weLcOmE

Strawberry Choclatier... my Life my Story

bY : Syazwani Mohidin

LifE is fUll wIth sWeEt & sOur mOmeNt oR eVen aN idiOtiC mOmeNtO. wElL, wE nEeD cOlOurfUl oF eXpERiEncEs iN oUr LifE. dOn’T LeT yOur LifE dUlL.


Friday, December 31, 2010

31.12.2010 : FOR THE HEART I ONCE HAD


Tup tap, tup, tap... dah nak habis tahun 2010 ni dan bermulalah lembaran baru  tahun 2011. SELAMAT DATANG 2011. Hurm.. 1.1.11 [macam best jer nombor ni.]

Ternyata banyak yang dilalui sepanjang tahun 2010 ni. Suka duka pahit manis pasti dikenang bersama. Tak kiralah bersama teman baik ker, teman tapi mesra ke, kekasih hati ataupun keluarga mahupun musuh. Huhuhu... tak perlu lah nak bermusuh-musuh...

Baru-baru ni negara tercinta, Malaysia mendapat hadiah tahun baru. Setelah 14 tahun sepi kini Malaysia muncul juara buat kali pertama di PIALA SUZUKI AFF. Macam-macam kontroversi berlaku sebelum dan sepanjang perlawanan akhir – baik di BUKIT JALIL dan GELORA (Gelanggang Olahraga) BUNG KARNO, Indonesia. Hurm, ternyata perlawanan antara dua negara ni merupakan perlawanan klasik. Dan bagi sHaz, sHaz salute lah dengan semangat penyokong Timnas Indonesia. Maaf kalau sHaz katakan agak ‘barbaric’. Tapi bila difikirkan balik, kalau dah fanatik, begitulah jadinya. Tapi yang sungguh melucukan ade pulak main suluh-suluh laser kat player. Cetek akal juga mereka ni – sama jer sHaz tengok baik penyokong Malaysia di Bukit Jalil dan penyokong Indonesia di Bung Karno... aper lah... buat malu jer.... Tapi apa-apa pun sekalung tahniah diucapkan kepada HARIMAU MALAYA...

Kesan daripada kemenangan di piala suzuki ni, pemain harimau muda sudah mula menjadi perhatian lensa-lensa kamera media massa. Terutama sekali, kepada pemenang kasut emas, SAFEE SALI dan penjaga gol terbaik, KHAIRUL FAHMI CHE MAT. 
Itu tahniah buat tanah air ku, MALAYSIA.

sendiri bikin...
Tahun 2010 ternyata tahun yang mencabar buat sHaz, secara peribadinya. Di awal tahun, sHaz pening kepala menyiapkan PROJEK TAHUN AKHIR. Tapi akhirnya berjalan dengan lancar. ALHAMDULILLAH.

Kenangan manis jangan cakaplah, memang banyak. Tahun 2010 merupakan tahun terakhir sHaz berada di Bumi Kenyalang sebagai seorang pelajar. Menimba pengalaman di tempat orang memang sesuatu yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit semata-mata. Melibatkan diri dalan sesuatu keadaan yang tidak disangka memang seronok. Bermain di pantai bersama-sama rakan sekelas memang menyeronokkan. Pergi jalan-jalan di kawasan jualan murah dan bersempadan di negara jiran, terasa macam ‘real tourist’. Mendaki gunung dan melabuhkan penat di air terjun ternyata sungguh advantures. Menikmati panorama malam dengan lampu neon di badaraya.... SERONOK!!!!

Dan 31.12.2010 , ternyata menyimpan sebuah kisah yang sangat menarik dalam hidup sHaz. Segala pahit manis suka duka tersimpan di tarikh itu. Siapa sangkakan???? sHaz sendiri pun tak sangka... hahahaha.... it has been a year already, and time to > TAKE OFF, TOUCH DOWN & SHOPS!!!!

W E L C O M E  2 0 1 1
ALHAMDULLILAH
LOVE,
SyazwaniMohidin.

