weLcOmE

Strawberry Choclatier... my Life my Story

bY : Syazwani Mohidin

LifE is fUll wIth sWeEt & sOur mOmeNt oR eVen aN idiOtiC mOmeNtO. wElL, wE nEeD cOlOurfUl oF eXpERiEncEs iN oUr LifE. dOn’T LeT yOur LifE dUlL.


Friday, October 31, 2014

Diari Hati 2014 : ONE DAY PRINCESS.

Assalamualaikum wbt.

One day princess, itu yang berlaku pada diri ku seminggu yang lalu. Tarikh 1 Muharam 1436 bersamaan 25 Oktober 2014 hari Sabtu, secara rasminya aku menjadi tunangan orang. A moment to remember. Alhamdulillah. Majlis berjalan lancar, walau ada error hit in somewhere. Detik permulaan dalam sebuah kehidupan.

4 hari sebelum majlis.
Kebetulan Deepavali jatuh pada 22/10/2014 iaitu hari Rabu, aku ambil cuti panjang dari Rabu hingga Ahad. Macam aku pula yang nak beraya. Persiapan katanya. Ni baru bertunang. Nikah nanti tak tahulah berapa lama aku ambil cuti. Lagipun Annual Leave aku balance banyak lagi. Salah satu sebab aku ambil cuti awal, abang-abang dan kakak aku bekerja, jadi aku decide bila aku cuti awal ni boleh la aku berkemas mana yang patut. So, tidak lah rasa berat sangat menjelang majlis nanti.

Tapi, pelaksaan tidak seindah perancangan. 4 hari sebelum tu  aku bertemankan kakak aku seorang ni, keluar mencari barang. Sudah tentu barang untuk hantaran. Segala hiasan yang sesuai perlu difikirkan. Inilah pertama kali dalam hidup aku, aku melibatkan diri dalam hal pembuatan HANTARAN. Dengan keadaan budget yang agak tight, aku gagahkan juga untuk mencari yang berkenan di hati. Siapa yang kenal aku mungkin faham sifat cerewet aku yang sederhana ni. Ini semua gara-gara aku dan kakak nak buat hiasan hantaran sendiri. Beberapa bulan sebelum tu kami dah shopping sikit di Nilai 3. Memang rambang mata. Tak cukup dengan tu, aku belajar buat bunga dari kertas,'paper rose' dari YouTube. Boleh check dalam instagram aku sal paper rose ni.

Itu hal hantaran. Ini hal 'sarung cincin'.
Bertunang akan diserikan dengan majlis sarung cincin. Disebabkan aku tak ambil mana-mana perkhidmatan bridal consultant a.k.a MAK ANDAM. Aku perlu berfikir, macam mana aku nak siapkan tempat yang ala-ala mini pelamin tu. Idea datang dari mimpi. Betul tak tipu. Untuk memudahkan aku dan bakal ibu mertua ku. Aku pilih duduk atas kerusi berbanding bersimpuh di lantai. Walaupun bersimpuh itu nampak klasik dan ayu. Tapi aku kena fikirkan keadaan bakal ibu mertua ku. Maklumlah, orang berumur. Jadi, aku berfikir, gunakan sofa yang ada dirumah ni. Maka aku pun ke gedung kain Nagoya cari kain plain yang boleh di jadikan alas pada sofa di rumah ni. Plan asal nak warna silver or putih. Tapi tiada yang menepati citarasa aku. Jadi ku pilih kain berwarna ala-ala gold bronze. Nak nampak seri kat sofa tu aku beli kain warna biru turqoise untuk dijadikan sarung bantal dan 5 biji paper lantern 5 warna sebagai hiasan.

Tiada bridal consultant, sendirian berhad je...
Majlis aku memang sendirian berhad. Kecuali katering dan khemah. Disebabkan tiada bridal consultant or mak andam, sebulan sebelum majlis ni aku memang rajin stream YouTube. Bukan layan movie, tapi cari 'How to do a basic make up'. Yer, aku belajar make up dari YouTube. Sekali lagi YouTube membantu aku. Hasilnya mungkin tidak sehebat make up mak andam. Tapi aku fikirkan ini adalah majlis pertunangan, simple make up ok lah kot.

