weLcOmE

Strawberry Choclatier... my Life my Story

bY : Syazwani Mohidin

LifE is fUll wIth sWeEt & sOur mOmeNt oR eVen aN idiOtiC mOmeNtO. wElL, wE nEeD cOlOurfUl oF eXpERiEncEs iN oUr LifE. dOn’T LeT yOur LifE dUlL.


Thursday, August 12, 2010

rAmAdHAn : MeNgGamIt kEnAnGan siLaM


Ramadhan datang lagi dan umat Islam di seluruh dunia masing-masing menjalani ibadah berpuasa selama 30 hari. Masa ni juga ada yang dah sibuk dengan tempahan baju-baju raya bagi si tukang jahit, tempahan kuih-kuih raya bagi si pembuat kuih raya, memasak juadah berbuka puasa bagi si peniaga di bazaar ramadhan. Macam-macam gelagat orang semasa bulan puasa ni, macam-macam jenis makanan ada di bazaar ramadhan.

Kedatangan bulan ramadhan disambut meriah. Tidak kira tua atau muda masing-masing tersenyum lebar bila si Pemegang Mohor dULi raja-raja (betul ke sHaz sebut?) mengumumkan tarikh bermulanya puasa di seluruh Malaysia. Ini juga bermakna sebulan dari sekarang AIDILFITRI bakal menjelang. Bulan ramadhan menggamit kenangan silam bagi sHaz secara peribadi yang ingin sHaz share dengan kawan-kawan.

Ia bermula dengan sebuah ceritera antara sHaz dengan SM (bukan nama sebenar). Ramadhan 2008 sHaz berkenalan dengan SM melalui seorang kawan di sebuah restoren di sekitar Bandar. Kami berbuka bersama sebab kawan sHaz merupakan kenalan kepada kawan SM. Pada malam tuh sHAz duduk bersebelahan dengan SM. sHaz bertiga bersama kawan-kawan dan SM juga bertiga bersama kawan-kawan. Kawan-kawan yang lain masing-masing dok berborak tapi sHAz & SM masing-masing buat hal sendiri. Sehinggalah SM tegur “Memang suka pakai Converse eh?”. Sejak dari tu kami berbual dan malam itu berakhir dengan pertukaran phone number.

Hari demi hari minggu demi minggu bulan demi bulan kami menjalin cinta. Usia hubungan hampir mencecah SETAHUN. Banyak suka duka yang sHaz alami bersama SM. Tapi malang tidak berbau. Pada Ramadhan 2009 SM mula berubah sikap. Nak ajak jumpa ada saja alasan, bila sms kadang-kadang balas, kadang-kadang tidak, nak call jarang sekali. Kalau dulu sehari sekurang-kurangnya 10-20 sms, 3 kali sehari panggilan telefon. Tapi keadaan telah beubah, sHaz nak dapat call dari dia 3 hari sekali dalam seminggu tu pun susah. Memang time tu sHaz banyak memendam perasaan. Mase tu wall page FACEBOOK sHAz jadi mangsa meluahkan perasaan. Dipendekkan cerita, demi ingin mendapatkan  jawapan dari SM, sHAz pergi berjumpa dia face to face. Itupun dengan bantuan kawan serumah dia. SM mengelak untuk bersemuka tetapi akhirnya bersetuju dengan kepaksaan.

sHAz    :           kenape x reply sms shaz?
SM       :           sOri SM bz  tadi.
sHaz    :           bz? Ok... leh sHaz Tanya?
SM       :           Tanyalah...
sHaz    :           SM dah x nak sHAz lagi ke?

(apabila soalan ni diajukan SM lansung x memandang sHAz dan keadaan sunyi sepi mengambil alih hampir 3 minit)

sHaz    :           leh sHaz tau ape masalah SM?
SM       :           SM minta sHAz bagi SM masa. Masa tuk SM betulkan diri.
sHAz    :           berapa banyak & berapa lama masa SM perlukan?
SM       :           tengoklah, dalam 2 – 3 tahun ke.
sHAz    :           hubungan ni macam ne?
SM       :           kalau ade jodoh x ke mana...

(disaat itu, air mata jatuh berderai tanpa disedari. Buat pengetahuan kawan-kawan SM menjawab semua soalan sHAz dengan penuh selamba. Pada masa tu kalau ade pisau ditangan mahu je sHAz baling kearah dia... KILL KILL DIE DIE)

sHAz    :           terima kasih kerana buat sHaz rasa bahagia selama ni. sHaz minta maaf, sampai sini jer lah.

sHaz berlalu pergi tanpa menoleh tetapi sampai di pintu pagar, sHaz terhenti & patah balik ke arah SM, membaling cincin yang diberikan sebelum ini. Hati dan perasaan sHAz ketika itu hanya ALLAH swt yang tahu macam mana. Masuk je dalam kereta, air mata terus mencurah.



Seminggu selepas kejadian itu, Alhamdulillah sHaz kembali kepada diri sHaz yang asal. Cuma sHAz semakin sibuk dengan tugasan undergraduate. sHAz mendapat kabar berita SM memberitahu dia sudah pun clash dengan sHAz kepada kawan-kawan dia dengan alasan:

1.       Leceh lah layan sHaz, dia ni kaki shopping
2.       sHaz ade jantan lain.

Dua-dua alasan itu sungguh kurang ajar sampai ditelinga sHAz dan hati kecil ku bersuara.

“aKu kaki shopping pun duit aku lah makhluk!!!!, sedar lah baju ko sape yg beli?”
“ceLah mane jantan lain? Suke hati ko jerk an makhluk!!!”

Dia menuduh sHaz... sHaz terima jer tuduhan kurang ajar itu. Janji makhluk tu x kaco hidup sHAz. Kini sHaz bahagia disamping AbHaM. aLhamdulillah.

Kadang-kadang kita perlu berfikir, Allah memberikan kesedihan kepada kita bukan kerana Allah tidak sayang pada kita, tetapi Allah memberi laluan kegembiraan kepada kita. Fikir-fikirlah....

p/s: sHaz berpisah dengan SM pada Oct 2009, pada Dis 2009 sHaz mendapat tahu dia bernikah dengan seorang perempuan yang jauh lebih muda dari sHaz, dan pada Mac 2010 SM dikurniakan anak lelaki. Lebih sedap cerita, dia kini berjiran dengan AbHaM (rumah sebelah-menyebelah).  Dan kisah hidup sHaz bertambah complicated.... aDeh!!!
                                                                
                                                                 Love,
Syazwani Mohidin

2 comments:

  1. syaz mcm penah dgr je citer ni?..huhuhu~
    ape2 pun blog ko cantek ar...=)

    ReplyDelete
  2. sedih dgr crite nie... sabar je la.. mgkin tuhan nk beri kite jodoh yg lebih baik..=)

    ReplyDelete