weLcOmE

Strawberry Choclatier... my Life my Story

bY : Syazwani Mohidin

LifE is fUll wIth sWeEt & sOur mOmeNt oR eVen aN idiOtiC mOmeNtO. wElL, wE nEeD cOlOurfUl oF eXpERiEncEs iN oUr LifE. dOn’T LeT yOur LifE dUlL.


Tuesday, March 20, 2012

Looking for Mr.ELMO

ELMO

Sape yang biasa tengok Sesame Street mesti kenal... Ala yang warna merah comel-comel tu. Dialah ELMO. cute...


Cik Shaz merupakan salah seorang peminat ELMO. Entah macam mana leh jadi minat ngan elmo ni pun tak tahu. Seingat Cik Shaz, dulu masa tengok Sesame Street [zaman anak kecil] antara ramai-ramai puppet tu Cik Shaz cuma kenal Big Bird. Burung besar warna kuning tu. Pastu dah besar sikit [masih layan Sesame Street], dah kenal Cookie Monster dengan Count Von Count [drakula tu...].








ELMO ni Cik Shaz rasa baru jer terpikat. Sejak beberapa tahun yang lalu. Mungkin sebab warna dia MERAH. Ada cerita disebalik ELMO...



Masa tu disebuah tapak hiburan yang cukup dikenali sebagai FUN FAIR. Di sana memang banyak permainan. Permainan yang hadiah dia boleh dapat teddy bear =). Kebanyakkan kat sana memang hadiahnya teddy bear. Jadi Cik Shaz - bertiga bersama bermain. Ada yang baling dart, ada yang tembak tin... macam-macam lah. Sampailah 1 gerai permainan ni. Perkara yang menarik minat Cik Shaz masa tu - ELMO. Saiz aderlah dalam 20 inch kot. Permaian dia mudah jer. Golekkan bola sampai masuk ke dalam panel. Setiap panel ade markah. untuk dapatkan ELMO tu - 60 markah. Tak lebih tak kurang. Malangnya selepas 3 cubaan lansung tak dapat. HUHUHU....

Nak merawat hati yang kecewa - AbHaM yang ada sekali ketika itu, mengajak kami bermain satu lagi permainan....di gerai lain. Main pecah belon dengan dart. Hadiahnya... HONDA bear. :)

Malam tu kami berjaya membawa seekor Hello Kitty, HONDA bear dan beberapa biji bantal burger. Itulah 1st time pergi fun fair selepas kali terakhir pergi semasa anak kecil. Giler r, fun fair macam tempat gambling lah pulak. 

p/s: rasa-rasa nak tengok Honda Bear tu camne, carilah post HONDA bear =)

No comments:

Post a Comment