Tapi dugaan datang pula. Makin dekat dengan majlis, muka aku berjerawat la pula. Mau nangis. Tapi Alhamdulilah, pada hari majlis aku berjaya tepek concealer dan foundation sehingga menyamarkan jerawat aku walau seketika. Make up dengan lafaz bismillah kata kau!

Pakaian aku pula. Baju dress serupa princess bertingkat-tingkat tu dah 2 tahun dalam almari. Nasib baik masih muat. Maklumlah, aku kan sedang mengalami tumbesaran badan. Cuma aku tambah lace di hujung lengan. So tidak la kosong saja. Jimat belanja pun ya juga. Tudung aku lilitkan tu sebenarnya tudung bawal. Ilham dari AidiJuma, tudung bawal 4 segi jadi seakan shawl panjang. Yer, tudung tu memang dari AidiJuma. Jimat lagi. Untuk nampak lebih princess lagi, aku kenakan headband kristal silver flower dibeli dari instagram, harga? Memang jimat!

Hari bertunang.
Alhamdulillah. Majlis Pertunangan aku berlajan dengan lancar. Tapi sebelum tu, aku punya nervous amat tinggi. Hanya Allah yang tahu. Aku memang nervous. Dalam hati terkumat kamit aku memlafazkan surah Al-Sharh dari ayat 1-8 berulang kali. Nak redakan rasa nervous. Ini baru nak bertunang. Belum nikah lagi. Masya Allah!

Tiba masanya.
Sebaik kakak aku memberitahu, tiba masa untuk aku keluar dari bilik. Dengan lafaz bismillah aku melangkah keluar menuju ke 'mini sofa-pelamin' aku. Aku terkedu seketika. Tetamu yang hadir, ramai dari sangkaan. Di hadapan aku masing-masing bersedia dengan phone. Bersedia untuk merakam momen indah aku. Aku da rasa semacam. Ya Allah, perasaaan apa ni? Itu yang berada dalam fikiran aku. Tapi bila ku lihat kehadapan. Aku lihat abang sepupu aku, Abang Sepul bersedia bersama camera miliknya. Adik aku senyum bersedia dengan camera di tangan. Masing-masing bersedia untuk momen indah itu. Aku pun senyum. Terasa diri bagaikan princess.

Oh ya, kehadiran Abang Sepul memang menggembirakan hati aku sebab hari bertunang aku kedua abang aku tidak dapat hadir atas kekangan tugas masing-masing. Abang-abang aku adalah official photographer aku. Disebabkan ketiadaan mereka berdua, adik aku jadi bidan terjun sebagai photographer. Kehadiran Abang Sepul bertindak sebagai photographer dan dia memang seorang photographer adalah seperti kehadiran dua orang abang aku. Terima Kasih. Kena tunggu gambar dari dia.

Alhamdulillah. Majlis itu berjalan dengan lancar dan berakhir dengan kenangan terindah dalan hidup ku. Bagaikan puteri. Hampir semua tetamu mahu bergambar dengan aku. Ratu selfie!

Terima kasih tidak terhingga kepada kedua ayah dan bonda ku. Dan kepada kakak aku thank you layan kerenah aku dan adik, terima kasih tuk gambar-gambar ni.

Dan ini adalah hasil karya aku bersama kakak aku.

Hantaran dari pihak perempuan (aku).




Pakaian & make-up. Bunga tangan tu hasil karya aku :)


Tetamu yang terdiri dari saudara-mara ku. Semua keluarga ada. Terima Kasih.



Bersama hantaran daripada pihak lelaki.


Sarung cincin bersama bakal ibu mertua ku.


Keluarga pihak lelaki


My only sister. Dan yang cap biru tu Abang Sepul. Thank you both of you.



ini, Encik Tunang!


2 comments: