weLcOmE

Strawberry Choclatier... my Life my Story

bY : Syazwani Mohidin

LifE is fUll wIth sWeEt & sOur mOmeNt oR eVen aN idiOtiC mOmeNtO. wElL, wE nEeD cOlOurfUl oF eXpERiEncEs iN oUr LifE. dOn’T LeT yOur LifE dUlL.


Thursday, June 30, 2011

PISANG....

Macam haram ar lu der.....  !@#$@%@ Lu....
Cik sHaz marah ker???
Aper punya soalan la kau ni... takkan aku ngah happy lak???
Where is your sensitivity????  Ape kau tak nampak aku ngah PISANG ni?
PISANG punya tempat.


PISANG eh???

Sejak sHaz gunakan perkataan ni tuk update status laman so-si-al FACEBOOK, ramai yang berteka-teki, ape menda lah PISANG ni. Siapa yang faham, mereka tahulah maksud yang tersirat. Siapa yang tak faham, macam-macam intrepretasi yang keluar.
Ade yang tak sepatutnya sebut pun ada gak. Ade juga yang betul terjemahkan fungsi asal pisang tersebut.

Kawan-kawan........

PISANG yang dimaksudkan di sini tidak sama sekali dengan apa yang kamu semua intrepretasikan. PISANG di sini  kegunaannya lebih kepada menggantikan sesuatu yang berunsur negatif kepada sesuatu yang  lebih sopan tapi masih lagi mengekalkan unsur negatif tersebut.

Alahai.... contoh nyer macam ni.

Apabila kita marah, kecenderungan untuk kita mengeluarkan apa-apa jenis perkataan yang buruk bunyinya adalah tinggi. *bodoh, bangang, sial, celaka, shit, fuck, dan seumpana dengannya. Kesemua perkataan tadi cuba digantikan dengan PISANG. Bukan kah sedikit sopan??? [marah cikgu BM aku pas ni]

Tapi, penggunaan PISANG bukan setakat itu saja. Ia juga boleh digunakan mengikut kesesuaian keadaan. Contoh macam ayat kat atas tadi;

“Where is your sensitivity????  Ape kau tak nampak aku ngah PISANG ni?

Daripada ayat ni, kita dapat tahu mungkin si pelaku ni tengah bengang, tak puas hati tentang sesuatu....
Dalam erti kata lain, PISANG ni juga sebenarnya berfungsi sebagai pelapik bahasa.

Tapi jangan gunakan dalam penulisan Bahasa Malaysia untuk UPSR, PMR, SPM mahupun STPM. 
Walaubagaimanapun, PISANG ni ade Hak Cipta Terpelihara tau. Jangan suka-suka cetak.

Ok lah, sampai sini jer lah dulu....

PISANG weyh layan citer ni......


p/s: * dont speak these at anywhere or anyone, it’s no good!!

1 comment:

  1. PISANG tu tuk kiter2 ajer kan kan

    ReplyDelete