Saturday, December 18, 2010

Aku sedang menikmatinya...

almost 3 weeks i'm here..
nothing really change me...
still jobless....
but my passion still in me. trapped within me...

yup... i'm coped with my loneliness... while my friends having struggle and not-so-beautiful-day with their life and their work... miss u guys really much...

well, here i am...
sit in front of my laptop, log in into FACEBOOK, watching The Vampire Diaries Season 2 marathon.
still obsess with books. manage my time and money to buy some decent book to read.. and i have these two...


oh dear....
my life such a hopeless sometimes...
really need a hard work in something....

My House Cat [my time filled when i'm playing with him]

p/s: i don't know what just happen to me... [*sigh*]

Saturday, November 27, 2010

"MEMORIES ARE PRECIOUS BUT FOR SOME REASON, AND GOOD REASON I WANT IT DELETED"

"aku benci dia sangat-sangat. hanya tuhan yang tahu betapa geramnya aku kalau aku terserempak dengan dia... kalau ikut kata setan ni dah lama aku g tusuk jantung dia dengan parang ker, pisau ker.... lagi kejam aku tak nak dia mati terus... aku nak dia terseksa sehingga dia mati!!!! andailah ada JIGOKU SHOUJU in real life... this thing going to be easy"

[itulah kata hati MINAH apabila dia terserempak orang yang dia pernah percaya, pernah dia sayang dan pernah dia cintakan suatu ketika dahulu bermesra dengan what we so-called as 'ONE BIG HAPPY FAMILY'.]

MINAH terlalu bencikan dia sehingga dia tak sedar bahawa dia cemburukan lelaki tu. Mungkin pada hakikatnya MINAH seem to be already move on. Tapi hati perempuan, sungguh fragile. Perempuan ni, sekali dia sayangkan seseorang dan bila dia betul sayangkan seseorang... dia akan cukup sedih bila seseorang itu tinggalkan dia, tipu dia dan ape sahaja yang boleh dikategorikan sebagai 'PATAHKAN HATI DIA'. Ternyata ramai perempuan macam ni sekarang. Tapi MINAH.... hanya tuhan yang tahu apa yang dia mahu dan rasa sebenarnya.

Walau bagaimanapun, semua ini tidak menghalang MINAH untuk menerima cinta seterusnya. Dan dia masih mencari jejaka pujaan malaya nya... [mau nyanyi sikit]. Namun, perasaan benci MINAH terhadap sang lelaki itu, "jangan kau sebut nama dia, berdarah telinga aku ni, dan tolong jangan kaitkan aku dengan dia lagi...faham?". Kalau boleh jenis kereta, warna kegemaran, jenama perfume ke ape, MINAH banned dalam hidup dia. Ini termasuklah KFC.... [apa kena mengena KFC ni MINAH?]

MINAH jawab, "Dulu mase aku dating ngan makhluk tu, kitaorg slalu kuar makan kat KFC... tak kira lah g MidValley ke, JJ ke... even Giant sekalipun.. asal ade KFC situ jerlah tempat makhluk tu belanja aku makan."

MINAH masih percaya bahawa suatu hari sang lelaki itu akan rasa kecewa seperti mana dia pernah dilakukan oleh sang lelaki itu. Kira macam hukum karma lah. Baik dibalas baik, jahat dibalas jahat. MINAH sambung citer lagi.

"dulu mase dalam tempoh clash tuh, aku pernah sumpah dia. Aku sumpah dia.... biar dia takkan pernah rasa kasih sayang yang ada di dunia ini dan dia tak layak untuk memberi atau menerima sebarang kasih sayang dan rasa cinta selain diri dia sendiri. Sebab dia selalu merasakan diri dia lebih hebat berbanding orang lain"

Ternyata MINAH sendiri tak sanggup untuk meniatkan sumpah itu kepada sang lelaki kerana dia berpegang pada satu kata-kata hikmah ni " TAKUT NANTI DIMAKAN SUMPAH" [superstition jugak MINAH ni rupanya]. Sebaliknya MINAH membuat temu janji dengan penciptanya iaitu ALLAH S.W.T, dan bersujud kepada-NYA supaya ditabahkan hatinya dan menjadikan dia manusia yang berguna. MINAH juga berazam pada dirinya bahawa suatu hari dunia akan lihat kejayaannya. Dan pada ketika itu dia akan berkata pada sang lelaki "Lihatlah apa yang kau telah rugi".

