weLcOmE

Strawberry Choclatier... my Life my Story

bY : Syazwani Mohidin

LifE is fUll wIth sWeEt & sOur mOmeNt oR eVen aN idiOtiC mOmeNtO. wElL, wE nEeD cOlOurfUl oF eXpERiEncEs iN oUr LifE. dOn’T LeT yOur LifE dUlL.


Sunday, April 29, 2012

April 2012

Entry kali ni... tajuk nyer agak simple. Macam tiada apa-apa maksud. Tapi apa yang cik Shaz nak kongsikan, bulan April tahun 2012 ni telah memberi suka-duka dalam diari cik Shaz.

Bermula di pembukaan April 2012. GEMBIRA. Itulah ungkapan yang sesuai dikatakan pada pembukaan. Sang kekasih hati berkunjung di sini. Setelah sekian lama tidak bersua muka. Seronok memang tak ingat... hahahah!!!!
Namun dalam gembira ada sedih. Bila sang kekasih terpaksa terbang kembali ke Bumi Kenyalang untuk berkhidmat kepada negara [cewah!].

April 2012 juga, cik Shaz bersama kakak dan bonda tercinta mula berjinak-jinak dalan satu aktiviti ni. HOME MADE CHOCOLATE.  Hurm... walaupun bunyinya agak out-dated, tapi kami bertiga betul-betul enjoy. Tetibe rasa nak lebarkan sayap sekejap. (*_*) wink! Sesiapa yang nak menempah boleh jugak. Juga menyediakan chocolate box yang menarik [surprise...].


Seperti yang dikatakan sebelum ni, April 2012 tenyata memberi suka-duka dalam diari cik Shaz. Yang SUKA nya, yang tadi tu. Ini yang DUKA nya.

17 April 2012, cik Shaz mendapat panggilan telefon daripada ayahanda di pejabat mengatakan Mak Ndak (kakak ayahanda) telah pun meninggal dunia pada 9.45 pagi. Agak tersentap di situ. Sebab selang beberapa hari sebelum tu, cik Shaz bersama keluarga & sang kekasih pergi melawat Mak Ndak [arwah] di hospital. Saat tu cik Shaz terus tinggalkan pejabat.

Selang beberapa hari selepas tu, tak sampai pun seminggu selepas kenduri tahlil arwah Mak Ndak. 21 April 2012, deringan telefon di rumah cik Shaz memecah hening pagi sebelum subuh. Memberi berita Mak Long Faridah (sepupu bonda) telah pun meninggal dunia. Lagi tersentap. Mata yang terlena tadi dikejutkan dengan berita sedih.

Dan baru semalam, 28 April 2012 cik Shaz sekeluarga dikhabarkan lagi berita sedih. Angah Hamzah (sepupu sebelah ayahanda) telah pun meninggal dunia pada 4.30 petang.

Ina Lillahi Wa Ina Raajioon
(To Allah we belong and unto Him is our return)

Sunday, April 1, 2012

SEORANG

seorang diri memang membosankan...
duduk seorang diri sentiasa buat aku berfikir...
berfikir- fikiran yang mungkin atau yang di tengah atau pun yang sudah berlaku...
bila seorang diri, terasa diri ingin mencari kawan atau pun teman...
teman di kala berseorangan...
tapi, selalunya akan berakhir dengan keseorangan...

seorang diri sangat menyenangkan...
duduk seorang diri membolehkan aku melaksanakan tugas tanpa gangguan...
tidak perlu berfikir tentang apa yang difikirkan mereka...
hanya fikir tentang tugasan yang perlu dilaksanakan...
teman -untuk bertanyakan apa yang dipersoalkan...
selesai tugasan... buat hal sendiri... seorang diri...

tapi kini, seorang diri agak menyeksakan.
seorang diri membuat aku rindu.
rindukan dia.
apa yang perlu aku buat?

walau apapun... pengakhiran setiap aku akan keSEORANGan juga.

[p/s: karya duk sorang2 waktu rehat kat ofis... ]

Tuesday, March 20, 2012

Looking for Mr.ELMO

ELMO

Sape yang biasa tengok Sesame Street mesti kenal... Ala yang warna merah comel-comel tu. Dialah ELMO. cute...


