weLcOmE

Strawberry Choclatier... my Life my Story

bY : Syazwani Mohidin

LifE is fUll wIth sWeEt & sOur mOmeNt oR eVen aN idiOtiC mOmeNtO. wElL, wE nEeD cOlOurfUl oF eXpERiEncEs iN oUr LifE. dOn’T LeT yOur LifE dUlL.


Friday, July 27, 2012

Give your heart a break...

Hati ini terlalu letih. Ini bukan yang pertama bagi ku. Tetapi aku betul-betul berharap biarlah ini yang terakhir. Aku masih perlukan hati ini. Walau pun hati ku remuk dan hancur. Aku masih perlukannya. Biarlah retak seribu sekali pun, aku masih perlukannya. Sebab itu adalah hati ku.

Tatkala ini aku teringat akan hatiku yang telah pergi. Tatkala ini juga aku mula mencari sang matahari, kerana aku telah diselubungi awan kelabu.

Ya Allah, ya tuhan ku, andai awan kelabu ini berterusan menitiskan permatanya, biarlah banjir membasuhi segala kesulitan. Andai awan kelabu ini berubah menjadi seperti kapas putih, aku bersedia. Kerna aku tahu sang matahari akan hadir semula dan ku menanti kehadirannya dengan kesabaran.

http://4kiki.com/kiki/683/everybody-wants-happiness
Seseorang pernah membisikkan kepada ku, "orang yang sabar adalah orang yang menang".
Jadi, bersabarlah. Berilah hati ini untuk berehat. Rehat daripada keletihan sandiwara dunia.


No comments:

Post a Comment