Dan bagi MINAH juga, dia turut membisikka sesuatu ditelingaku..."MEMORIES ARE PRECIOUS BUT FOR SOME REASON, AND GOOD REASON I WANT IT DELETED"

Melihat kelibat MINAH berlalu dari anak mata ini, dapat dirasakan bahawa itu adalah kata-kata yang membuatnya dirinya tabah selama ini.

p/s: MINAH bukanlah nama sebenar, tetapi dialog yang diluahkan adalah based on the true story.

Thursday, November 25, 2010

aLL tHe meMoriEs cAptUrEd!!!! [some of it ]


UNIMAS GEMILANG

Fakulti kebanggaan!!!
Field trip at Kg.Tebelu

Ferry Samarahan

My cLassmAte


Industrial Relations team at Santubong beach

kEmbaLi mEmbLogGer.... [hahahaha]


Terlalu lama sHaz tinggalkan dunia blog.. dan kini sHaz kembali. Kembali daripada kesibukkan dengan assignments dan final exam... Dan secara rasminya 25 NOVEMBER 2010 sHaz telah pun menamatkan tanggungjawab sebagai seorang pelajar di UNIMAS GEMiLANG nih.... huhuhu... ramai kawan-kawan yang sudah pulang ke tanah air masing-masing. Terasa rindu pulak... Tapi sHaz masih belum pulang ke tanah air lagi!!!! [lewat sikit berbanding dengan kawan-kawan].

Setelah 4 tahun berbakti dan menjalankan tanggungjawab dengan jayanya di tempat ini akhirnya sudah sampai ke penghujung. sHaz mendaftar di UNIMAS pada tahun 2007, mase tu memang sHaz tak kenal sesiapa pun. Pandai-pandai lah bawa diri masa tuh... Tapi alhamdulillah sHAz sempat berkenalan dengan Jana & Min pada malam pertama minggu orentasi. Macam-macam ragam ada semasa minggu oreintasi. Sesuatu perkara baru dalan hidup sHaz. Tak pernah tinggal kat asrama, tak pernah berjauhan dengan keluarga.. dan saat itu rindu teramat sangat dengan ayahanda dan bonda tercinta. Asal ayahanda telefon jer... air mata mengalir dah macam paip pecah... dan agak sukar untuk bercakap dengan bonda waktu itu.. speechless terus bonda dan sHaz waktu tu...

Kehidupan di semester 1 memang memberi pengalaman baru. Waktu tuh baru sHaz sedar, tiada apa yang mudah di universiti ni pun. Dulu kita biasa dengar cikgu-cikgu kat sekolah cakap “nanti kalau awak masuk U semuanya senang”. Hakikatnya, cikgu-cikgu semua adalah PENIPU!!! [hahahaha]. Giler wooo.... assignment asyik kene reject, kene re-do lak tuh.... kelas dari pagi sampai ke petang... kadang malam pun ader kelas.. sampaikan sHaz pun selalu tidor dalam kelas... lau baik sikit sHaz tidor kat surau...[hahahaha]. Tapi itulah dia sHaz semasa di semester pertama....

Banyak perkara yang sHaz belajar sepanjang berada di UNIMAS – bumi kenyalang...

1.       Mendapat seorang best friend yang memang best!!! (Din)
2.       Dapat GIRLFRIEND yang baik dan sweet on me!!! (Mai)
3.       Belajar apa itu kecewa dan kasih sayang.... (panjang ceritanya)
4.       Menyedari keluarga adalah yang utama selepas ALLAH & Rasulnya...

