weLcOmE

Strawberry Choclatier... my Life my Story

bY : Syazwani Mohidin

LifE is fUll wIth sWeEt & sOur mOmeNt oR eVen aN idiOtiC mOmeNtO. wElL, wE nEeD cOlOurfUl oF eXpERiEncEs iN oUr LifE. dOn’T LeT yOur LifE dUlL.


Wednesday, January 18, 2012

"fuhh...fuhh... tolak bala...tolak jauh-jauh"

Kebelakangan ni entah kenapa, kerap sangat perkara tidak diingini berlaku. What happen? am i jinx??? ish minta selisih malaikat 44 benda-benda ni semua..... Jauh...jauh...

Tapi entah lah. dah macam cerita bersiri pula rasanya. Lepas satu-satu yang jadi. Poning palo acik ni ha....
Tak cukup dengan sedia ada masalahnya, datang pula kerunduman kesihatan. Aduhai.... cuaca pun hujan panas... Nak wat camne.. Jagalah kesihatan anda.

Tak perlulah disenaraikan apa yang hitam telah berlaku. Cuma cik Shaz harap, kawan-kawan tolonglah doakan semoga cik Shaz sihat dan baik-baik saja. Yang tak tahan tu... ade kawan-kawan cik Shaz siap minta cik Shaz pergi mandi bunga... tuk buang badi 'jinx' tu... Boleh pakai ke???

Tak perlulah bermandi bunga bagai... cukuplah solat 5 waktu sehari dan membaca al-quran [itu yang sekurang-kurangya].

semoga selepas ini.... KECERIAAN di hari-hari cik Shaz :)

Hati... tolonglah ceria.

Thursday, January 5, 2012

Happy New Year!!!! [belum terlambat]

Dah nak seminggu.... Harap masih belum terlambat :)


2011 sudah pun melabuhkan tirainya. Tutup yang lepas, mula yang di hadapan. Itu yang cik Shaz usahakan. Sentiasa berusaha untuk yang lebih baik daripada yang sebelumnya. Yang lama tinggal kenangangan...

2011 banyak memberi pengalaman kepada cik Shaz. Baik yang indah mahupun yang tak berapa indah. Tapi semuanya berjaya di atasi. HADAPI DENGAN SENYUMAN :).

Dimulakan dengan karier di dunia pekerjaan. Dalam setahun tu dah berkali juga cik Shaz bertukar keeja. Bermula dengan dunia korporat dan kini bertukar arah kepada dunia pendidikan awal kanak-kanak. TAK PERCAYA? Silalah percaya..... Namun perjuangan masih diteruskan. Ini salah satu matlamat yang belum tercapai.

Matlamat... 2011 matlamat cik Shaz ialah mencari pekerjaan dan kumpul duit untuk belanja konvokesyen. Alhamdulillah. Oktober 2011 telah mencatat satu lagi sejarah dalam kehidupan cik Shaz. Tercapai.

Siapa yang mengenali cik Shaz, awal 2011 cik Shaz agak sedih dengan pelbagai dugaan. Terutama dalam perhubungan. Kisah Cinta lah konon. Tapi tutup yang itu, kita masuk pada pertengahan tahun. Alhamdulillah. Tak terjangkau fikiran cik Shaz, "SAYA SUDAH DILAMAR" . Nantikan saja undangannya. Insya Allah. Amin.
Nak pulak lepas tu, memang dah plan lama dah. Cik Shaz mahukan jentera sendiri. Cuma finacial nyer tak mengizinkan. Tetapi dengan rahmat-Nya, rezeki cik Shaz datang bergolek (^-^) Si DEBAB telah dihadiahkan  kepada cik Shaz. I LOVE U lah. Thanx B.
Baru-baru ni pulak, birthday cik Shaz [25 December]. Thanx to all my FACEBOOK friends for your wishes. Cik Shaz sudah meningkat tua... :)
And...... HAPPY 2nd ANNIVERSARY to HAQIESYA [cintahaqiesya.blogspot.com]


Minggu awal di 2012, cik Shaz agak sibuk dengan persiapan BACK TO SCHOOL anak-anak taska. Masih kekal kedudukan di Taska BIJAK MURNI. Cuma agak merindui si kenit kesayangan, NIK ANAQI. Dah pindah pulak anak tu.....

