weLcOmE

Strawberry Choclatier... my Life my Story

bY : Syazwani Mohidin

LifE is fUll wIth sWeEt & sOur mOmeNt oR eVen aN idiOtiC mOmeNtO. wElL, wE nEeD cOlOurfUl oF eXpERiEncEs iN oUr LifE. dOn’T LeT yOur LifE dUlL.


Saturday, September 24, 2011

optimis saja lah yer...

Minggu yang sakit bagi aku. Pening dengan report, duty dan program. Tapi nak buat macam ne kan? Dah itu yang tertera dalam JD. 
Tapi Jumaat lepas aku betul-betul sakit. Badan rasa semacam. Kejap panas, kejap sejuk. Kepala pula rasa berat semacam. Hurm..... mula fikir nak telan paracetamol jer. Tapi, atas nasihat orang yang mengambil berat- pergi klinik jer lah. 

Selesai di klinik, aku dpt MC. Inform dengan HR - saya dapat MC 1 hari. 
Aku minta 2 hari, doktor tu bagi 1 hari je. 

Sabtu pula, keadaan ku makin teruk. Aku hampir kehilangan keseluruhan cecair dalam badan. Satu hari aku muntah. Makan - muntah balik. Minum - muntah balik. Telan ubat lagilah aku muntah. Satu badan tak larat nak buat ape. Atas nasihat orang yang mengambil berat - malam tu juga aku dibawa ke klinik. Klinik bukan kerajaan. Doktor cucuk aku ubat tahan muntah. Dan bekalkan aku dengan bermacam jenis dadah. Menambah koleksi yang sedia ada. Balik dari klinik aku terus tidur, menahan kesakitan,

Dan sekarang, aku meneguk Ribena Strawberi. Alhamdullillah tiada rasa loya lagi. Cuma lepas ni kena rajin makan ubat. Bukan kegemaran ku. 

Rasanya lama aku tak berada atas talian. Dan hari ni aku membuat keputusan untuk berinteraksi di atas talian. Masih lagi menguruskan apa yang diperlukan untuk OKTOBER nanti. Sambil tu aku cek inbox emel. Lama tak dengar khabar. Dimaklumkan berita yang tak berapa happy. Nak wat camne kan? Bukan rezeki aku, masa tu. Tapi usaha tetap diteruskan. U said that i'm not convincing enough, it's ok. 

Dan aku..... optimis saja lah yer :)

Winter Sonata on ANIMAX

No comments:

Post a Comment