Cik Shaz merupakan salah seorang peminat ELMO. Entah macam mana leh jadi minat ngan elmo ni pun tak tahu. Seingat Cik Shaz, dulu masa tengok Sesame Street [zaman anak kecil] antara ramai-ramai puppet tu Cik Shaz cuma kenal Big Bird. Burung besar warna kuning tu. Pastu dah besar sikit [masih layan Sesame Street], dah kenal Cookie Monster dengan Count Von Count [drakula tu...].








ELMO ni Cik Shaz rasa baru jer terpikat. Sejak beberapa tahun yang lalu. Mungkin sebab warna dia MERAH. Ada cerita disebalik ELMO...



Masa tu disebuah tapak hiburan yang cukup dikenali sebagai FUN FAIR. Di sana memang banyak permainan. Permainan yang hadiah dia boleh dapat teddy bear =). Kebanyakkan kat sana memang hadiahnya teddy bear. Jadi Cik Shaz - bertiga bersama bermain. Ada yang baling dart, ada yang tembak tin... macam-macam lah. Sampailah 1 gerai permainan ni. Perkara yang menarik minat Cik Shaz masa tu - ELMO. Saiz aderlah dalam 20 inch kot. Permaian dia mudah jer. Golekkan bola sampai masuk ke dalam panel. Setiap panel ade markah. untuk dapatkan ELMO tu - 60 markah. Tak lebih tak kurang. Malangnya selepas 3 cubaan lansung tak dapat. HUHUHU....

Nak merawat hati yang kecewa - AbHaM yang ada sekali ketika itu, mengajak kami bermain satu lagi permainan....di gerai lain. Main pecah belon dengan dart. Hadiahnya... HONDA bear. :)

Malam tu kami berjaya membawa seekor Hello Kitty, HONDA bear dan beberapa biji bantal burger. Itulah 1st time pergi fun fair selepas kali terakhir pergi semasa anak kecil. Giler r, fun fair macam tempat gambling lah pulak. 

p/s: rasa-rasa nak tengok Honda Bear tu camne, carilah post HONDA bear =)

Monday, March 5, 2012

i miss u babe...

Lihat pada tajuk entri kali ni, jiwangnyer...
Baru balik dari kerja. Mengantuk pun ada... Balik-balik on laptop, laptop 'sangkut' lak. Menguji kesabaran. 

Tiba-tiba takder idea nak dicurahkan dalam entri kali ni. [nak post gak].



 p/s: (-_-)

Thursday, March 1, 2012

Tugas baru, Tempat... dah biasa datang :)

Cik Shaz sudahpun memulakan tugas baru. Tempat dah biasa datang? Hurm... tempat ni Cik Shaz rasa dah macam 2nd home lak. Pusing sana-sini, patah balik tempat ni. RUMAH GELAS. Cik Shaz kini kembali bertugas di Rumah Gelas. Masuk ni, kali ke-3 Cik Shaz berada dan bertugas di sini. Memang rezeki melekat kat sini kot. Agaknyer lah....

Dan yer. Cik Shaz telah pun meninggalkan dunia Early Childhood untuk kembali ke Corporate World ni. Rindu tu sudah tentu pada anak-anak kecil Taska. Tapi tak mengapa, Cik Shaz tinggal bukan jauh pun. Kawan-kawan pun ramai kat sana. Miss u all!!!!

Tugasan baru. Tidak lagi duduk di HR, tetapi ke MARKETING. Bila dengar budak study HR kerja kat Marketing Dept ada saja yang berkerut dahi. Relax lah.... Belum cuba belum tahu. Ternyata ini yang terbaru bagi Cik Shaz. Dan bukan senang, dan tidaklah sukar. Everyday is learning process for me here. wah... talking English already.  [speaking, not 'talking'].

Memang banyak yang Cik Shaz perlu tahu dan perlu belajar. Zaman sekolah bukan minat pun math ker, economy ke... berniaga kat Hari Kantin pun bukan kegemaran Cik Shaz... Tapi sekarang... duduk kat Marketing Dept. Don't play-play kata Phua Chu Kang... :)
So... moga-maga pas ni sales naik and dapat lah bagi bonus... kot..?

To be continued....

Saturday, February 18, 2012

Tugasan terakhir yang jauh....

Waktu ni agak berat sebenarnya. Berat hati.