Erm... itu antaranyalah...

Yang paling best sepanjang sHaz berada disini, sHaz dapat menjadi diri sHaz yang sebelum ni duduk terkurung dalan skeleton nih... sHaz dapat express apa yang sHaz minat, apa yang sHaz x minat dan dengan bantuan para pensyarah, sedikit sebanyak dapat membuka pemikiran kita macam omputih ade cakap tu...”think out of box”... benda ni tak kira either in SOCIAL, POLITIC or ECONOMY. 

sHaz akan pulang ke tanah air pada Isnin depan [lambat sikit]. Dan bermulah chapter baru dalam kehidupan sHaz selepas ini.



Friday, September 3, 2010

bALiK kAmpUng!!!!!

GhaYo dAh dOkEk, gHamAi LaH oGhAng bALik kO kAmpOng mEmAsIng.... heheheh... sekali sHaz speaking NogHori mau tErbELit LidAh.... 

yer... sHaz kini berada di tanah air kelahiran sHaz, NEGERI SEMBILAN. Setelah berada di dalam penerbangan AK5215 selama 1 jam 40 minit, berbuka puasa di pintu balai berlepas bersama kawan baik, Din akhirnya selamat sampai ke LCCT. Ditambah pula 1 jam menunggu ayahanda & bonda datang menjemput akhirnya selamat sampai di kediaman keluarga ku di Seremban. ALHAMDULLiLAH. 

semasa di LTAK (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching), begitu ramainya umat yang beratur di depan kaunter. Tidak kurang yang menunggu di luar pagar kaunter, yang duduk, yang berdiri dan ade jugak yang terbaring. Macam-macam ragam ade. Yang paling obvious... ramai pulang membawa kotak-kotak pelbagai size... ade yang besar, sederhana, dan ade yang kecil. Tahukah anda kotak apa yang dibawa mereka???
haaa.... itulah dia buah tangan dari bumi kenyalang : KEK LAPIS & IKAN TERUBOK MASIN. itu yang paling ketara lah...
biasalah, nak beli di semenanjung agak mahal... Dah duk kat bumi kenyalang ni senang jumpe sume2 ni... siapkan duit segalanya tercapai... dan sHAz pun tak ketinggalan membawa pulang kek lapis tuk menjamu orang yang bertandang je rumah raya nanti... sape nak rase kek lapis sarawak datang lah umah....

FLIGHT AK5215

Makanan ku di atas udara

Saturday, August 28, 2010

MaJLis bErbUkA pUaSa WA12.


fIrst oF aLL.... cOngrAtuLatIoNs tO aLL WA12 jUniOr yaNg oRgAnizE thIs mAjliS bErbUkA pUasA... wHAt a gReAt jOb...


PadA 28 August 2010 telah diadakan majlis berbuka puasa bagi warga program WA12 (Industrial Relations & Labor Studies). Satu majlis yang sangat simple, venue di ruang legar FSS UNIMAS. Tempat paling famous kalau nak buat jamuan makan-makan especially tuk students WA12. Sepanjang sHaz bernaung dibawah program WA12 ni dah 3 kali sHaz join jamuan macam ni ditempat yang sama. SWEET MEMORIES. Selain bertujuan untuk merapatkan silaturahim dan mengalukan kedatangan PELAJAR TAHUN 1 WA12, perkara yang sering menggembirakan adalah acara BERGAMBAR!!!! 

credit to my course mate & my friend for all these pictures taken: RAEMY SAKAI.


Penyelaras Program WA12: Awang Mashabi Awang Mohamad
Pemenang LUCKY DRAW

Sudut Ucapan Aidil Fitri

Saufi & Naim : Jejaka macho

Gedix jer...


mE & mAi...
semangat kemerdekaan.



men oF tHe nIghT: SENIOR

Raemy Sakai
p/s: all pictures taken are copyright reserve.... hehehe