oleh itu muka aku perlu setting dalam SENYUM =) mode.

Petang pun bermula.

Dalam tengah-tengah syok gago molah kerja ya (kata orang Sarawak), cabaran sudah datang....
  • Aku dah lupa macam mana nak pas line phone call kepada yang berkenaan. Oh, tedah!
  • Aku dah lupa cara menggunaka mesin fotokopi kat office tuh. Yang memang dari dulu ‘bermusuh’ dengan aku. Sehinggakan aku memberi pet name untuk mesin itu:

                Monster Machine
(sebab mesin ni selalu buat aku kantoi dalam tugasan aku)

  • Ha... yang ni baru. Aku tak tahu ada sistem baru dalam pengrekodan annual leave pekerja. Sebab orang yang sepatutnya brief aku, tak sempat nak brief aku... (oh, Tedah!)

                Rumusan yang sama, Cuma kaedah yang berbeza....

Tapi walau apa pun, semuanya masih ok...lah kot!? Untuk hari ini, terima kasih yang membantu dan terima kasih jugak yang mengusik. Well things seem not as perfect as i imagine it would be. For that i challenged my self – within this week, i will upgrade my efficiency to fully understand , how the company work?

Upgrade? Ingat ni laptop ke? Ha...ha...ha.... biorkan jer lah...

Ape-ape hal pun, hari ini – ‘u make me smile’

Syukran jazilan ya habibi!!!!

p/s: Aku semakin kurus???? OMG....

No comments:

Post a Comment