Esok perlu bertolak ke Kota Lumpur. Gara-gara kena bertugas di cawangan sana selama seminggu. Stay di sana selama seminggu. Entah macam mana lah agaknya. Cik Shaz tidak berseorangan. Bersama-sama seorang lagi rakan sekerja. Mula-mula cadangnya nak ke sana menggunakan public transport. Tapi baru ni, partner sorang tu ajak bawa kereta ke sana. Drive ke sana lah maksudnya. Leh claim katanya. Yer sangat nak claim. Financial tengah genting ni.

Bukan tak nak drive ke sana. Cik Shaz jer yang tak berani. Sebab tu tadi minta ayahanda tolong hantar ke terminal bas esok. Memang bukan kegemaran Cik Shaz untuk berangkut dengan beg pakaian dengan public transport. Kecuali dengan BELON. Oleh itu, partner ni pun offer diri, dia boleh drive ke sana dan tahu jalan menuju cawangan arah sana, cuma kereta jer dia tiada. Kena bincang dengan ayahanda. Hopefully ayahanda izinkan.

Terfikirlah jugak, lebih senang dan jimat kalau drive sendiri. Leh sumbat jer barang ape nak bawa. Itulah POINT terbesar.

Tugasan terakhir??? Later Cik Shaz cerita lagi. Sekarang kena fikir & buat perkara yang memang merimaskan cik Shaz setiap kali nak pergi travel....

PACKING YOUR SUIT CASE!!!!

Sunday, February 5, 2012

tak tahu nak letak tajuk apa...

Tersangatlah jujur title cik Shaz kali ni. Memang tak tahu...

2 Februari 2012
Permulaan Februari yang sangat bagus. I got my 1st job interview for 2012. Tapi bukan job interview biasa. Ini memang pengalaman pertama cik Shaz. Memohon jawatan Pegawai Perhubungan Awam Gred N41 di bawah Majlis Perbandaran Port Dickson. Ternyata ini interview yang mencabar kecerdasan akal fikiran cik Shaz. Interview kali ini dipanggil "Ujian Bertulis". Apa pula ujian bertulis ni? Itulah yang terdetik. So, sejak dapat surat temuduga tu, cik Shaz mula untuk menelaah. Tapi blur ditengah jalan. Tak tahu mana nak start. So, start buat mind chart pasal Negeri Sembilan, MPPD dan apa saja yang berkaitan dengan jawatan. 

Tibalah harinya. Ramai umat. Kereta pun banyak. Masa mendaftar, nombor cik Shaz - 451. wow!!!!  Ini sudah gila kentang. Masuk dewan, dah nampak writing paper atas meja. Kena wat essay ker???? Itu yang cik Shaz fikirkan. Tapi sebelum jawab ujian bertulis. Kesemua calon perlu timbang berat dan ukur tinggi. Sampai sekarang cik Shaz belum dapat jawapan kenapa kena timbang dan ukur tinggi untuk jawatan tu? Awal tu rasa macam dah salah tarikh ke or jawatan cik Shaz hari ni? Tapi tak salah pun...

Essay writing. Dah agak dah. 10 soalan jawab 4. Macam zama study dulu. Tapi agak malang bagi cik Shaz disitu. Soalan-solananya membuatkan cik Shaz telan air liur berkali-kali. Soalan yang 'sangat mudah' cuma jawapannya puas nak kena fikir. Soalan-soalan yang diberikan betul-betul mengenai PORT DICKSON. Antara soalan yang cik Shaz ingat lebih kurang macam ni, 'Ada 18 kem tentera di PD namakan 5 dan nyatakan fungsinya'. Pening gak lah..,. Cik Shaz betul-betul dapat jawab soalan-soalan yang minta buat ucapan. Itu jer yang cik Shaz faham.huhuhu... Datang PD setahun sekali pun jarang, inikan pula nak bagi cadangan tuk PD supaya setaraf dengan Phuket dan Bali. Aduhai....

Balik dari PD memang penat yang teramat sangat. Tambah pula dengan FRUSTRATION ujian bertulis tu. Tawakal jer lah. Dah selesai dah pun. Selesai ujian bertulis, siapa yang lulus baru dipanggil untuk interview seterusnya. Kira ni tapisan lah. Hurm....

Esoknyer pergi kerja macam biasa. Tiba-tiba dapat phone call dari kawan lama. PELUANG EMAS. :)
Itu later jer lah cik Shaz story. 
Nak kena makan ubat. Demam asik berulang, badan seram sejuk. Letih dah.... :(