weLcOmE

Strawberry Choclatier... my Life my Story

bY : Syazwani Mohidin

LifE is fUll wIth sWeEt & sOur mOmeNt oR eVen aN idiOtiC mOmeNtO. wElL, wE nEeD cOlOurfUl oF eXpERiEncEs iN oUr LifE. dOn’T LeT yOur LifE dUlL.


Friday, January 28, 2011

Dalam SAD ada HAPPY...



Nampaknya januari 2011 sudah hampir tamat. Februari 2011 dah tak sabar nak melepaskan kepaknya... ada apa dengan Februari??? Ada hari Wilayah, Chinese New Year dan Valentines day... 

JANUARI 2011
Permulaan yang penuh suka dan duka bagi sHAz... Pembuka tirai 2011 tidaklah seindah yang diharapkan. Tapi apakan daya, hidup harus diteruskan. Bagaikan pasangan... setiap kali suka pasti ada duka. Tiada siapa terduga, begini pengakhirnya.

Tutuplah cerita duka, marilah mulakan cerita suka.
Bagaimana hendak dimulakan????

sHaz kini seorang penganggur... bukan suatu yang ingin sHaz banggakan. Orang di kiri dan kanan sudah mula bising, “ sHaz tak cari kerja ke? Janganlah duk tunggu je... gerak lah sikit “.

Yang bercakap ni pun satu. Kan sHaz dah kata, sHaz tengah mengusahakan. Mungkin rezeki sHaz tidak semudah seperti yang lain. Ingat sHaz duduk diam-diam kat rumah ni suka-suka je ke? Sekarang ada teknologi, mencari kerja lebih mudah. Tapi untuk mendapat panggilan bekerja, tidaklah semudah yang disangkakan.

Hasilnya, masih menunggu jawapan. Dalam masa menunggu, sHaz lebih gemar menghabiskan masa di MPH. Sekarang berada di Seremban. Maka MPH yang selalu menerima kunjungan sHAz sudah tentu di Jusco S2 dan Giant Senawang. MPH, mempersonakan hari ku.... [terlebih sudah].

Terima kasih sHaz ucapkan kepada kakak yang begitu memahami, memberikan duit belanja untuk membeli novel dan graphic novel. Yer, graphic novel, atau dalam bahasa popularnya di Japan, MANGA. sHaz telah kembali semula mencari dan mengumpul graphic novel yang memikat hati. Cuma kali ini agak slow akibat RM adalah terhad. Yerlahkan, dah duk kat rumah, mane nak dapat duit macam mase duk kat  U lagi. 


SOME OF MY COLLECTION 

Sambil-sambil tuh, macam biasalah, penganggur... kalau tak menonton tak sah. Bagi sHaz, rancangan yang menemani hari adalah Awan Dania,Raja Lawak, 6 Progresif, CSI dan Black Butler. 

Dan sHAz akhirnya sudah mula berjumpa dengan cinta baru. Tinggi lampai orangnya. Berwajah serius, tetapi sangat comel bila tersenyum. Memiliki kulit yang cerah dan berambut hitam. Dialah yang bernama SEBASTIAN. Namun sHaz hanya boleh bersua dengan nya hanya pada setiap isnin-jumaat selama 30 minit. Disebabkan rindu yang teramat sangat, sHaz bersua muka melalui internet. Dan kami ditemukan dengan usaha murni mangarush.com.  “YES, MY LORD”


Hahahahaha.... mesti happy giler lau dpt jumpa “SEBASTIAN”....






No comments:

Post a Comment