weLcOmE

Strawberry Choclatier... my Life my Story

bY : Syazwani Mohidin

LifE is fUll wIth sWeEt & sOur mOmeNt oR eVen aN idiOtiC mOmeNtO. wElL, wE nEeD cOlOurfUl oF eXpERiEncEs iN oUr LifE. dOn’T LeT yOur LifE dUlL.


Thursday, November 25, 2010

kEmbaLi mEmbLogGer.... [hahahaha]


Terlalu lama sHaz tinggalkan dunia blog.. dan kini sHaz kembali. Kembali daripada kesibukkan dengan assignments dan final exam... Dan secara rasminya 25 NOVEMBER 2010 sHaz telah pun menamatkan tanggungjawab sebagai seorang pelajar di UNIMAS GEMiLANG nih.... huhuhu... ramai kawan-kawan yang sudah pulang ke tanah air masing-masing. Terasa rindu pulak... Tapi sHaz masih belum pulang ke tanah air lagi!!!! [lewat sikit berbanding dengan kawan-kawan].

Setelah 4 tahun berbakti dan menjalankan tanggungjawab dengan jayanya di tempat ini akhirnya sudah sampai ke penghujung. sHaz mendaftar di UNIMAS pada tahun 2007, mase tu memang sHaz tak kenal sesiapa pun. Pandai-pandai lah bawa diri masa tuh... Tapi alhamdulillah sHAz sempat berkenalan dengan Jana & Min pada malam pertama minggu orentasi. Macam-macam ragam ada semasa minggu oreintasi. Sesuatu perkara baru dalan hidup sHaz. Tak pernah tinggal kat asrama, tak pernah berjauhan dengan keluarga.. dan saat itu rindu teramat sangat dengan ayahanda dan bonda tercinta. Asal ayahanda telefon jer... air mata mengalir dah macam paip pecah... dan agak sukar untuk bercakap dengan bonda waktu itu.. speechless terus bonda dan sHaz waktu tu...

Kehidupan di semester 1 memang memberi pengalaman baru. Waktu tuh baru sHaz sedar, tiada apa yang mudah di universiti ni pun. Dulu kita biasa dengar cikgu-cikgu kat sekolah cakap “nanti kalau awak masuk U semuanya senang”. Hakikatnya, cikgu-cikgu semua adalah PENIPU!!! [hahahaha]. Giler wooo.... assignment asyik kene reject, kene re-do lak tuh.... kelas dari pagi sampai ke petang... kadang malam pun ader kelas.. sampaikan sHaz pun selalu tidor dalam kelas... lau baik sikit sHaz tidor kat surau...[hahahaha]. Tapi itulah dia sHaz semasa di semester pertama....

Banyak perkara yang sHaz belajar sepanjang berada di UNIMAS – bumi kenyalang...

1.       Mendapat seorang best friend yang memang best!!! (Din)
2.       Dapat GIRLFRIEND yang baik dan sweet on me!!! (Mai)
3.       Belajar apa itu kecewa dan kasih sayang.... (panjang ceritanya)
4.       Menyedari keluarga adalah yang utama selepas ALLAH & Rasulnya...

Erm... itu antaranyalah...

Yang paling best sepanjang sHaz berada disini, sHaz dapat menjadi diri sHaz yang sebelum ni duduk terkurung dalan skeleton nih... sHaz dapat express apa yang sHaz minat, apa yang sHaz x minat dan dengan bantuan para pensyarah, sedikit sebanyak dapat membuka pemikiran kita macam omputih ade cakap tu...”think out of box”... benda ni tak kira either in SOCIAL, POLITIC or ECONOMY. 

sHaz akan pulang ke tanah air pada Isnin depan [lambat sikit]. Dan bermulah chapter baru dalam kehidupan sHaz selepas ini.



No comments:

Post a Comment