Apa-apa pun, 2012 ni Cik Shaz dah rancang sesuatu yang BESAR. Insya Allah sekiranya tiada apa yang menghalang segalanya berjalan dengan lancar. AMIN.

HAPPY NEW YEAR & GOOD LUCK !!!

Sunday, November 20, 2011

Kerja Kahwin 2011

Cuti sekolah dah mula. Maka bermulalah kembali musin Nikah Sanding bagi sesi penutup tahun 2011 ni. Seperti biasa cik Shaz memang mewah dengan jemputan sana sini. Al-Maklumlah... Undangan dari saudara mara, sahabat handai dan juga rakan taulan. (Ape beza sahabat handai - rakan taulan?)

Mana yang sempat tu, muncullah cik Shaz di sana. Mana yang tak sempat tu, cik Shaz minta maaf. Hari ni je dah 2 buah rumah. Minggu lepas sepupu cik Shaz sanding. Hari ni anak jiran taman ni dan anak buah cik Shaz. Nampak nar tua cik Shaz ni, anak buah dah kahwin dah. 
Soalan popular yang cik Shaz dapat hari ni, "Kau bilo lak?"
Aduyai.... "Taun dopan Insya Allah, nati saye jemput. Jangan risau yer."

Entah ye entah tidak tahun depan ni. Hahahahaha... Ape-ape pun, enjoylah sedikit buah tangan dari cik Shaz. 




KHAIRIL FAHMI & ANITA



p/s: Anja sayang B... :)

Friday, November 18, 2011

Tuesday, October 25, 2011

aku kini bergelar GRADUAN


ALHAMDULILLAH.....
Itu yang lahir dari ucapan aku dengan penuh rasa syukur. Rasanya usaha bertahun-tahun menghadap peperiksaan kini diraikan.

Waaah... skema ayat makcik ni. Yer, kini Cik Shaz telah bergelar graduan. Sekeping kertas yang diinginkan sejak hari pertama mendaftar, telah pun diserahkan kepada Cik Shaz. :) Seronok tak terhingga jangan cakaplah. Bertarikh 23 Oktober 2011, bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR PUTRA) UNIMAS, segalanya telah pun dimeterai. Berkonvokesyen di dalam dewan baru lah katakan. Keterujaan memang melonjak lah saat tu. 

Saat yang paling berharga dan tersangat bangga rasa diri ini, di saat Juruacara mengumumkan "Perarakan Masuk Graduan ke Dewan". Fuuhh.... saat itu dah tak heran lah lau ade Zahiril Adzim kat depan aku.... hahahaha. Sebab saat itu AKU yang diraikan. Memang kembang semangkuk lah time tu. Itu yang pertama.

Keduanya pula, di saat nama Cik Shaz diumumkan di atas pentas. Berdebar je rasa diri ni, berjalan untuk  menerima folder cantik itu. Al maklumlah, nama diumumkan dihadapan ratusan/ribuan hadiran :) . Memang dah tak heran kalau ade Siti Nurhaliza dalam dewan tu.... [hahahaha]. Sebab saat itu AKU yang punya. Sekali lagi aku kembang semangkuk.

Ape-ape pun, kejayaan ini bukan kejayaan Cik Shaz seorang. Lama jugaklah Cik Shaz tunggu nak rasa macam ni. Akhirnya... BERJAYA!. Jutaan terima kasih kepada ayahanda dan bonda yang menjadi pendorong selama ini. Terima kasih juga kepada Abang-abang, kakak dan adik Cik Shaz yang turut membantu. Sekalung tahniah & terima kasih kepada pensyarah-pensyarah Cik Shaz yang memainkan peranan utama dalam mendidik dan meluluskan Cik Shaz :) Tanpa kamu semua, semua ini mungkin tiada.








THANK YOU 

Saturday, October 15, 2011

Aku Maafkan Kamu...


Lirik Aku Maafkan Kamu – Malique & Jamal Abdillah

Aku minta maaf di atas segala perbuatanku.                                                                                 Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan.
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya
Kenapa awak tak pukul mereka?
Saya tak suka pada keganasan
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan
(copy from: http://myliriklagu.com )
First time ambil shot macam ni.
Taken last year at Kampung Tebelu, Sarawak.


Saturday, October 8, 2011

Mutiara Kata

" Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang " 
- Samuel Johnson





Segalanya bermula daripada sekecil ini.