weLcOmE

Strawberry Choclatier... my Life my Story

bY : Syazwani Mohidin

LifE is fUll wIth sWeEt & sOur mOmeNt oR eVen aN idiOtiC mOmeNtO. wElL, wE nEeD cOlOurfUl oF eXpERiEncEs iN oUr LifE. dOn’T LeT yOur LifE dUlL.


Sunday, January 30, 2011

Fotogerafer

Sepanjang hari langit menangis, maka turunlah  hujan.
Dan aku kesejukan... dan sedikit kesepian. Dalam pada kesejukan ini, aku sempat berchatting dengan seorang kenalan lama melalui laman so-si-al FACEBOOK.
Bertanyakan 'sudah dapat kerja ke belum?'. hurm... aku rasa kalau aku dah dapat kerja, hari-hari ku mungkin tidak sebosan sekarang. Aku rasalah.

hurm... Tujuan kenalan ini menghubungi aku bukanlah sekadar bertanya perkharan aku, tetapi membawa tawaran untuk ku. Kenalan ini menjemput aku berkolaborasi bersama di majlis perkahwinan.
Kolaborasi yang dimaksudkan adalah, join venture tuk satu photo shoot di sebuah majlis perkahwinan....

WOW... itulah bisik hati ku. Pertama kali aku ditawarkan untuk menjadi 2nd fotogerafer... dan ia berada di sebuah majlis perkahwinan. Selama ni pun aku hanya membuat photo shoot di majlis perkahwinan sebagai kenangan peribadi. Dalam erti kata lain... suka-suka. Tapi tawaran ini betul-betul membuat aku teruja. Tapi... mesti ada tapi...

" kau nak suh aku shoot guna pe? kamera pun aku tak de.."

Ya. Sebenarnya aku tidak memiliki kamera yang sesuai. Ketidakmampuan aku dari aspek kewangan menghalang aku untuk memiliki sebuah kamera yang sesuai iaitu sebuah DSLR.

Dan tiba-tiba, aku teringat sesuatu di sudut memori ku. Pernah suatu ketika dahulu, seorang lelaki berkata pada ku, " hurm, suka sangat lah tu. Nanti insya Allah, abang ada rezeki lebih, biar abang hadiahkan sayang satu... ni ke kamera SR tu?" Dia memerhatikan aku ketika aku sedang asyik memerhatikan sesuatu dalam cermin kaca itu. " DSLR lah abang" Dan kata-kata dia pada hari itu membuat aku tersenyum. Bukan sebab janjinya, tetapi aku rasa dia hanya menunjukkan keprihatinan dia.

Namun disebabkan masalah yang tak diduga berlaku. Simpanan yang konon dikhaskan untuk membeli sebuah DSLR untukku terpaksa diusik, demi menyelesaikan masalahnya. Dan aku yang sebelum ini tak pernah tahu, dan kini telah tahu... tak tahu nak berkata apa. Dan tiba-tiba membuat aku terharu. Tak ku sangka dia betul-betul nak hadiahkan pada ku.

" Takperlah abang, sayang boleh beli sendiri nanti. Terima Kasih "

Tapi itu hanyalah di sudut memori ku. Alangkah bagusnya kalau tiada apa yang menghalang, sudah tentu sekarang aku sudah memilikinya. Dan mungkin aku sudah bersiap sedia untuk berkolaborasi bersama kenalan ku tadi. Semua ini membuat aku berfikir, Kita merancang, ALLAH menentukan.

ini hanyalah sementara saja.

p/s: 'macam mane sayang nak beli, sayang tak kerja lagi, mane de RM?'



No comments:

Post a Comment