weLcOmE

Strawberry Choclatier... my Life my Story

bY : Syazwani Mohidin

LifE is fUll wIth sWeEt & sOur mOmeNt oR eVen aN idiOtiC mOmeNtO. wElL, wE nEeD cOlOurfUl oF eXpERiEncEs iN oUr LifE. dOn’T LeT yOur LifE dUlL.


Thursday, December 11, 2014

TOKEN HAPPY BIRTHDAY...

Assalamualaikum.

Sudah December 2014. Sudah akhir tahun 2014. Hari ini sudah 12/12/2014. Semalam Malaysia menang 4-2 dengan Vietnam dan melayakkan diri ke final AFF Suzuki cup 2014. Final vs Thailand.

Ok bukan nak cerita hal bola. Sebab cik shaz tak minat.
Bila dah masuk bulan December, selalunya cik shaz akan berfikir apa yang akan di hadiahkan untuk diri sendiri sempena meraikan ulang tahun setiap 25/12. Yer, cik Shaz beli hadiah tuk diri sendiri. Tak percaya? Percaya lah....

Cik Shaz tak ingat sejak bila, tapi perkara ni ada beberapa kali cik shaz buat. Mungkin sebelum ni tak sempat nak jadikan setahun 1 benda. Tapi sejak 2012 - 2013 cik Shaz dah nekad nak jadikan ini sebagai acara tahunan. Sebagai token usia dah meningkat. Tapi hadiah tu tak semestinya tepat pada 25/12 setiap tahun. Cuma di beli sempena tarikh itu.

Cuma tahun ni, cik Shaz masih belum decide apa token tuk tahun 2014 ni. Kalau diminta untuk senaraikan apa yang diinginkan, adalah beberapa item. Tapi itu bukan yang utama.

Yang utama dalam kepala ni, dapatkan kembali figure tahun 2011. Figure apa? Tentulah figure badan. Percaya atau tidak, berat badan cik Shaz sekarang adalah 60kg. Selepas bulan ramadhan hari tu, berat badan ni maintain kat situ je. Kurang tu ade la 1-2 kg. Tapi lepas tu, naik balik ke angka 60kg. Statik di situ sehingga hari ini.

Berat badan cik Shaz naik sejak tahun 2012-2013. Time tu memang baru perasan. Cik Shaz pada mulanya tak kisah sangat. Tapi mula rasa tak seronok bila banyak baju da tak muat. Paling ketara jeans n baju kurung cik Shaz. Demn!!! Gila. Memang gila. Masa tu memcuba macam-macam perkara. Supplement? Beli rajin, makan tak rajin. exercise?  jauh panggang dari api. Sebab cik Shaz memang bukan jenis suka bersenam bagai. Apa ntah lagi buat exercise sorang-sorang. Memang skip jer la memanjang. Dia nak seronok ade trainer. Personal trainer. Itu pun belum tentu juga kan???

Perubahan ketara bermula pada bentuk muka semakin bulat. Kemudian beralih kepada penghasilan lelemak dibawah lengan. eeeewwww!!!!! Sejak dari itu, ramai lah yang tegur cik Shaz semakin berisi, semakin bam.

Punca utama ialah - MAKAN!
Kenapa sebelum ni, duk rumah g kerja, balik kerja badan masih maintain walau tak exercise sekalipun? Sejak masuk kerja di tempat kerja sekarang, selalu ada event makan-makan. Makan percuma memang sedap. Lepas tu slalu makan kat kedai. Hari-hari nasi goreng cili padi, nasi goreng ayam, bla-bla-bla. Lepas tu da ade snow. Agak terasa boring dengan lauk kat umah, start engine gerak g mcd, kfc, bla-bla-bla.... Hari-hari. Makan sedap-sedap. Tapi tak exercise. Lepas tu makan je, waktu makan memang kena makan lah. Ni luar waktu makan pun nak makan juga. Memang bulat lah kan?

Sekarang nak menyesal pun tak guna. Supplement yang katanya boleh buat kita kenyang dalam beberapa waktu tu memang berhasil. Betul, sebab cik Shaz dah cuba. Tapi sejujurnya, tekak ni mual. Sebab rasanya tidaklah sedap. Penyudahnya, tak rajin makan supplement. Buat penat je kan? exercise pun dah sudah. Tapi tu la, Cepat bosan. Lagi satu 'xde masa' - alasan yang paling klise.

Sekarang cik Shaz ade tempoh kurang dari 12 bulan. Kena mula balik rutin. Rutin pemakanan. Hal exercise, kena start balik setiap hari 30 minit berjoget berjimba. Nak berlari tak mampu. Joget jer la. Rutin makan cik Shaz dulu, sehabis baik elak makan nasi. Tapi memang tak boleh elak. Sebab kat umah hari-hari ada nasi. So, apa yang cik Shaz control - pengambilan nasi dalam sehari. Sekali sudah. Kalau mampu. Kalau tak mampu, makan sikit (segenggam nasi) berserta lauk tetapi kerap makan. Lepas ni kena latih diri bayakkan minum air mineral berbotol-botol. Makan kat kedai pun minta air mineral. Tak pun bawa bekal air dari rumah letak dalam beg.

Sejujurnya ini lah token hari jadi paling utama bagi cik Shaz sekarang.

Persoalan sekarang, MAMPUKAH?????



No comments:

Post a Comment